HRT F1

(Dilencongkan dari Hispania Racing)

HRT Formula 1 Team, dahulunya dikenali sebagai Campos Meta 1 dan Hispania Racing, ialah sebuah bekas pasukan Formula Satu yang bertapak di Sepanyol, dan diasaskan oleh Adrián Campos. Ia kemudiannya dijual kepada José Ramón Carabante, sebelum membuat penampilan pertama mereka pada tahun 2010, dan kemudiannya kepada syarikat Thesan Capital pada bulan Julai 2011. Pasukan ini merupakan pasukan Formula Satu dari Sepanyol yang pertama untuk berlumba dalam Formula Satu, selepas 'Bravo F1" gagal menyertai sukan tersebut pada tahun 1993.[1]

HRT
Nama penuhHRT Formula 1 Team (2011–2012)
Hispania Racing F1 Team (2010–2011)
Campos Meta 1 (2009)
PangkalanMadrid, Sepanyol
PengasasAdrián Campos
Kakitangan terbaikColin Kolles
Geoff Willis
Luis Pérez-Sala
Daniele Audetto
Toni Cuquerella
Pemandu terbaikIndia Karun Chandhok
Brazil Bruno Senna
Jepun Sakon Yamamoto
Austria Christian Klien
India Narain Karthikeyan
Australia Daniel Ricciardo
Itali Vitantonio Liuzzi
Sepanyol Pedro de la Rosa
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
EnjinCosworth
Perlumbaan pertamaGrand Prix Bahrain 2010
Perlumbaan58 (56 permulaan)
Kejuaraan
Pengeluar
0
Kejuaraan
Pemandu
0
Kemenangan perlumbaan0
Petak pertama0
Pusingan terpantas0
Perlumbaan terakhirGrand Prix Brazil 2012

Pada bulan November 2012, pemilik HRT mengumumkan bahawa mereka sedang mencari pembeli untuk menjual pasukan.[2] Apabila mereka gagal mencari pembeli sebelum tarikh akhir 30 November, HRT tidak dimasukkan ke dalam senarai kemasukan Formula Satu musim 2013.[3]

Sejarah

Musim 2010

Bruno Senna di Grand Prix Belgium 2010.

Selepas jentera Hispania F110 tidak mempunyai sebarang ujian pra-musim, kereta tersebut melengkapkan pusingan pertamanya pada hujung minggu di Grand Prix Bahrain. Bruno Senna melengkapkan tiga pusingan pada sesi latihan bebas pertama. Pada sesi latihan bebas kedua, beliau melengkapkan 17 pusingan, namun salah satu roda keretanya longgar selepas melengkapkan pusingan terakhirnya.[4] Pada sesi kelayakan, Senna dan Karun Chandhok mendapat tempat ke-23 dan ke-24 masing-masing. Pada hari perlumbaan, Chandhok bersara awal pada pusingan kedua dan Senna bersara pada pusingan ke-18 selepas enjin keretanya menjadi terlalu panas.[5]

Di Grand Prix Australia, Hispania sekali lagi bermula dari petak belakang, dengan Senna di hadapan Chandhok. Senna hanya melengkapkan empat pusingan sebelum bersara kerana mengalami kegagalan hidraulik, namun Chandhok mendapat tempat ke-14 dan terakhir. Beliau tamat lima pusingan di belakang pemenang, Jenson Button, dan tiga pusingan di belakang pemandu Lotus, Heikki Kovalainen, yang mendapat tempat ke-13.[6]

Hispania sekali lagi gagal mendapat sebarang mata kejuaraan di Grand Prix Malaysia. Di Grand Prix China, Senna mendapat tempat ke-16, manakala Chandok mendapat tempat ke-17.

Perlumbaan kelima di Sepanyol tidak berjalan lancar bagi kedua-dua pemandu Hispania. Senna bersara pada selekoh pertama selepas mengalami kemalangan, manakala Chandhok terus berlumba dan melengkapkan 30 pusingan sebelum bersara disebabkan ampaian yang patah. Pemandu ujian pasukan yang baru, iaitu Christian Klien, memandu pada sesi latihan bebas pertama untuk Grand Prix ini.

