Halia

Halia (Jawi: هليا; nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan di mana rizomnya diambil dan selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dan perubatan tradisional.[2] Tanaman ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara Maritim[3] dan dipercayai mula diusahakan oleh orang Austronesia selaintemu putih dan lempoyang[4] kemudian merebak penggunaannya ke India, China, Afrika Barat dan Caribbean. Ia termasuk dalam keluarga Zingiberaceae, yang juga termasuk kunyit,[5] pelaga, dan lengkuas. Tumbuhan jahe dikategorikan sebagai tumbuhan kultigen yakni yang tidak hidup liar kerana telah kehilangan kemampuannya tumbuh melalui biji seperti kebanyakan jenis rempah lainnya dan hanya biasa berkembang biak melalui reproduksi vegetatif menggunakan akarnya yang merupakan akibat dari seleksi buatan manusia.[4]

Halia
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Z. officinale
Nama binomial
Zingiber officinale
Roscoe 1807[1]

Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit.

Halia juga dikenali sebagai aliah, lia (Dayak), lahya (Komering) dan lahia (Nias)[6][7] seturunan kata akar Proto-Austronesia *laqia.[8] Nama-nama lain serantau Nusantara: jahe dalam bahasa Sunda, jae (Jawa), jhai (Madura), jae (Kangean), jahi (Lampung), sipodeh (Minangkabau)[6][7] dan kinkh atau khing-daen (Thailand).

Kegunaannya sebagai ulam adalah dengan menghiris rizom muda atau dilecek bersama sambal belacan dan dimakan bersertakan nasi. Rasanya sedikit pedas dan lidas. Terdapat tiga jenis yang lazim dijual di pasaran iaitu:

  • Halia gajah/badak: yang paling disukai di pasaran antarabangsa. Bentuknya besar gemuk dan rasanya tidak terlalu pedas. Isi rimpang berwarna kuning hingga putih.
  • Halia kuning: yang banyak dipakai sebagai bumbu masakan. Rasa dan aromanya cukup tajam. Ukuran rimpang sedang dengan warna kuning.
  • Halia merah: mengandungi minyak pati tinggi dan rasa paling pedas, sehingga cocok untuk bahan dasar farmasi dan jamu. Bahkan digunakan pula sebagai pengawet semulajadi di industri makanan kerana bersifat antibakteria membasmi bakteria patogen dan perosak makanan.[9] Ukuran rimpangnya paling kecil dengan kulit warna merah dan serat lebih besar dibandingkan dengan halia biasa.

Ciri-ciri botani

Herba sederhana besar setinggi 60 hingga 125 sentimeter.

  • Batang: Batang tidak berkayu, tumbuh menegak, berumpun, Rizom yang tumbuh mendatar di dalam tanah bersaiz besar, isi berwarna kuning, kulit berwarna coklat muda, tunas baru berwarna kemerahan.
  • Daun: Daun berbentuk bujur dengan hujung menirus, berwarna hijau tua, tepi licin, tangkai daun keluar dari rizom.
  • Bunga: Bunga majmuk, sederhana besar, putih kekuningan, jambak bunga jantan dan betina keluar dari celah kelopak daun.

Khasiat

Rizom halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak, asid organik, minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.[perlu rujukan]

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir, dan darah haid berbau hamis.[perlu rujukan]

Kegunaan

Dalam masakan

Halia digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dalam bentuk halia segar dan halia kering. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halwa halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan. Rizom halia lazimnya dihiris dan diseduh di dalam air panas, atau dicampur bersama air rebusan daun teh untuk membuat teh halia.

Perubatan

Dalam perubatan, halia biasanya diambil dalam bentuk minuman halia (misalnya teh halia atau air rebusan halia), halia kering atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat.Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.[10]

Kegunaan lain

Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.

Galeri

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar

🔥 Top keywords: Hari Raya AidiladhaLaman UtamaDua Darjat (drama)The Hardest Singing ShowKhilaf Yang TertulisKhas:CariJamrahAbang AdikIbadah korbanCinta Untuk Sekali LagiTempoh haram puasaHari TasyrikKhas:Perubahan terkiniDharma Harun Al RashidAniq DurarZim Zim Ala KazimNabi Ismail a.s.Bunga SaljuUEFA Euro 2024Aku Bukan UstazahMuhammad Yassin MohammadSolat sunat hari rayaNabi Ibrahim a.s.Erysha EmyraWukufWanita Milik Tuan Putra6 JahanamProjek: Anchor SPMAgak LaenOzlynn WatyAnak Perjanjian Syaitan 2Senarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSolatNafarAzahari HusinRiena DianaHaji