Hélder Postiga

Hélder Manuel Marques Postiga (lahir 2 Ogos 1982) merupakan pemain bola sepak Portugal bersara yang beraksi di posisi penyerang.

Hélder Postiga
Maklumat peribadi
Nama penuhHélder Manuel Marques Postiga
Tarikh lahir (1982-08-02) 2 Ogos 1982 (umur 41)
Tempat lahirVila do Conde, Portugal
Ketinggian1.82 m (5 ka ​11 1116 in)
Posisi permainanPenyerang
Kerjaya remaja
1992–1996Varzim
1996–2000Porto
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2000–2001Porto B37(10)
2001–2003Porto58(22)
2003–2004Tottenham Hotspur19(1)
2004–2008Porto54(15)
2006→ Saint-Étienne (pinjaman)16(2)
2008→ Panathinaikos (pinjaman)14(2)
2008–2011Sporting CP71(12)
2011–2013Zaragoza70(23)
2013–2014Valencia15(3)
2014Lazio (pinjam)5(0)
2014–2015Deportivo La Coruña14(1)
2015Atlético Kolkata1(2)
2016Rio Ave10(5)
2016Atlético Kolkata11(2)
Pasukan kebangsaan
2002–2003Portugal B2116(12)
2003–2014Portugal71(27)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya kelab

FC Porto

Postiga memulakan kerjayanya di Varzim SC. Pada tahun 1998, beliau ke kelab belia FC Porto dan meneruskan progres sehingga beliau memasuki skuad utama. Selepas José Mourinho menjadi jurulatih Porto, Postiga memasuki skuad utama. Pemain berusia 20 tahun itu menjaringkan 19 gol pada 2002-03 dan membuatkan Porto memengani dua gelaran. Porto juga berjaya meluaskan kekuasaan ke Piala UEFA sebanyak lima kali walaupun beliau hanya terlepas perlawanan akhir.

Tottenham

Postiga berpindah ke kelab Tottenham Hotspur sebanyak £6.25 juta.[1] Beliau menandatangani kontrak lima tahun. Postiga membuat debut pada 16 Ogos ketika tewas 1-0 kepada Birmingham City tetapi dikeluarkan pada minit ke-57 dan digantikan oleh Bobby Zamora.[2] Gol pertama beliau pada 3 Disember ketika menang 3-1 ke atas Manchester City dan berjaya ke suku akhir Piala Liga.

Kembali ke Porto

Postiga kembali ke Porto untuk pertukaran pemain Pedro Mendes ke Tottenham. Jurulatih baru, Víctor Fernández memasukkan beliau dalam pasukan untuk kempen 2004-05, tetapi beliau meneruskan musim yang tidak memuaskan. Walau bagaimanapun, selepas José Couceiro menjadu jurulatih, beliau beraksi dengan baik dan menjaringkan tiga gol sebelum tamatnya musim.

Pada 2005, Postiga ke kelab B Porto selepas jurulatih baru Co Adriaanse tidak berpuas hati dengan persembahan beliau. Pada Januari tahun berikutnya, beliau dipinjam ke AS Saint-Étienne, mana beliau menjaringkan dua gol liga menentang FC Metz dan Le Mans Union Club 72.

Postiga kembali ke Porto untuk musim 2006-07. Beliau kehilangan tempat kepada pemain Brazil, Adriano. Walau bagaimanapun, beliau berjaya menjaringkan 10 gol liga.

Pada pertengahan Januari 2008, selepas tidak menepati cita rasa pengurus, beliau dipinjam selama enam bulan ke Panathinaikos FC. Gol pertama beliau untuk kelab Greece itu ketika menentang AEK Athens, seri 1-1.

Sporting

Pada 1 Jun 2008, Postiga dikejutkan dengan perpindahan beliau ke pesaing terdekat Porto, Sporting Lisbon dan menandatangani kontrak tiga tahun dengan bayaran €2.5 juta. Pada 1 September, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Sporting menewaskan SC Braga, 1-0.

Musim kedua Postiga amat hambar dan pasukannya menduduki tempat kedua liga. Lebih malang lagi, beliau gagal menjaringkan sebarang gol sehinggalah pada 19 April 2010, beliau menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas Vitória de Setúbal .

Zaragoza

Pada 31 Ogos 2011, hari terakhir perpindahan musim panas, Postiga menewaskan Sporting dan berpindah ke Real Zaragoza di La Liga dengan bayaran 1 juta euro.

Selepas tiga gol tidak disahkan, Postiga akhirnya menjaringkan gol untuk Zaragoza pada 16 Oktober 2011, beliau menjaringkan dua gol untuk menang 2-0 ke atas Real Sociedad. Salah satu daripada gol ini termasuklah sepakan gunting pada minit ke-11. Beliau menjadi penjaring terbanyak kelab pada musim 2011-12.

Valencia

Pada 8 Ogos 2013, Postiga berpindah ke Valencia CF dengan bayaran 2.6 juta euro untuk menggantikan pemain yang berpindah ke Tottenham, Roberto Soldado. Pada 1 September, beliau menjaringkan gol ketika menentang FC Barcelona, malangnya pasukannya tewas 2-3.

Postiga dipinjam ke SS Lazio pada kempen Serie A pada 30 Januari 2014. Beliau membuat debut pada 26 Mac, tumpas 2-0 kepada Genoa.