Hispania bermula dengan baik di Monaco, dengan memintas kedua-dua pesaing mereka (Lotus dan Virgin) pada permulaan perlumbaan. Senna kemudiannya bersara, dan Chandhok bersara selepas terlibat dalam kemalangan yang serius dengan Jarno Trulli. Kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. Kemalangan ini hampir menyebabkan Mark Webber terkeluar daripada perlumbaan kerana ketika itu beliau berada berhampiran dengan mereka berdua ketika kemalangan tersebut berlaku.

Di Turki, pemandu ujian, Sakon Yamamoto, memandu pada sesi latihan bebas pertama.

Pada malam sebelum Grand Prix British di Silverstone, Hispania mengumumkan bahawa Bruno Senna akan digantikan oleh pemandu ujian, Sakon Yamamoto, untuk perlumbaan tersebut. Walau bagaimanapun, ia telah diumumkan bahawa Senna akan berlumba selepas perlumbaan di Silverstone.[7] Yamamoto mengantikan Chandhok untuk empat perlumbaan seterusnya, sebelum digantikan oleh Christian Klien untuk Grand Prix Singapura kerana mengalami keracunan makanan. Yamamoto berlumba dalam dua perlumbaan berikut, namun sekali lagi digantikan oleh Klien bagi dua perlumbaan terakhir musim ini.

Musim 2011

Vitantonio Liuzzi memandu di Grand Prix Itali 2011.

Pada 6 Januari, Narain Karthikeyan mengumumkan bahawa beliau akan memandu untuk Hispania pada musim 2011. Sebelum ini, beliau memandu untuk pasukan Jordan pada tahun 2005.[8] Vitantonio Liuzzi pula disahkan sebagai pemandu kedua Hispania pada 9 Mac 2011.[9]

Jentera pasukan bagi musim 2011, iaitu Hispania F111, membuat penampilan sulungya pada sesi latihan bebas kedua di Grand Prix Australia. Pada sesi kelayakan, kedua-dua pemandu gagal untuk mecatakan masa pusingan di bawah masa 107%, dan tidak dibenarkan untuk berlumba. Di Malaysia, kedua-dua pemandu berjaya menetapkan masa pusingan di bawah masa 107% dan berjaya memulakan perlumbaan pertama mereka pada musim ini. Walau bagaimanapun, kedua-dua kereta bersara disebabkan masalah teknikal. Di Grand Prix China, Liuzzi dan Karthikeyan mendapat tempat ke-22 dan ke-23 masing-masing.

Di Turki, Liuzzi memulakan perlumbaan di hadapan kedua-dua kereta Virgin, namun menamatkan perlumbaan di tempat ke-22 selepas mengalami masalah brek, dan Karthikeyan mendapat tempat ke-21. Di Grand Prix Sepanyol, kedua-dua kereta Hispania bermula di hadapan Jérôme d'Ambrosio, namun Karthikeyan menamatkan perlumbaan di tempat ke-21, manakala Liuzzi bersara disebabkan masalah kotak gear. Di Monaco, kedua-dua pemandu tidak menetapkan masa pusingan pada sesi kelayakan, namun telah diberikan kebenaran untuk memulakan perlumbaan tersebut oleh steward perlumbaan. Liuzzi mendapat tempat ke-16, di hadapan Karthikeyan yang mendapat tempat ke-17. Di Kanada, pasukan mendapat keputusan terbaik mereka dengan mendapat tempat ke-13 dan 14, dan melonjakkan mereka di hadapan pasukan Virgin dalam Kejuaraan Pengeluar. Walau bagaimanapun, Karthikeyan diberikan penalti selepas memotong sebuah selekoh, dan menjatuhkannya ke tempat ke-17. Di Grand Prix Eropah, Liuzzi dan Karthikeyan mendapat tempat ke-23 dan ke-24 masing-masing.

