Geseran velar tak bersuara

Geseran velar tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara x dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan x dalam X-SAMPA.

Nombor AFA140
Pengekodan
X-SAMPAx
Imej
Sampel audio
noicon

Dalam bahasa Melayu, ciri ini dipinjam dari bahasa Arab dan dilambangkan oleh huruf خkha[1]:112 serta dieja sedemikian dalam tulisan Jawi; sebutan ini cenderung terganti dengan fonem /k/ untuk penutur yang kurang mengetahui asal-usul perkataan pinjaman disebut. Sistem Ejaan yang Disempurnakan dipakai serantau sejak tahun 1972 melambangkan bunyi ini dengan dwihuruf kh (contohnya: khidmat خدمة‎, akhbar اخبار‎, tarikh تريخ‎);[2] sebelum itu, sistem-sistem ejaan Republik dan van Ophuijsen di Indonesia menggunakan dwilambang ch mengikut kelaziman bahasa Belanda.[2][3]

Ciri-ciri

Ciri-ciri geseran velar tak bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
  • Daerah artikulasinya adalah velar, iaitu disebut dengan bahagian belakang lidah (dorsum) menyentuh lelangit lembut (velum).
  • Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Rujukan