Gempa bumi Chile 2010

Gempa bumi Chile 2010 dengan kekuatan 8.8 Skala Richter dilaporkan terjadi di kawasan pantai Kawasan Maule, Chile pada 27 Februari 2010.[3][4][5] Kawasan terlibat dengan gempa dilaporkan mengalami gegaran dalam tempoh tiga minit.[6]. Gempa bumi ini merupakan yang terkuat sejak gempa bumi Sumatera pada tahun 2005, dan gempa bumi ke-7 paling kuat yang pernah direkodkan (gempa bumi Ecuador pada tahun 1906 juga mempunyai magnitud yang sama).[7]

Gempa bumi Chile 2010
Bangunan runtuh di Concepción
Tarikh03:34:14, 27 Februari 2010 (UTC-3) (2010-02-27T03:34:14UTC-3)
Magnitud8.8 Mw
Kedalaman35 kilometer (22 bt)
Koordinat35°54′32″S 72°43′59″W / 35.909°S 72.733°W / -35.909; -72.733 72°43′59″W / 35.909°S 72.733°W / -35.909; -72.733
Kawasan terjejasChile
TsunamiAmaran di kebanyakan persisiran Pasifik[1]
Korban432 dikenal pasti maut[2]

Gempa dilaporkan berlaku pada pukul 3:34 pagi waktu tempatan (jam 2:34 petang waktu Malaysia). Gegaran juga dilaporkan di Santiago,[8] dan beberapa bandar di Argentina seperti Buenos Aires, Córdoba, Mendoza dan La Rioja.[9]

Ahli seismologi menganggarkan yang gempa bumi ini sungguh kuat sehingga ia mungkin memendekkan tempoh panjang hari sebanyak 1.26 mikrosaat dan menggerakkan paksi benda Bumi sebanyak 8 cm atau 2.7 miliarkasaat.[10][11] It juga menggerakkan seluruh bandar Concepción 3.04 meter (10 ka) ke barat. Ibu negara Santiago, bergerak hampir 24 cm ke barat, dan malah Buenos Aires, kira-kira 1350 km daripada Concepción, bergerak 3.9 cm.[12][13]

Ciri-ciri gempa

Gempa bumi terjadi antara plat Nazca dengan plat Amerika Selatan, sehingga mengalami subduksi

Gempa bumi terjadi di sempadan antara plat Nazca dengan plat Amerika Selatan. Ciri-ciri gempa ini adalah mekanisme fokal sesar naik, diakibatkan oleh subduksi plat Nazca di bawah plat Amerika Selatan.

Kemusnahan, kerosakan dan kehilangan nyawa

Kerosakan struktur akibat gempa bumi

Menurut seorang jurukamera Berita TV Associated Press, terdapat bangunan yang runtuh Santiago dan juga bekalan elektrik dilaporkan terputus di beberapa bahagian di kota raya itu.[14] Lapangan terbang Santiago juga mengalami kerosakan. Ini menyebabkan pihak berkuasa lapangan terbang itu menutup semua operasi penerbangan dalam tempoh 24 jam mulai 12:00 GMT.[15]

Bangunan-bangunan dilaporkan runtuh dan ada yang mengalami kebakaran di Concepción. [16]

Kes kehilangan nyawa mula dilaporkan kira-kira 13 jam selepas gegaran gempa. Angka kematian terus bertambah, tetapi tidak dijangka akan mencecah lebih dua kali ganda daripada 122 kes awal.[3][17][18]

Kementerian Keadaan Darurat Negara Chile (Oficina Nacional de Emergencia) telah meletakkan kekuatan gempa bumi di wilayah Biobío pada IX skala Mercalli. Manakala Santiago diberikan skala tahap VIII. [19][3] USGS menyatakan intensitas gempa di Santiago and Valparaiso berada pada skala MM VII-VIII.[20]

Tsunami

Amaran kejadian tsunami dikeluarkan kepada Chile dan Peru,[21] dan peringatan tsunami juga turut dikeluarkan untuk Ecuador, Colombia, Antartika, Panama, dan Costa Rica.[22]

