Fußball-Bundesliga

Fußball-Bundesliga ("Liga Bola Sepak Persekutuan [Jerman]") atau ringkasnya Bundesliga ("Liga Persekutuan") merupakan tahap tertinggi dalam liga bola sepak Jerman. Istilah Bundesliga juga digunakan dalam bola sepak di Austria dan adalah sudah biasa merujuk kepada pertandingan liga peringkat tertinggi dalam beberapa sukan lain dalam kedua-dua buah negara. Bundesliga terdiri daripada 18 pasukan dan beroperasi pada sistem kenaikan pangkat dan penyingkiran dengan 2. Bundesliga. Musim berlangsung dari Ogos hingga Mei. Permainan dimainkan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Semua kelab Bundesliga mengambil bahagian dalam pertandingan piala DFB-Pokal. Pemenang Bundesliga layak ke DFL-Supercup.

Fußball-Bundesliga
NegaraJerman
KonfederasiUEFA
Ditubuhkan1963
Bilangan pasukan18
Disingkirkan ke2. Bundesliga
ArasTahap 1
Piala domestikDFB-Pokal
Piala antarabangsaLiga Juara-Juara
Liga Europa UEFA
Liga Persidangan Europa UEFA
Juara semasaBayer Leverkusen (Pertama Kejuaraan)
Kejuaraan terbanyakFC Bayern Munich (32 kejuaraan)
Tapak sesawanghttp://www.bundesliga.de
Musim 2023–24

Bundesliga merupakan salah satu liga nasional papan atas, saat ini menduduki peringkat ke-3 di Eropa sesuai dengan peringkat Koefisien Liga UEFA, berdasarkan data terbaru[1] Bundesliga saat ini adalah liga bola sepak nombor satu di dunia dari segi pengiraan kehadiran penonton sebanyak rata-rata 45m134 peminat sepertandingan yang mana musim 2011-12 adalah yang tertinggi kedua dari setiap liga olahraga di dunia.[2]

Sebanyak lima puluh enam kelab telah bersaing dalam Bundesliga sejak penubuhannya. Bayern Munich telah memenangi 32 daripada 60 gelaran, serta sebelas musim terakhir, yang merupakan rekod Eropah.[3] Namun Bundesliga juga telah melahirkan juara lainnya dengan Borussia Dortmund, Hamburger SV, Werder Bremen, Borussia Mönchengladbach dan VfB Stuttgart yang paling menonjol di antara beberapa persatuan yang lain.

Perisai diberikan kepada pemenang Bundesliga di pameran Singapura, 2023

Juara

Secara keseluruhan, 43 kelab telah memenangi kejuaraan Jerman, termasuk gelaran yang dimenangi sebelum penubuhan Bundesliga dan yang dalam Oberliga Jerman Timur. Juara rekod ialah Bayern Munich dengan 33 gelaran,[4] mendahului Berliner FC Dynamo dengan 10 (semuanya dalam DDR-Oberliga) dan 1. FC Nürnberg dengan 9.

Senarai Juara

Nombor dalam kurungan adalah untuk gelaran Bundesliga yang dimenangi.

MusimJuara[5]
1963–641. FC Köln
1964–65Werder Bremen
1965–661860 Munich (1)
1966–67Eintracht Braunschweig (1)
1967–681. FC Nürnberg (1)
1968–69Bayern Munich
1969–70Borussia Mönchengladbach
1970–71Borussia Mönchengladbach
1971–72Bayern Munich
1972–73Bayern Munich
1973–74Bayern Munich
1974–75Borussia Mönchengladbach
1975–76Borussia Mönchengladbach
1976–77Borussia Mönchengladbach (5)
1977–781. FC Köln (2)
MusimJuara
1978–79Hamburger SV
1979–80Bayern Munich
1980–81Bayern Munich
1981–82Hamburger SV
1982–83Hamburger SV (3)
1983–84VfB Stuttgart
1984–85Bayern Munich
1985–86Bayern Munich
1986–87Bayern Munich
1987–88Werder Bremen
1988–89Bayern Munich
1989–90Bayern Munich
1990–911. FC Kaiserslautern
1991–92VfB Stuttgart
1992–93Werder Bremen
MusimJuara
1993–94Bayern Munich
1994–95Borussia Dortmund
1995–96Borussia Dortmund
1996–97Bayern Munich
1997–981. FC Kaiserslautern (2)
1998–99Bayern Munich
1999–2000Bayern Munich
2000–01Bayern Munich
2001–02Borussia Dortmund
2002–03Bayern Munich
2003–04Werder Bremen (4)
2004–05Bayern Munich
2005–06Bayern Munich
2006–07VfB Stuttgart (3)
2007–08Bayern Munich
2008–09VfL Wolfsburg (1)
2009–10Bayern Munich
2010–11Borussia Dortmund
2011–12Borussia Dortmund (5)
MusimJuara
2012–13Bayern Munich
2013–14Bayern Munich
2014–15Bayern Munich
2015–16Bayern Munich
2016–17Bayern Munich
2017–18Bayern Munich
2018–19Bayern Munich
2019–20Bayern Munich
2020–21Bayern Munich
2021–22Bayern Munich
2022–23Bayern Munich (32)
2023–24

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Hari Raya AidiladhaLaman UtamaDua Darjat (drama)The Hardest Singing ShowKhilaf Yang TertulisKhas:CariJamrahAbang AdikIbadah korbanCinta Untuk Sekali LagiTempoh haram puasaHari TasyrikKhas:Perubahan terkiniDharma Harun Al RashidAniq DurarZim Zim Ala KazimNabi Ismail a.s.Bunga SaljuUEFA Euro 2024Aku Bukan UstazahMuhammad Yassin MohammadSolat sunat hari rayaNabi Ibrahim a.s.Erysha EmyraWukufWanita Milik Tuan Putra6 JahanamProjek: Anchor SPMAgak LaenOzlynn WatyAnak Perjanjian Syaitan 2Senarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSolatNafarAzahari HusinRiena DianaHaji