Hakoda

Hakoda adalah seorang watak dalam siri Avatar: The Last Airbender merupakan ayah kepada Sokka dan Katara yang berasal dari Southern Water Tribe. Pada masa Katara berusia 12 tahun, Hakoda beserta seluruh lelaki dari sukunya meninggalkan kampung mereka untuk membantu Earth Kingdom menghadapi serangan Negara Api. Selama dua tahun, Hakoda meninggalkan kedua anaknya dan tidak pernah menjumpai mereka. Saat Katara dan Sokka bertemu dengan Bato, yaitu teman ayahnya, diketahui bahwa Hakoda dan anggota sukunya sedang menuju Ba Sing Se. Ketika Katara dan Sokka tiba di Ba Sing Se, mereka menerima surat yang menyatakan bahwa Hakoda sedang membangun pos pertahanan di Teluk Bunglon. Dengan mengendarai Appa, Sokka menemui Hakoda sementara Katara tinggal di istana Earth King. Hakoda mengajar Sokka tentang ranjau bau, dan mengajak anaknya untuk berpartisipasi dalam perang. Namun kerana pada masa itu Katara berada dalam bahaya, Sokka meninggalkan ayahnya untuk pergi menyelamatkan adiknya. Pada siri Avatar musim ketiga, Hakoda beserta anggota sukunya berjaya mencuri kapal Negara Api dan merawat Avatar Aang di sana. Pada masa gerhana matahari, Hakoda beserta pasukan dari Water Tribe menyerbu ibukota Negara Api. Penyerangan pada hari itu tidak berjaya dan akhirnya Hakoda ditangkap. Ia dikurung di penjara Batu Mendidih, kemudian diselamatkan oleh Sokka dan rakanya.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

🔥 Top keywords: Hari Raya AidiladhaLaman UtamaDua Darjat (drama)The Hardest Singing ShowKhilaf Yang TertulisKhas:CariJamrahAbang AdikIbadah korbanCinta Untuk Sekali LagiTempoh haram puasaHari TasyrikKhas:Perubahan terkiniDharma Harun Al RashidAniq DurarZim Zim Ala KazimNabi Ismail a.s.Bunga SaljuUEFA Euro 2024Aku Bukan UstazahMuhammad Yassin MohammadSolat sunat hari rayaNabi Ibrahim a.s.Erysha EmyraWukufWanita Milik Tuan Putra6 JahanamProjek: Anchor SPMAgak LaenOzlynn WatyAnak Perjanjian Syaitan 2Senarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSolatNafarAzahari HusinRiena DianaHaji