Gunung Ontake

gunung di Jepun

Gunung Ontake (Bahasa Jepun: 御嶽山, Ontake-san) merupakan sebuah gunung berapi di pulau Honshu, Jepun sekitar 100 km sebelah barat laut dari Nagoya, dan sekitar 200 km barat Tokyo. Kini, gunung berapi ini sedang memuntahkan lava, asap dan ketulan-ketulan batu dan kali terakhir berlaku pada 1991. Jepun merupakan sebuah negara pulau yang mempunyai banyak gunung berapi termasuk Gunung Unzen dan Gunung Fuji.[3]

Gunung Ontake
御嶽山
Gunung Ontake pada musim bunga
Titik tertinggi
Ketinggian3,067 m (10,062 ka) [1]
Tonjolan1,712 m (5,617 ka) [2]
SenaraiUltra
100 Gunung Terkenal Jepun
Geografi
Gunung Ontake is located in Bumi
Gunung Ontake
Gunung Ontake (Bumi)
LokasiGifu dan Nagano, Kawasan Chūbu, Jepun
Peta topoGeographical Survey Institute, 25000:1 御嶽山, 50000:1 御嶽山
Geologi
Jenis gunungStratovolkano
Letusan terakhirSeptember 2014 (masih berlangsung)

Letusan

Pada 27 September 2014, Gunung Ontake meletup mengakibatkan kematian pertamanya sejak 1991. Kejadian itu berlaku pada hari Sabtu, 27 September 2014 sekitar jam 11:53 Waktu Piawai Jepun (UTC +9).[4][5] Tidak terdapat gegaran jelas sebelum letusan yang memberi amaran.[6] Gunung itu meletuskan ketulan-ketulan batu-batu berapi dan asap sehingga 4 km radius. Setidak-tidaknya 40 orang dilaporkan terluka, dan 32 diyakini hilang.

Pasukan Pertahanan Diri Jepun (JSDF) mulai melakukan pencarian helikopter terhadap mereka yang hilang.[7] Seorang wanita awalnya dilaporkan telah meninggal akibat letusan.[8] Polis kemudian melaporkan bahawa lebih daripada 30 orang telah ditemukan berhadapan "jantung terhenti" dekat puncak, istilah yang digunakan oleh perkhidmatan kecemasan Jepun untuk orang yang tidak menunjukkan tanda vital.[9] Setakat 30 September, 12 orang disahkan telah meninggal dunia, dan 24 lagi dikuatiri mati.[10]

Pada 1 Oktober 2014, jumlah kematian disahkan mencapai 47 orang.[11]

Rujukan