Deportivo

Pada 1 September 2014, Postiga menandatangani kontrak setahun bersama Deportivo di La Liga. Beliau membuat debut dua minggu kemudian dengan menang 1-0 ke atas SD Eibar. Gol pertama beliau tiba pada 31 Oktober tetapi tewas 2-1 kepada Getafe CF. Seminggu kemudian, beliau dibuang padang pada minit ke-29 ketika seri tanpa jaringan menentang Córdoba CF. Beliau dilayangkan kad kuning kedua selepas mengasari Íñigo López.

Kerjaya antarabangsa

Postiga bermain untuk Portugal menentang Argentina pada 2011

Postiga membuat debut untuk pasukan kebangsaan Portugal pada 12 Februari 2003 pada perlawanan persahabatan menentang Itali. Perlawanan ini juga merupakan perlawanan pertama Luiz Felipe Scolari sebagai pengurus Portugal. Beliau menjaringkan dua gol pada 10 Jun ketika menang 4-0 ke atas Bolivia.

Walaupun mengalami musim yang mengecewakan di Tottenham, beliau tetap termasuk dalam skuad Portugal di UEFA Euro 2004. Pada peringkat suku akhir menentang England, beliau berjaya menyelamatkan Portugal dengan menjaringkan gol pada minit ke-83 untuk seri 1-1 dan membawa ke penentuan tendangan penalti. Skuad Portugal layak ke separuh akhir selepas menang 6-5 berikut seri 2-2.

Postiga mula bermain di Piala Dunia FIFA 2006 menentang Mexico, menang 2-1. Pada saingan Euro 2008, beliau masuk ke padang dan menjaringkan gol lewat perlawanan ketika menentang Jerman, walau bagaimanapun Portugal tewas 3-2 pada suku akhir.

Postiga dipanggil untuk kempen kelayakan Euro 2012 menentang Denmark dan Iceland pada Oktober 2010. Pada 17 November 2010, beliau menjaringkan dua gol untuk Portugal menang 4-0 ke atas juara dunia, Sepanyol di Lisbon.

Pada 4 Jun 2011, Postiga menjaringkan gol tunggal pada kelayakan Euro 2012 menentang Norway], membuatkan beliau menjadi sepuluh penjaring terbanyak teratas dalam sejarah Portugal. Beliau dipilih oleh Paulo Bento sebagai penyerang pertama ke UEFA Euro 2012. Beliau menjaringkan gol ketika menentang Denmark, menang 3-2. Beliau mengalami kecederaan pada separuh masa pertama ketika pasukannya menang 1-0 ke atas Republik Czech. Keadaan ini memaksa beliau untuk berehat sehingga tamatnya kejohanan.

Gol antarabangsa

#TarikhLokasiLawanSkorKeputusanKejohanan
1
13 Jun 2003Lisbon, Portugal  Bolivia3–04–0Persahabatan
2
4–0
3
5 Jun 2004Setúbal, Portugal  Lithuania4–14–1Persahabatan
4
24 Jun 2004Lisbon, Portugal  England1–12–2UEFA Euro 2004
5
8 September 2004Leiria, Portugal  Estonia2–04–0Kelayakan Piala Dunia 2006
6
4–0
7
26 Mac 2005Barcelos, Portugal  Kanada3–04–1Persahabatan
8
30 Mac 2005Bratislava, Slovakia  Slovakia1–11–1Kelayakan Piala Dunia 2006
9
17 Ogos 2005Ponta Delgada, Portugal  Mesir2–02–0Persahabatan
10
2 Jun 2007Brussels, Belgium  Belgium1–21–2Kelayakan Euro 2008
11
19 Jun 2008Basel, Switzerland  Jerman2–32–3UEFA Euro 2008
12
12 Oktober 2010Reykjavík, Iceland  Iceland1–31–3Kelayakan Euro 2012
13
17 November 2010Lisbon, Portugal  Sepanyol2–04–0Persahabatan
14
3–0
15
4 Jun 2011Lisbon, Portugal  Norway1–01–0Kelayakan Euro 2012
16
10 Ogos 2011Faro, Portugal  Luxembourg1–05–0Persahabatan
17
7 Oktober 2011Porto, Portugal  Iceland3–05–3Kelayakan Euro 2012
18
15 November 2011Lisbon, Portugal  Bosnia dan Herzegovina4–26–2Kelayakan Euro 2012
19
6–2
20
13 Jun 2012Lviv, Ukraine  Denmark0–22–3UEFA Euro 2012
21
7 September 2012Bandar Luxembourg, Luxembourg  Luxembourg1–21–2Kelayakan Piala Dunia 2014
22
11 September 2012Braga, Portugal  Azerbaijan2–03–0Kelayakan Piala Dunia 2014
23
16 Oktober 2012Porto, Portugal  Ireland Utara1–11–1Kelayakan Piala Dunia 2014
24
6 Februari 2013Guimarães, Portugal  Ecuador2–12–3Persahabatan
25
22 Mac 2013Ramat Gan, Israel  Israel3–23–3Kelayakan Piala Dunia 2014
26
7 Jun 2013Lisbon, Portugal  Rusia1–01–0Kelayakan Piala Dunia 2014
27
15 Oktober 2013Coimbra, Portugal  Luxembourg3–03–0Kelayakan Piala Dunia 2014

Penghargaan

Kelab

Porto
  • Piala UEFA: 2002–03
  • Piala Antara Benua: 2004
  • Primeira Liga: 2002–03, 2006–07
  • Taça de Portugal: 2002–03
  • Supertaça Cândido de Oliveira: 2001, 2004, 2006
Sporting
  • Supertaça Cândido de Oliveira: 2008

Antarabangsa

Portugal

Pingat

  • Pingat Merit, Order of the Immaculate Conception of Vila Viçosa (Kerabat Braganza)

Catatan

Pautan luar