Frigat kelas Brandenburg
- Rencana
- Perbincangan
Peralatan
Umum
Cetak/eksport
Dalam projek lain
![]() F218 Mecklenburg-Vorpommern | |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas-Brandenburg |
Pembina: |
|
Pengguna: | ![]() |
Didahului oleh: | frigat kelas-Bremen |
Diganti oleh: | frigat kelas-Sachsen |
Dibina: | 1992–1995 |
Ditauliahkan: | 1994–kini |
Disiapkan: | 4 |
Aktif: |
|
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Frigat |
Sesaran: | 3,600 tan (4,490t muatan penuh)[1] |
Panjang: | 138.85 meter (455.5 ka)[1] |
Lunas: | 16.7 meter (55 ka)[1] |
Draught: | 4.35 meter (14.3 ka) (6.3 meter (21 ka) over sonar)[1] |
Jana kuasa: |
|
Halaju: | >29 knot (54 km/j; 33 mph)[1] |
Jarak: | 4,000 batu nautika (7,400 km; 4,600 bt) pada 18 knot (33 km/j; 21 mph)[1] |
Anak kapal: | 26 pegawai, 193 lain-lain pangkat[1] |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | 2 x helikopter Sea Lynx yang dilengkapi dengan torpedo ASW, atau peluru berpandu udara ke permukaan Sea Skua, dan sebuah mesingan berat. |
Kelas F123 Brandenburg adalah sebuah kelas kapal frigat buatan Jerman. Ia telah dipesan oleh Tentera Laut Jerman pada bulan Jun 1989, dan kemudian disiapkan dan ditauliahkan antara tahun 1994 hingga 1996 bagi mengantikan kelas-Hamburg. Tugas utama frigat ini adalah untuk melaksanakan peranan peperangan anti kapal selam, selain berperanan pertahanan peperangan anti pesawat, markas taktikal skuadron, dan operasi peperangan permukaan. Rekabentuknya termasuk gabungan ciri-ciri halimunan.
Kini, kelas F123 sedang dinaik taraf di bawah projek Fähigkeitsanpassung FüWES (FAF). Antara komponen utama yang dinaik taraf adalah Sistem Pengurusan Tempur, yang mana merupakan sebuah versi bagi sistem Thales Nederland TACTICOS. Kapal ini juga akan menaik taraf sistem IFF, kepada sebuah sistem radar sekunder EADS MSSR 2000 I. Bagaimanapun, radar utamanya, iaitu radar pencari 2D jarak jauh, Thales Nederland LW08, dan radar pengawasan 3D jarak sederhana, Thales Nederland SMART-S, akan dikekalkan. Kapal ini juga akan dipasang dengan sonar-sonar aktif frekuensi rendah di bawah program LFTASS usaha sama Perancis-Jerman tetapi pihak Perancis telah menarik diri pada tahun 2000[2] dan kini menggunakan sebuah terbitan daripada Sonar 2087 buatan Britain; Bayern menerima prototaip saonar TASS 6-3 tetapi kemungkinan besar unit ini tidak akan dipesan berdasarkan keadaaan belanjawan semasa.
Kesemua kapal dalam kelas ini dinamakan bersempena dengan nama Bundesländer (negeri) di Jerman dan berpangkalan di Wilhelmshaven membentuk 2. Fregattengeschwader (Skuadron Frigat ke-2) dalam Tentera Laut Jerman.
Pennant | Name | Call Sign | Dibaringkan | Limbungan | Dilancarkan | Ditauliahkan |
---|---|---|---|---|---|---|
F215 | Brandenburg | DRAH | 11 Februari 1992 | Blohm + Voss | 28 Ogos 1992 | 14 Oktober 1994 |
F216 | Schleswig-Holstein | DRAI | 1 Julai 1993 | Howaldtswerke | 8 Jun 1994 | 24 November 1995 |
F217 | Bayern | DRAJ | 16 Disember 1993 | Nordseewerke | 30 Jun 1994 | 15 Jun 1996 |
F218 | Mecklenburg-Vorpommern | DRAK | 23 November 1993 | Bremer Vulkan | 23 Februari 1995 | 6 Disember 1996 |
Pada pagi Rabu 9 Disember 2015, Mecklenburg-Vorpommern sedang melintasi Terusan Kiel apabila ia kemudian terlibat dalam satu perlanggaran dengan sebuah kapal kontena Nordic Bremen yang menyebabkan kerosakan pada kedua-dua kapal.[3] Mecklenburg-Vorpommern mengalamai satu lekukan sepanjang 4 meter (13 ka) haluan di aras dek utama, sementara Nordic Bremen hanya mengalami sedikit kerosakan, hanya terpaksa memindahkan dua buah kontena yang rosak sebelum menyambung pelayarannya.[4] Sebab akan terjadinya kemalangan ini kini masih disiasat [bila?], meskipun beberapa laporan mencadangkan bahawa ia diakibatkan oleh keadaan angin.[5]
| |
| |
|
Kelas-kelas kapal di dalam Tentera Laut Jerman | |
---|---|
Pembinasa | 101A Hamburg · 103B Lütjens |
Frigat dan korvet | 122 Bremen · 123 Brandenburg · 124 Sachsen · F125 · 130 Braunschweig |
Kapal serang laju | 143 Albatros · 143A Gepard · 148 Tiger |
Kapal penyapu ranjau | 332 Frankenthal · 333 Kulmbach · 352 Ensdorf · 742A Mühlhausen |
Kapal selam | 201 · 205B · 206A · 212A |
Kapal bantuan | 404 Elbe · 423 Oste · 441 Gorch Fock · 520 Barbe · 702 Berlin · 703 Walchensee · 704 Rhön · 720 Helgoland · 721 Eisvogel · 722 Wangerooge · 738 Bottsand · 751 Planet · 760 Westerwald |