Garis Mareth

Garis Mareth adalah sistem perkubuan yang dibina oleh Perancis di selatan Tunisia pada akhir tahun 1930an. Tujuan garis ini ialah melindungi Tunisia daripada pencerobohan Itali dari koloninya di Libya. Garis ini mencakupi sebuah kawasan dimana laluan masuk ke Tunisia dari selatan bertemu, menuju ke Mareth, dengan Laut Mediterranean ke sebelah timur dan pergunungan serta padang pasir ke sebelah barat.

Garis Mareth
Sebahagian daripada pertahanan Perancis di Tunisia
Tunisia
Garis Mareth pada tahun 1943
Koordinat33°38′00″N 10°18′00″E / 33.63333°N 10.30000°E / 33.63333; 10.30000 10°18′00″E / 33.63333°N 10.30000°E / 33.63333; 10.30000
Tinggi2,200 kaki (670 m)
Maklumat tapak
PemilikPentadbiran kolonial Perancis di Tunisia
PenggunaTentera Darat Perancis (1939–1940)
Dikawal olehTentera Darat Panzer Jerman–Itali (Deutsch-Italienische Panzerarmee/Armata Corazzata Italo-Tedesca) [1943]
StatusTerbiar
Sejarah tapak
Dibina1936 (1936)
Dibina olehPentadbiran kolonial Perancis di Tunisia dan Tentera Darat Perancis
Diguna sejakMac 1943 (Mac 1943)
Bahankonkrit bertetulang
HayatDitinggalkan selepas tahun 1943
PerangPertempuran Garis Mareth
Maklumat garison
Komander
terdahulu
Erwin Rommel
Garison1943, timur ke barat: Divisyen Ke-136 Infantri Giovani Fascisti, Divisyen Ke-101 Motoris Trieste, Divisyen Ringan Ke-90, Divisyen Ke-80 Infantri La Spezia, Divisyen Ke-16 Motoris Pistoia, Divisyen Ringan Ke-164 Afrika Divisyen Ke-15 Panzer (32 kereta kebal beroperasi)
Simpanan: Divisyen Ke-21 Panzer, Divisyen Ke-10 Panzer (110 kereta kebal beroperasi); Djebel Tebaga ke Djebel Melab: Raggruppamento Sahariano

Garis pertahanan ini menganjur di sepanjang sisi utara Wadi Zigzaou sejauh kira-kira 50 km (31 bt) barat daya dari Teluk Gabès ke Cheguimi dan Djebel (gunung) Matmata di dataran tinggi Dahar antara Grand Erg Oriental (Gurun Besar Timur) dan bukit Matmata. Genting Tebaga, antara Garis Mareth dan Gurun Besar Timur, laluan yang berpotensi bagi penceroboh untuk melepasi Garis Mareth, tidak ditinjau sehingga tahun 1938.

Selepas Peletakan Senjata 22 Jun 1940 Perancis, Garis Mareth telah dinyah tentera dibawah pengawasan suruhanjaya Itali-Jerman. Tunisia telah diduduki oleh tentera Paksi selepas Operasi Torch pada tahun 1942 dan garis pertahanan itu telah diperbaharui dan diperbesarkan oleh para jurutera Paksi kepada barisan pertahanan dengan membina lebih banyak kubu pertahanan antara garis itu dan Wadi Zeuss 3.5 bt (5.6 km) ke selatan tetapi kubu meriam anti kereta kebal buatan Perancis terlalu kecil untuk meriam anti-kereta kebal Paksi yang terpaksa diletakkan di tempat lain.

Pertempuran Medenine (6 Mac 1943) terhadap Tentera Darat Kelapan adalah kegagalan yang besar. Selepas Pertempuran Garis Mareth (16–31 Mac 1943) Tentera Darat Kelapan telah terperuk didalam garis pertahanan Mareth. Satu gerakan pemintas di barat dan utara Garis Mareth diikuti oleh Operasi Supercharge II yang menggempur masuk pertahanan Paksi di Genting Tebaga dan menyebabkan mereka berundur dari Garis Mareth ke Wadi Akarit. Garis Mareth telah terbiar usang dan diperingati di Muzium Mareth.

Nota

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Gauché, Maurice (1953). Le Deuxième Bureau au Travail, 1935–1940 [The Deuxième Bureau at Work]. Archives d'histoire contemporaine (dalam bahasa Perancis). Paris: Amiot Dumont. OCLC 3093195.
  • Stevens, Major-General W. G. (1962). "8–10". Bardia to Enfidaville. The Official History of New Zealand in the Second World War 1939–1945. Wellington, NZ: Historical Publications Branch. OCLC 4377202.

Pautan luar