Peringatan tsunami ini kemudian diperluas hingga seluruh kawasan Lautan Pasifik, kecuali untuk kawasan pantai barat Amerika Syarikat, British Colombia, dan Alaska.[23] Ketinggian tsunami dilaporkan mencecah 2.6 meter (8.6 kaki) di Valparaiso, Chile.[3][24][25] Ketinggian tsunami mencapai 2,34 meter tercatat di Talcahuano, Biobío Region.[25]

Gempa susulan tercatat mencapai kekuatan 6.2 setelah 20 minit gempa pertama.[3][26] Dua gempa susulan dengan kekuatan 5.4 dan 5.6 menyusul kemudian.[26] The USGS said that "a large vigorous aftershock sequence can be expected from this earthquake".[27]

Terdapat laporan yang menyatakan tsunami mencapai ketinggian 40 meter di Kepulauan Juan Fernández yang berada di Lautan Pasifik sekitar 667 km dari luar pantai Chile.[28] Tetapi buat masa ini tiada laporan rasmi mengenai kerosakan yang dialami di pulau itu.

Data ketibaan gelombang tsunami[1][29][30]
StesenNegara atau wilayahLatitudLongitudWaktu (GMT)Ketinggian (meter)Ketinggian (kaki)
La Push, Washington Amerika Syarikat47.5 U124.4 B22:540.110.4
Hilo, Hawaii Amerika Syarikat19.7 U154.9 B21:200.862.8
San Francisco, California Amerika Syarikat37.8 U122.5 B21:200.260.8
Santa Monica, California Amerika Syarikat34.0 U118.5 B20:240.642.1
Lottin Point New Zealand37.6 S178.2 T19:340.150.5
Rarotonga Kepulauan Cook21.2 S159.8 B19:180.321.0
DART Tonga23 S168.1 B18:440.040.1
Papeete Polinesia Perancis17.5 U149.6 B18:100.160.5
Nuku Hiva Polinesia Perancis8.9 S140.1 B17:450.953.1
Cabo San Lucas Mexico22.9 U109.9 B17:430.280.9
Hiva Oa Polinesia Perancis9.8 U139.0 B17:411.795.9
Manzanillo Mexico19.1 U104.3 B17:050.321
DART Manzanillo16.0 U107 B16:110.070.2
Rikitea Polinesia Perancis23.1 S134.9 B15:590.150.5
Acapulco Mexico16.8 U99.9 B15:490.160.5
DART Kepulauan Marquesas8.5 S125 B15:310.180.6
Kepualauan Galapagos Ecuador0.4 S90.3 B14:520.351.2
Pulau Easter Chile27.2 S109.5 B12:050.351.1
Callao Peru12.1 S77.2 B10:290.361.2
Arica Chile18.5 S70.3 B10:080.943.1
Antofagasta Chile23.2 S70.4 B09:410.491.6
DART Lima18 S86.4 B09:410.240.8
Iquique Chile20.2 S70.1 B09:070.280.9
Coquimbo Chile30 S71.3 B08:521.324.3
Ancud Chile41.9 S73.8 B08:380.622
Caldera Chile27.1 S70.8 B08:340.451.5
San Felix Chile26.3 S80.1 B08:150.531.7
Corral Chile39.9 S73.4 B07:390.902.9
Valparaiso Chile33 S71.6 B07:081.294.2
Talcahuano Chile36.7 S73.4 B06:532.347.7

Kesan ekonomi

Keseluruhan gempa bumi ini mengorbankan 700 orang dan menyebabkan kerosakan berjumlah hampir AS$30 bilion (RM99.4 bilion).Menteri Dalam Negeri Chile, Rodrigo Hinzpeter menyatakan 200 orang yang hilang dianggap terbunuh.Kerosakan mencecah AS$30 bilion (RM99.4 bilion) dengan perlindungan hanya AS$5 bilion (RM16.5 bilion) hingga AS$8 bilion (RM26.5 bilion). Menteri Kerja Awam, Hernan de Solminihac menyatakan S$1.46 bilion (RM4.8 bilion) diperlukan untuk membina semula jambatan roboh dan membaik pulih kemudahan awam.[31]

Lihat juga

Rujukan