Hindutva

Hindutva (Hindi: हिन्दुत्व, "Kehinduan") adalah suatu bentuk ideologi nasionalisme diasaskan kefahaman kepercayaan agama Hindu ― atau nasionalisme Hindu ― yang dominan di India.[1] Ideologi ini mula dicetuskan oleh aktivis Vinayak Damodar Savarkar pada tahun 1923;[2] ia kemudian dilanjutkan organisasi-organisasi sukarelawan Hindu yang sefahaman termasuk Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), Vishva Hindu Parishad (VHP), Parti Bharatiya Janata (BJP)[3][4] tergolong dalam kolektif disebut bernama Sangh Parivar.

Gerakan ini telah digambarkan bercirikan "ekstremisme sayap kanan"[5] dan "hampir fasis" kerana turutan didasarkan suatu penyatuan dan penguasaan budaya ke atas majoriti bangsa India,[6][7] namun ada juga seberapa penganalisis yang menggambarkan lebih kepada suatu bentuk konservatisme ekstrem.[8] Fahaman ini meluas dengan terlantiknya Narendra Modi dari parti BJP sebagai Perdana Menteri India pada tahun 2014.[5]

Ideologi

Encyclopædia Britannica menerangkan ideologi ini bertujuan menyelaraskan budaya India dicerminkan sebagai "suatu manifestasi nilai-nilai Hindu".[9]

Para pendokong fahaman ini menumpukan kepada beberapa isu utama dalam konteks politik India moden:

  • Perwakilan politik nasionalis Hindu serta kepentingan eksklusif untuk orang Hindu dan budaya India dalam situasi tertentu.[10][11]
  • Pernyataan Jammu dan Kashmir sebagai milik negara India yang tidak boleh dirunding[12]
  • Pertikaian kegiatan penyebaran dan pengamalan ajaran-ajaran Kristian dan Islam[13][14] serta status agama-agama ini di mata pendokong Hindutva[15]
  • Pelaksanaan keadilan sosial, aturan dan kepentingan luar bandar mengikut model ideologi ini[16]
  • Perombakan pendidikan sejarah India agar selaras fahaman ideologi Hindutva[17][18]
  • kedudukan Ayodhya dan tapak-tapak bersejarah lain yang diperselisihkan antara masyarakat berbilang agama di India[19]
  • Memperkukuhkan pertahanan India[20]
  • Pertikaian "sekularisme sejati" memisahkan agama dan negara yang dilihat perkaitannya dari Barat[21][22]
  • Menyahpusat dan melaksanakan reformasi terhadap model ekonomi India yang bersifat sosialis dan terancang berpusat[23][24]
  • Mewakili diaspora dan minat budaya Indikanya di forum antarabangsa [25][26]

Rujukan