Di Grand Prix British, Karthikeyan digantikan oleh protégé Red Bull, Daniel Ricciardo.[10] Pada sesi kelayakan, beliau mendapat tempat ke-24, dan Liuzzi mendapat tempat ke-23. Mereka mendapat tempat ke-19 dan ke-18 masing-masing. Ricciardo mendapat tempat ke-19 di Jerman, manakala Liuzzi bersara. Di Hungary, Liuzzi mendapat tempat ke-20, manakala Ricciardo mendapat tempat ke-18. Walaupun gagal menetapkan masa pusingan di bawah masa 107% pada Q1, kedua-dua kereta telah dibenarkan untuk berlumba di Belgium. Liuzzi mendapat tempat ke-19 dan Ricciardo bersara selepas mengalami getaran pada keretanya.

Musim 2012

Pedro de la Rosa pada pusingan kelayakan di Grand Prix Malaysia 2012.

Pada 21 November 2011, ia telah diumumkan bahawa Pedro de la Rosa telah menandatangani kontrak dua tahun bersama HRT.[11] Pada 14 Disember 2011, HRT mengumumkan bahawa ketua pasukan mereka, Colin Kolles, telah meninggalkan pasukan.[12] Beliau telah digantikan oleh Luis Pérez-Sala.Pada bulan Februari, ia telah diumumkan bahawa pasukan akan memindahkan operasinya ke kompleks Caja Mágica di Madrid, dengan menggunakan tanah seluas 11.000 meter persegi. Kereta pasukan bagi musim 2012, F112, pada asalnya dijadualkan untuk melengkapkan ujian sesi pra-musim di Barcelona pada lewat bulan Februari, tetapi ditangguhkan kerana kereta tersebut gagal dalam sebuah ujian hentaman mandatori.[13] Di Grand Prix Australia, de la Rosa dan Karthikeyan tidak dibenarkan untuk berlumba kerana kedua-dua pemandu gagal mencatatkan masa pusingan dalam masa 107% semasa sesi kelayakan bahagian pertama.[14] Pada 12 November, pemilik pasukan, Thesan Capital, mengesahkan bahawa mereka telah berunding dengan beberapa pihak yang mempunyai keinginan untuk membeli HRT.[15]

Penutupan HRT

Pada bulan November 2012, pemilik pasukan mengumumkan bahawa mereka ingin menjual pasukan mereka. Mereka perlu mencari pembeli sebelum tarikh 30 November – iaitu tarikh akhir yuran kemasukan musim 2013 perlu dibayar – jika tidak mereka perlu meninggalkan Formula Satu. HRT gagal untuk mencari pembeli sebelum tarikh tersebut dan HRT gagal untuk memasuki senarai kemasukan musim 2013. Pasukan itu kemudiannya dilaporkan berada dalam pembubaran,[16] dan walaupun terdapat tawaran untuk membeli dan memulihkan pasukan tersebut di bawah nama baru,[17] aset mereka akhirnya dijualkan kepada Teo Martín, seorang pemilik firma yang pakar dalam pengkitaran semula bahagian-bahagian automotif.[18]

Keputusan lengkap Formula Satu

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

TahunCasisEnjinTayarPemandu1234567891011121314151617181920MataWCC
2010Hispania F110Cosworth CA2010 V8BBHRAUSMALCHNESPMONTURCANEURGBRGERHUNBELITASINJPNKORBRAABU0Ke-11
Karun ChandhokRet141517Ret1420181819
Bruno SennaRetRet1616RetRetRetRet201917RetRetRet15142119
Sakon Yamamoto20Ret1920191615
Christian KlienRet2220
2011Hispania F111Cosworth CA2011 V8PAUSMALCHNTURESPMONCANEURGBRGERHUNBELITASINJPNKORINDABUBRA0Ke-11
Narain KarthikeyanDNQRet23212117172417
Daniel Ricciardo191918RetNC19221918Ret20
Vitantonio LiuzziDNQRet2222Ret16132318Ret2019Ret20232120Ret
2012HRT F112Cosworth CA2012 V8PAUSMALCHNBHRESPMONCANEURGBRGERHUNBELITASINJPNKORINDABUUSABRA0Ke-12
Pedro de la RosaDNQ21212019RetRet1720212218181718RetRet172117
Narain KarthikeyanDNQ222221Ret15Ret182123RetRet19RetRet2021Ret2218

Rujukan

Pautan luar