Gecko (enjin susun atur)
Gecko merupakan enjin susun atur pelayar web bebas dan terbuka yang digunakan dalam semua perisian berjenama Mozilla dan terbitannya termasuklah keluaran Netscape yang terkemudian (telah dihentikan). Ditulis dalam C++ dan dilesenkan di bawah tri-lesen MPL/GPL/LGPL, Gecko dirangka untuk menyokong piawaian Internet terbuka. Asalnya dicipta oleh Netscape Communications Corporation, pembangunannya kini diselia oleh Yayasan Mozilla.
Gecko | |
---|---|
Pembuat asal | Netscape |
Pembangun | Mozilla Foundation / Mozilla Corporation |
Pelancaran pertama | 1998 |
Versi terkini/stabil | 1.9.2.13 (9 Disember 2010 | )
Versi pratonton | 2.0b8 (22 Disember 2010 | )
Ditulis dalam | C++ |
Sistem pengendalian | Cross-platform |
Jenis | Enjin susun atur, Perisian bebas dan sumber terbuka |
Genre | Enjin susun atur |
Lesen | MPL/GPL/LGPL |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | devmo:Gecko |
Repositori | |
sunting · sunting di Wikidata |
Gecko menawarkan banyak pengaturcaraan API yang menjadikannya sesuai untuk pelbagai fungsi dalam penggunaan Internet seperti pelayar web, penyampaian kandungan dan pelanggan/pelayan[1]. Ia terutamanya digunakan oleh derivatif pelayar Mozilla, seperti Firefox, Camino, Flock, SeaMonkey, K-Meleon dan Netscape, untuk memaparkan tapak web dan, dalam sesetengah kes, antara muka pengguna penggunaan yang ditulis dalam XUL. Gecko bersifat pelantar silang dan boleh digunakan pada beberapa sistem pengendalian berlainan, termasuklah Microsoft Windows, BSD, Linux dan Mac OS X.
Gecko ialah enjin susun atur yang kedua paling popular di Web, selepas Trident (digunakan oleh Internet Explorer untuk Windows sejak versi 4), dan diikuti oleh WebKit (digunakan oleh Safari & Google Chrome) dan Presto (digunakan oleh Opera).
Kritikan
Antara sebab utama slower market share adoption adalah complexity kod punca Gecko yang bertujuan memberi lebih banyak daripada hanya sebuah HTML renderer untuk pelayar web.[2][3][4] Enjin Gecko juga menawarkan sebuah versatile XML-based user interface rendering framework yang dipanggil XUL yang telah banyak digunakan dalam mel, newsgroup dan perisian lain. Satu lagi sebab much of the complexity in Gecko adalah kegunaan XPCOM, sebuah model komponen antara platform.[5]
Rujukan
Pautan luar
- Gecko - Mozilla Developer Center Diarkibkan 2012-12-20 di Wayback Machine
- Gecko development wiki (wiki.mozilla.org)
- Gecko Layout Engine - Real-time Reflow Videos Diarkibkan 2009-11-29 di Wayback Machine
- Mozilla Product Strategy Proposal (DRAFT)
- Web Browser Standards Support
- JRex (Java API for Gecko)