F-9 Cougar

Grumman F9F/F-9 Cougar merupakan sebuah pesawat pejuang yang dioperasikan di atas kapal pengangkut pesawat milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia telah dibangunkan berdasarkan versi terdahulu Grumman F9F Panther. Rekabentuk sayap lurus pada pesawat Panther telah digantikan dengan rekabentuk sayap sapu yang lebih moden pada pesawat Cougar. Pihak Tentera Laut A.S menganggap Cougar sebagi sebuah pesawat versi tingkat upaya yang dilakukan pada Panther. Meskipun mempunyai nama rasmi yang berbeza, penamaaan pesawat Cougars bermula dari F9F-6 dan seterusnya.

F9F/F-9 Cougar
Sebuah pesawat latihan Grumman TF-9J Cougar sedang membuat aksi pendaratan touch-and-go di atas kapal pengangkut pesawat USS Lexington pada 1968.
PerananPesawat pejuang
PengeluarGrumman
Penerbangan sulung20 September 1951
Dihentikan1974 (Tentera Laut A.S)
Pengguna utamaTentera Laut Amerika Syarikat
Kor Marin Amerika Syarikat
Tentera Laut Argentina
Dibangunkan dariF9F Panther

Spesifikasi (F9F-8/F-9J)

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 42 kaki 2 in (12.9 m)
  • Rentang sayap: 34 kaki 6 in (10.5 m)
  • Tinggi: 12 kaki 3 in (3.7 m)
  • Sayap luas: 337 kaki² (31.3 m²)
  • Berat kosong: 11,866 lb (5,382 kg)
  • Berat berisi: 20,098 lb (9,116 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 24,763 lb (11,232 kg)
  • Loji kuasa: 1× Pratt & Whitney J48-P-8A turbin jet, 8,500 lbf (38 kN) dengan suntikan air

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: 647 bsj (1,041 km/j)
  • Jarak: 1,312 batu (2,111 km)
  • Lelangit khidmat 42,000 kaki (12,800 m)
  • Kadar kenaikan: 5,750 kaki/min (29.2 m/s)
  • Beban sayap: 61 lb/kaki² (298 kg/m²)

Persenjataan

Lihat juga

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan