Hak kanak-kanak

Hak (asasi) kanak-kanak ialah prinsip etika dan piawai antarabangsa atas perbuatan terhadap kanak-kanak.[1] Hak-hak ini merujuk pada Konvensyen PBB berkenaan Hak Kanak-Kanak (UNCRC) yang mengatur perkara apa saja yang harus dipenuhi negara agar setiap kanak-kanak dapat tumbuh sesihat mungkin, dilindungi, didengar pendapatnya, memperoleh pendidikan, dan diperlakukan secara adil. Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak pada 1989, kanak-kanak adalah semua orang yang berusia di bawah 18 tahun, melainkan ditentukan lain oleh perundangan suatu negara.[2] Semua kanak-kanak memiliki semua hak yang disebutkan di dalam konvensyen ini,[3] baik kanak-kanak yang mempunyai ibu pada ataupun sudah tiada, termasuk kanak-kanak terlantar. Hak kanak-kanak menjadi sesuatu yang sudah selayaknya didapatkan oleh kanak-kanak.[4] Oleh kerana itu, negara-negara wajib menghormati dan mempromosikan hak-hak kanak-kanak dan melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk diskriminasi, keganasan, dan eksploitasi.[3]

Hak kanak-kanak merupakan sebahagian dari hak asasi manusia.

Justifikasi

Sebagai kanak-kanak bawah umur, secara perundangan, kanak-kanak tidak memiliki autonomi atau hak membuat keputusan sendiri bagi diri mereka. Sebaliknya, wakil mereka, termasuk orang tua, pekerja sosial, guru, pekerja muda, dan lain-lain diberi hak itu, tergantung pada keadaan. Keadaan ini memberi kanak-kanak kawalan yang tidak memadai atas kehidupan mereka sendiri, dan menyebabkan diri mereka menjadi terdedah. Untuk mencegah orang dewasa menindas atau mengeksploitasi kanak-kanak sehingga mengakibatkan kemiskinan kanak-kanak, kurang peluang pendidikan, dan kemunculan buruh kanak-kanak, kanak-kanak harus dianggap sebagai kelompok minoriti yang perlu dipertimbangkan kembali oleh masyarakat.[5]

Sejarah

Seorang buruh kanak-kanak di Bangladesh.

Konvensyen Hak Kanak-kanak pertama kali dihasilkan usul oleh Eglantyne Jebb pada 1923 selepas Deklarasi Hak Kanak-kanak berisi 10 butir yang diisi pernyataan hak kanak-kanak, yang kemudiannya diiktiraf oleh Liga Bangsa-Bangsa pada 1924 dan Perserikatan Bangsa-Bangsa (PBB) pada 1959. Pada 1989, negara-negara PBB seluruh dunia merumuskan sebuah kesepakatan antarabangsa, iaitu sebuah aturan sejagat yang dapat menjadi pedoman dalam memenuhi hak dan perlindungan kanak-kanak dengan mengiktiraf Konvensyen PBB untuk Hak Kanak-Kanak.[3] Hari pengiktirafan Konvensyen Hak Kanak-kanak itu kemudian dikenali sebagai Hari Kanak-kanak Sedunia.[6][7] Konvensyen Hak Kanak-kanak yang disahkan mengatur pelbagai hal yang mesti dilakukan setiap negara agar kanak-kanak dapat tumbuh sesihat mungkin, dilindungi, didengar pendapatnya, diberi pendidikan, dan diperlakukan secara adil.[3]

Konvensi Hak Kanak-kanak merupakan bentuk perjanjian peraturan antarabangsa terikat. Ketika perjanjian ini diratifikasi sesuatu negara, maka negara tersebut terikat pada janji-janji yang ada di dalamnya dan wajib melaksanakannya. Konvensyen ini terdiri atas 54 fasal. Jawatankuasa Hak Kanak-kanak PBB membahagikan Konvensyen Hak Kanak-kanak dalam lapan kelompok, yang berisi langkah-langkah pelaksanaan umum, takrifan kanak-kanak, prinsip-prinsip umum, hak-hak sivil dan kebebasan, lingkungan keluarga dan pengasuhan pengganti, kesihatan dan kesejahteraan dasar, pendidikan, waktu luang dan kegiatan budaya, dan langkah-langkah perlindungan khusus.

Rujukan