Flying Tigers

Pasukan Sukarelawan Pertama Amerika (American Volunteer Group, AVG) dari Tentera Udara China pada tahun 1941–1942, yang digelar Flying Tigers (Harimau Terbang), terdiri daripada juruterbang-juruterbang Kor Udara Tentera Darat Amerika Syarikat (USAAC), Tentera Laut (USN), dan Kor Marin (USMC), di rekrut bawah kuasa presiden dan diperintah oleh Brigedier Jeneral Claire Lee Chennault. Lukisan muncung pesawat Flying Tigers yang berwajah ikan jerung kekal menjadi imej yang paling dikenali oleh mana-mana pesawat tempur individu atau unit tempur Perang Dunia II.

Pasukan Sukarelawan Pertama Amerika
Anggota Flying Tigers
Aktif20 Disember 1941 – 4 Julai 1942
Negara China  Amerika Syarikat
Kesetiaan China  Amerika Syarikat
JenisPasukan juruterbang pejuang
Saiz3 skuadron;
purata 60 pesawat
Nama samaran"The Flying Tigers" (Harimau Terbang)
Komander
Komander
terkenal
Claire Chennault
Skuadron Ke-3 Hell's Angels, Flying Tigers, terbang di ruang udara China, gambar diambil pada tahun 1942 oleh juruterbang AVG Robert T. Smith
P-40 Warhawk dicat dengan muka jerung Flying Tigers di Muzium Negara Tentera Udara A.S.

Pasukan ini terdiri daripada tiga skuadron pesawat pejuang yang setiap satunya mempunyai 30 buah pesawat. Ia berlatih di Burma sebelum kemasukan Amerika kedalam Perang Dunia II dengan misi mempertahankan China daripada tentera Jepun. Pasukan sukarelawan ini secara rasminya menjadi anggota Tentera Udara China. Anggota pasukan ini mempunyai kontrak berserta gaji antara $250 sebulan bagi seorang mekanik hingga $750 sebulan bagi seorang komander skuadron, kira-kira tiga kali ganda dari apa yang mereka dapat dalam tentera A.S.. Walaupun ia menerima beberapa sukarelawan awam untuk tugas-tugas markas dan krew darat, AVG merekrut kebanyakan kakitangannya dari tentera A.S.

Pasukan ini pertama kali dilihat bertempur pada 20 Disember 1941, 12 hari selepas Pearl Harbor (waktu tempatan). Ia mempamerkan kemenangan taktikal yang inovatif apabila berita di A.S. telah dipenuhi dengan sedikit sebanyak cerita kekalahan di tangan tentera Jepun, dan mencapai kejayaan yang begitu memberangsangkan semasa tempoh terawal peperangan bagi kedua-dua A.S. dan Tentera Bersekutu ibarat memberi harapan kepada Amerika agar ia dapat mengalahkan Jepun. Para juruterbang AVG mendapat kepujian rasmi, dan menerima bonus tempur, kerana memusnahkan 296 pesawat musuh, berbanding hanya kehilangan 14 juruterbang sendiri dalam pertempuran.[1] Rekod tempur AVG masih wujud dan penyelidik telah menemui yang mereka boleh dipercayai.[2] Pada 4 Julai 1942 AVG telah dibubarkan. Ia telah digantikan oleh Grup Ke-23 Pejuang dari Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat, yang kemudiannya diserapkan kedalam Tentera Udara Keempat Belas A.S. dengan Mejar Jeneral Chennault sebagai Panglima. Grup Ke-23 Pejuang terus mencapai kejayaan tempur yang sama, sambil mengekalkan lukisan muncung pesawat di bahagian depan P-40.

Lihat juga

Tentang China

Flying Tigers yang dikurniakan Medal of Honor

  • Pappy Boyington—Juruterbang Flying Tigers yang dikurniakan Medal of Honor
  • Angkatan Tentera Republik China
  • Tentera Revolusi Nasional
  • Tentera Udara Republik China
  • Pasukan Sukarelawan Soviet
  • Akademi Tentera Whampoa
  • Kempen Zhejiang-Jiangxi

Tentang sukarelawan Amerika

  • Lafayette Escadrille—Sukarelawan Amerika dalam Perkhidmatan Udara Perancis semasa Perang Dunia I
  • Kościuszko Squadron—Sukarelawan Amerika yang berperang untuk Poland dalam Perang Poland-Soviet (1919–1921).
  • Yankee Squadron – Sukarelawan Amerika yang berperang dalam Perang Saudara Sepanyol (1936–1939) bagi pihak Republikan.
  • Eagle Squadron—Sukarelawan Amerika dalam RAF semasa Perang Dunia II
  • Grup Ke-23 Pejuang—Pasukan USAF yang berasal dari Flying Tigers

Rujukan

Petikan

Sumber

Pautan luar