Go Woo-ri

Go Woo-ri (lahir 22 Februari 1988), dikenali secara profesional sebagai Woori ialah seorang penyanyi, pelakon dan model Korea Selatan. Beliau merupakan penyanyi rap utama kumpulan wanita Korea Selatan, Rainbow.

Go Woo-ri
Go Woo-ri pada tahun 2012
Latar belakang
Nama asal고우리
Nama lahirGo Woo-ri
Kelahiran (1988-02-22) 22 Februari 1988 (umur 36)
Korea Selatan Jeonju, Jeolla Utara, Korea Selatan
GenreK-pop
Pekerjaan
InstrumenRap
Tahun aktif2009–sekarang
Syarikat rakaman
DSP Media
Pengkarya berkait

Biografi

Woo-ri dilahirkan di Jeonju, Korea Selatan pada 22 Februari 1988. Beliau belajar di Sekolah Tinggi Seni Daejeon dan Universiti Sukan Kebangsaan Korea. Beliau sebelum ini merupakan seorang pelatih di SM Entertainment sebelum bertukar ke DSP Media.

Karier

Rainbow

Woo-ri membuat kemunculan pertama sebagai penyanyi rap dan ahli terakhir untuk menyertai kumpulan Rainbow. Pada 12 November 2009, Rainbow mengeluarkan album mini, "Gossip Girls". Persembahan pertama kumpulan ini untuk "Gossip Girls" berlangsung dalam Show! Music Core pada 14 November 2009.

Rainbow Blaxx

Woori, Jaekyung, Seungah dan Hyunyoung membuat kemunculan pertama sebagai Rainbow Blaxx, sub-unit kedua Rainbow yang dibentuk pada tahun 2014. Kumpulan ini mengeluarkan album mini pertama mereka bertajuk RB Blaxx pada 20 Januari 2014.

Aktiviti solo

Pada 10 November 2011, Woo-ri membuat penampilan pertamanya sebagai seorang pelakon dalam filem You're My Pet.[1] Pada tahun 2011, Woo-ri telah dipilih sebagai ahli musim kedua Invincible Youth.

Pada 27 Februari 2012, beliau berlakon dalam drama KBS2, I Need a Fairy.

Beliau kemudiannya diberikan peranan pembantu dalam drama Glorious Day (2014) dan Queen's Flower (2015).[2][3]

Filmografi

Filem

TahunTajukPerananNota
2010HeartbeatKameo
2011You're My PetLee Min-seonPeranan sokongan

Drama

TahunTajukSaluranPerananNota
2012I Need a FairyKBS2Go Ria
2013Reply 1994TVN"Uhm Jung-hwa" dari Universiti YonseiKameo dalam Episod 18
Couple Clinic: Love and WarKBS2Go Eun
2014Glorious DaySBSJung Da-inPeranan sokongan
2015Queen's FlowerMBCSeo Yoo-raPeranan sokongan

Siri televisyen

TahunTajukSaluranNota
2011 – 2012Invincible Youth (musim 2)KBS2ahli
2012 – 2013Hello Counselortetamu

Penampilan video muzik

TahunLaguArtisPeranan
2013SnakeA-JaxDiri sendiri[4]

Rujukan

Pautan luar