Heka (dewa)
Heka (Mesir Purba: ḥkꜣ(w);[1] Qibti: ϩⲓⲕ hik;[2] juga dialih huruf kepada Hekau) ialah dewa konsep sihir dan perubatan[3] dalam kepercayaan Mesir purba. Nama dewa ini perkataan Mesir untuk "sihir" atau "kesaktian". Menurut kesusasteraan Mesir (teks keranda, mantera 261), Heka wujud "sebelum keduaan dijadikan." Istilah ḥk3 juga digunakan untuk merujuk kepada upacara sihir.[4]
Heka | |
---|---|
![]() | |
Pusat kultus utama | Esna |
Maklumat peribadi | |
ibu bapa | Khnum (bapa) Neith, Mehet-Weret, Menhit, atau Nebtuwi (ibu) |
Nama
Nama Heka sama dengan perkataan Mesir ḥkꜣ(w) "sihir". Ejaan hieroglifnya mempunyai simbol untuk perkataan ka (kꜣ), konsep nyawa Mesir purba. Disebabkan nama amat penting semasa Mesir purba, Heka sering dimasukkan dalam nama peribadi. Beberapa contoh termasuk: Hekawy, Hekaf, ataupun Heka sahaja. Dewi Isis juga kadang-kadang bergabung dengan Heka dan dipanggil Werethekau, Dewi Agung kesaktian.[5]
ḥk3w dalam hieroglif | |||||||
or
|
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/8/8d/Heka_%28magical_form%29.png)
Kepercayaan
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/22/Heka.jpg/220px-Heka.jpg)
Teks Piramid Kerajaan Lama menggambarkan Heka sebagai tenaga ghaib yang dimiliki oleh para dewa. "Firaun kanibal" mesti memakan dewa-dewa lain untuk mendapatkan kuasa ajaib ini. Lama-kelamaan, Heka diangkat menjadi dewa tersendiri, dan kultusnya berkembang.
Mitos penciptaan
Pada zaman Teks Keranda, Heka dikatakan telah dicipta pada awal zaman oleh Atum, dewa pencipta. Kadang-kadang Heka juga dipersonifikasikan sebagai dewa pencipta, digambarkan sebagai seorang lelaki atau kanak-kanak dan dalam beberapa gambaran memegang dua ekor ular. Heka juga dikatakan salah satu daripada tiga aspek pencipta bersama-sama Sia dan Hu.[6]
Mitos umum
Heka kemudiannya digambarkan sebagai sebahagian daripada tablo bahtera matahari dan sebagai pelindung Osiris di Duat yang mampu membutakan buaya.
Kemudian, semasa dinasti Ptolemaik, peranan Heka adalah untuk mengisytiharkan firaun ditabalkan sebagai anak Isis, dengan Isis memeluknya.[7][8]
Heka juga sebahagian daripada triad dewa di Esna, ibu kota Mesir Ptolemaik dan Rom di Nomos Ketiga Thebaid, Mesir Hulu, di mana dia anak kepada Khnum berkepala bebiri dan ramai orang dewi. Ibunya dikatakan ialah Nebtuwi (salah satu jelmaan Hathor), Menhit berkepala singa, dan dewi lembu Mehet-Weret, sebelum akhirnya mantap sebagai anak Neith, dewi perang dan ibu.[9]
Werethekau yang namanya bermaksud "dia yang mempunyai sihir yang hebat" juga kadangkala dikaitkan dengan kekuatan Heka.
Seperti yang dijelaskan oleh pakar Mesir Ogden Goelet (1994), sihir dalam Kitab Orang Mati bermasalah: Teks tersebut menggunakan pelbagai perkataan yang sepadan dengan 'sihir', kerana orang Mesir benar-benar percaya pada sihir. Seperti Goelet menjelaskan:
Sihir Heka itu banyak perkara, tetapi yang paling utama ia berkait rapat dengan ucapan dan kuasa kata-kata. Dalam bidang sihir Mesir, tindakan tidak semestinya lebih lantang daripada kata-kata—kedua-duanya seringkali adalah satu dan sama. Pemikiran, perbuatan, imej, dan kuasa secara teorinya bersatu dalam konsep Heka.
— O. Goelet (1994)[10]