Grafena

Grafena (graphene, juga grafen) ialah suatu alotrop (jenis) karbon yang terdiri daripada selapis atom atom yang tersusun secara heksagonal dua dimensi.[1][2] nanostructure.[3] Nama ini terbit daripada grafit dan akhiran -ena (-ene, seperti alkena), menampakkan sifat grafena yang memiliki banyak ikatan ganda dua seperti alkena lazim.

Struktur grafena, selapis atom karbon tersusun secara heksagonal.

Para saintis menerbitkan teori dan potensi kewujudan grafena selama berdekad. Grafena mungkin telah dicipta secara tak sedar daripada grafit dalam penggunaan pensel serta penggunaan grafit serupa dalam jumlah kecil. Grafena pada asalnya diperhatikan dengan mikroskop elektron pada 1962, tetapi hanya ketika disokong pada permukaan logam.[4] Pada 2004, bahan ini ditemui semula, dipisahkan dan dikaji di Universiti Manchester,[5][6] oleh Andre Geim dan Konstantin Novoselov. Pada 2010, mereka dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam Fizik bagi "uji kaji menonjol berkenaan bahan dua dimensi, grafena."[7] Grafena yang berkualiti tinggi didapati begitu mudah untuk dipisahkan.

Grafena menjadi bahan nano yang berguna oleh kerana kekuatan tegangan yang baik, kekonduksian elektrik, ketelusan serta menjadi bahan dua dimensi paling nipis di dunia.[3] Pasaran global grafena ialah $9 juta pada 2012,[8] kebanyakkannya bagi kajian dan pembangunan berkenaan semikonduktor, elektronik, bateri,[9] dan bahan komposit.

Rujukan

Pautan luar

  • Media berkenaan Grafena di Wikimedia Commons