Hiba Abu Nada

penulis dan Wikimediawati Palestin

Hiba Kamal Abu Nada (Arab: هبة كمال أبو ندى; 24 Jun 1991 - 20 Oktober 2023) ialah seorang penyair, novelis, pakar pemakanan,[1] dan Wikimediawan dari Palestin.[2] Novelnya, Oksigen bukan untuk si mati memenangi tempat kedua dalam Anugerah Sharjah untuk Kreativiti Arab pada 2017.[3][4] Beliau terbunuh di Semenanjung Gaza oleh serangan udara Israel dalam perang Israel–Hamas 2023.

Hiba Abu Nada
هبة أبو ندى
Potret Abu Nada
Kelahiran
Hiba Kamal Saleh Abu Nada

(1991-06-24)24 Jun 1991
Makkah, Arab Saudi
Meninggal dunia20 Oktober 2023(2023-10-20) (umur 32)
Khan Yunis, Genting Gaza
PekerjaanPenyajak, novelis, ahli nutrisi

Biografi

Abu Nada dilahirkan di Mekah, Arab Saudi pada 24 Jun 1991. Beliau menerima ijazah sarjana muda biokimia dari Universiti Islam, Gaza, dan ijazah sarjana dalam pemakanan klinikal dari Universiti Al-Azhar.[5]

Beliau bekerja sebentar di Pusat Kreativiti Rusul, yang dikaitkan dengan Institut Anak Yatim al-Amal.[6] Menurut Al-Ayyam, beliau "sibuk dengan keadilan, kebangkitan Arab, dan realiti kehidupan Palestin di bawah pendudukan."[7]

Dia menerbitkan beberapa koleksi puisi, dan sebuah novel, bertajuk al-Uksujīn laysa lil-mawtā ("Oksigen bukan untuk orang mati", Arab: الأكسجين ليس للموتى). Pada 2017, beliau memenangi tempat kedua dalam Anugerah Sharjah tahunan ke-20 bagi Kreativiti Arab, anjuran Emiriah Arab Bersatu bagi novelnya.[8][9] Buku itu diterbitkan semula oleh Dar Diwan pada 2021.[10]

Kematian

Catatan terakhirnya dalam talian adalah pada 8 Oktober 2023, dengan tulisannya berbunyi:[11]

Gelapnya malam Gaza selain cahaya roket, sepinya selain bunyian bom, gerunnya selain ketengangan doa, hitamnya selain cahaya syuhada. Selamat malam, Gaza.

Pada 20 Oktober 2023, beliau terbunuh dalam perang Israel–Hamas akibat serangan udara Tentera Udara Israel yang mengenai rumahnya di Khan Yunis di selatan Gaza. Beliau berumur 32 tahun.[12][13]

Karya

  • ‏الأكسجين ليس للموتى ‏ [Oksigen bukan untuk si mati: sebuah novel] (dalam bahasa Arab). ‏دائرة الثقافة، حكومة الشارقة،‏, al-Shāriqah. 2017. ISBN 978-9948-23-314-5. OCLC 1032289333 – melalui Wikidata: Q123139804.

Rujukan

Pautan luar