Hairi Safwan

Pelakon lelaki Malaysia

Muhammad Hairi Safwan Aznan (lahir 16 Januari 1988) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula terkenal sewaktu menjadi Juara Program realiti pencarian bakat baru Anak Wayang Musim Pertama pada 2009. Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Kecuali Cintamu menerusi watak pembantu iaitu Pengurus acara. Nama beliau semakin dikenali menerusi lakonan drama dan telefilem dan beliau merupakan pelakon yang kerap berlakon di bawah Produksi Zeel Production.

Hairi Safwan
Kelahiran
Muhammad Hairi Safwan bin Aznan

(1988-01-16) 16 Januari 1988 (umur 36)
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif2009–kini
PasanganFara Afiza Azman (k. 2014)
Anak-anak3
SaudaraChef Fikree Aznan (adik)

Kehidupan peribadi

Hairi merupakan pemegang Diploma Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).[1] Pada 22 Mac 2014 beliau telah berkahwin dengan pasangan pilihan yang merupakan seorang guru Fara Afiza Azman dan hasil perkahwinannya, beliau telah dikurniakan dua orang anak.[2][3] Beliau juga merupakan abang kepada Chef Selebriti, Chef Fikree Aznan.

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya lakonan selepas menjuarai Program Realiti Anak Wayang musim pertama pada tahun 2009 ketika beliau baru berusia 21 Tahun. Program tersebut turut disertai oleh Hafiz Halim, Amar Baharin, Afzan A. Rahman, Lan Siro, Alex Yanz, Dayana Roza, dan Sura Sojangi. Dalam pertandingan tersebut beliau berjaya menewaskan pencabar terdekat Hafiz Halim yang juga merupakan seorang pelakon. Hairi juga merupakan pelakon teater. Nama beliau semakin dikenali menerusi lakonan drama dan telefilem dan beliau merupakan pelakon yang kerap berlakon di bawah Produksi Zeel Production. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang mampu membawa pelbagai watak sama ada protagonis lawak atau antagonis dengan begitu baik.

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2012Hantu AirFauziFilem pertama
2015BadiYobPelakon undangan
2018Operasi XInspektor Aman
2019Busut BonangLokman
2021Seandainya Kau AdaPenampilan khas
2022Operasi UFO
Spilt Gravy on RiceBapak muda
2023Hang Nak P Mana?
2024Nasi Lemak KimchiShah
Takluk: Lahad Datu

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2009Kecuali CintamuPengurus AcaraAstro PrimaDrama pertama
Senja PermaiLatiff
Anak WayangHairi
2010Ular EmasUstaz DhamiriTV3
Saka JentayuJalit Muda
2011Mata AyerUstaz Akhbar
Jiwa & LaraIbnu Hisham
2012Esah PajeroMat Dom
Atas Nama CintaAlong
AmeeraFarouk
BondaKashah
Lara HatiIsmailTV9
DerhakaZafrulAstro OasisEpisod: "Dendam"
2013Janji ShirahAzriTV3
Rindu Bertamu Di Abu DhabiAdam
Duri Di HatiRizal
Epilog Cinta KhiranaLuqman
Operasi D6HezryDrama Sprm
Geng Kampung PisangHairiTV9
AKUBadrul/BlackTV3
2014KifarahEpisod: "Badi"
Kerana Terpaksa Aku RelakanYazid
Besan Tiga SegiShah Zaman
Cinta AgraSamTV2
Walau Sedetik CintaUstaz AmriTV AlHijrah
Kifarah: Sahabat SubahatBudimanTV3
2015Eksperimen CintaAlong
HidayahMu RamadanIsmail
Kifarah MistikAliEpisod: "Orang Ketiga"
2016Seindah Takdir CintaTaufik
AmsyarAzhar / Pak LongTV9
2017Kak MarrChef DTV3
Kisah Dari MekahYusofAstro OasisSebagai pengarah
2018Papa Nak MenantuAyah Azrin AidilTV3
Kelip-Kelip Di Kota LondonIbrahim
Lelaki Kiriman TuhanFuadAstro Oasis
Ahmad Rosli Arwahkan Ketua KampungRockstarTV3
2019Kereta SewaRamli
2021AyahandaAhmad
2022Melur Untuk FirdausZain
2023Melur Untuk Firdaus 2
Gelora 1941HarunTV1

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2009Mawi Raya Ya HabibiPA Mawi (Hairi)Astro RiaTelefilem pertama
Takbir TerakhirAdikAstro Prima
2010Selipar Jepun SuriaPenemuduga
2011Jalan SongsangNohTV3
2012Korban HajiPak Su
Nenek Bongkok 3Ustaz RazakAstro Ria
Kasihnya QasehHishamTV1
Takbirku BernoktahZahimAstro Oasis
Di Bawah LangitmuYazidTV3
2013Kasih BerbisikUstazTV AlHijrah
Yaasin TerakhirKassimTV1
Cintaku BibikuAmir
Bini Aku Hantu LangsuirJeffTV9
Pelita Tanpa SumbuSamadTV3
2014Si Wayar PutusKahelTV9
Haji Tak MabrurFaridTV3
Terpaku PontianakAbu RockTV9
Menghitung Rahmat TuhanAril
2015Abang BedukZillAstro Maya HD
Sopeah JinShahbudinTV3
Veteran RockAzamuddinTV9
2016Mimi Amah DivaKekasih MimiAstro RiaPelakon undangan
Pontianak Sesat Dalam KampungMak Leh
Andai Bukan Khilaf ItuCikgu AmarTV2
Batu Nisan IbuPak SuTV3
2017Dodol Untuk MenantuAsrinTV9
Azam Yang TerlampauAmriTV2
Dosa PerempuanAzaliTV3
Rombongan Marhaban Sesat JalanBudinTV9
Dosa TerlindungFaizalTV3
Surah Mati AbahZul
2022Kerana Dia IsteriTV2
Artis Pujaanku Mai BerayaPak Su NizamTV3
Ayahanda Ibrah RamadanAhmad

Teater

TahunTajukWatak
2015Mek Mulung Puteri Cahaya Bulan

Televisyen

TahunTajukWatakSaluran TV
2009Anak WayangPesertaAstro Ria
2014Anugerah Lawak Warna 2014PencalonAstro Warna
2023Motor ManiaPengacaraTV1

Rujukan

Pautan luar