Hajime Hosogai

Pemain bola sepak Jepun

Hajime Hosogai (細貝 萌, Hosogai Hajime, lahir 10 Jun 1986 di Maebashi, Gunma, Jepun) merupakan pemain bola sepak Jepun. Dia beraksi untuk kelab Bundesliga, Hertha BSC dan boleh beraksi sebagai pemain tengah bertahan atau pertahanan.[2]

Hajime Hosogai
Maklumat peribadi
Nama penuhHajime Hosogai
Tarikh lahir (1986-06-10) 10 Jun 1986 (umur 38)
Tempat lahirMaebashi, Gunma, Jepun
Ketinggian177 cm (5 ka 10 in)[1]
Posisi permainanPemain tengah bertahan / Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
VfB Stuttgart
Nombor7
Kerjaya remaja
1999–2001FC Maebashi
2002–2004Maebashi Ikuei High School
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2005–2010Urawa Red Diamonds98(5)
2011–2013Bayer 04 Leverkusen17(0)
2011–2012FC Augsburg (pinjaman)39(3)
2013–2016Hertha BSC53(0)
2015–2016→ Bursaspor (pinjaman)20(0)
2016–VfB Stuttgart
Pasukan kebangsaan
2006–2008Jepun B2310(1)
2010–Jepun25(1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 September 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22:25, 19 Ogos 2014 (UTC)

Karier kelab

Hosogai merupakan salah antara pemain paling berpotensi Urawa Red Diamonds. Dia membantu Red Diamonds layak ke Liga Juara-Juara AFC pada tahun 2007 dan bermain untuk Urawa dalam Piala Dunia Kelab FIFA 2007.Pada 23 Disember 2010, dia meninggalkan Jepun dan berpindah ke kelab Jerman, Bayer 04 Leverkusen, yang kemudiannya meminjamkannya kepada FC Augsburg.[3] Pada 9 September 2011, dia menjaringkan gol Bundesliga pertamanya ketika menentang Leverkusen. Bermain untuk kelab Bavaria yang baru dinaikkan liga itu, Hosogai membantu mereka mengelakkan penyingkiran sebelum kembali ke Bayer Leverkusen untuk musim 2012–13.

Karier antarabangsa

Hosogai telah mewakili Jepun di pelbagai peringkat umur. Dia merupakan ahli skuad Jepun ketika Sukan Olimpik Musim Panas 2008,[4] dan membuat penampilan sulung untuk Pasukan kebangsaan Jepun ketika kemenangan 1–0 ke atas Paraguay (bermain sebagai pemain tengah) di Stadium Saitama pada 4 September 2010, selepas pertama kali mendapat panggilan daripada pengurus sementara, Hiromi Hara dan dibawah naungan jurulatih baru, Alberto Zaccheroni.[5][6]Dia menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan senior pada 25 Januari 2011 dalam perlawanan separuh akhir Piala Asia 2011 menentang Korea Selatan.

Kejayaan

Jepun

Kelab

Urawa Red Diamonds

Rujukan

Pautan luar

Templat:Skuad Hertha BSC