Focaccia

Focaccia (sebutan bahasa Itali: [foˈkattʃa], turunan Latin focacius terbitan focus "perapian, tungku, dapur"[1]) adalah sejenis roti nipis yang khusus di Liguria barat laut Itali (sebagai fugassa) berasaskan doh serupa piza yang kadangkala ditabur herba yang boleh dimakan begitu sahaja, atau sebagai asas sajian lain seperti roti lapis.[2]

Focaccia
Kerak focaccia rosmari
JenisRoti leper
Tempat asalItali
Bahan utamaTepung tinggi gluten, minyak, air, garam, ragi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Roti ini dulu mula panis focacius[2] yang dipanggang di perapian[3] dimasak masyarakat Rom Purba dahulukala diajarkan orang-orang Etruria.

Jenis

Focaccia al rosmarino

Focaccia ini jenis paling terkenal dijirus minyak zaitun serta ditabur rosmari (segar atau kering[4]) dan garam (baik laut mahupun kasar).[5][6][7][8] Ia biasanya dibakar tetapi sesekali boleh digoreng minyak[9] dengan bahan tambahan seperti bawang putih[6] atau kemangi.[10] Keraknya terasa lembap.[9]

Ia boleh disajikan terus sebagai pembuka selera,[11][12][13] sajian utama atau cemilan[14] bersama potongan prosciutto[15] atau hidangan vegetarian; ia boleh menjadi roti asas sandwich.[8][16]

Focaccia con patate e rosmarino

Focaccia ini khas Toscana ditambah kentang selain rosmari yang juga terkenal di Bandar Raya New York (sebagai potato pizza, "piza kentang").[17]

Focaccia dolce

Focaccia manis ditaburi dengan sedikit gula, atau termasuk kismis, madu, atau bahan-bahan manis lain.[18]

Focaccia barese

Berasaskan doh gandum durum ditabur zaitun, tomat, rosmari dan garam. Ada pula versi yang menambahkan kentang ke dalam resepi.[19]

Focaccia col formaggio

Focaccia khas di Recco, dekat Genoa berisi keju stracchino antara dua lapisah doh senipis kertas.[20]

Lihat pula

Catatan

Tujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar