Erissa Puteri

Erissa Puteri Hashim (lahir 1 Mac 2003) merupakan penyanyi, dan pelakon remaja Malaysia. Beliau meraih kejayaan sebagai salah seorang peserta Ceria Popstar musim kedua pada 2014.

Erissa Puteri
Kelahiran
Erissa Puteri binti Hashim

(2003-03-01) 1 Mac 2003 (umur 21)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2014–kini

Kerjaya

Pada usia 11 tahun, bakat Erissa Puteri mula dicungkil menerusi rancangan pencaraian bakat kanak-kanak Ceria Popstar musim kedua yang turut disertai oleh Masya Masyitah. Beliau dibimbing oleh penyanyi Alyah sehingga berjaya meletakkan beliau di kedudukan keempat semasa peringkat akhir pertandingan. Selepas tamat Ceria Popstar, beliau merakamkan single pertamanya, "Matahari" yang mencatat jumlah yang tinggi di YouTube iaitu sebanyak 608,000 tontonan.[1]

Erissa bersama enam finalis rancangan itu muncul dengan album kompilasi Ceria Popstar 2 terbitan Warner Music Malaysia. Album ini dikeluarkan pada November 2014.[2] Kerjaya lakonannya bermula menerusi drama Super Game Boy The Series lakonan bersama Wafiy, Mia Sara, Izz Ilham dan Sweet Qismina,[3] ini diikuti oleh telefilem Kasut Bola Pink arahan Shamyl Othman.[4] Erissa juga terpilih sebagai Mousekeeters pertama Malaysia untuk rancangan Club Mickey Mouse di Disney Channel.[5][6]

Diskografi

Album

TahunTajukCatatan
2014Ceria Popstar 2Album kompilasi bersama 6 finalis Ceria Popstar musim kedua

Single

TahunTajuk
2014
"Matahari"

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
TBATanah KuburFilem pertama, dalam perancangan

Drama

TahunTajukWatakSaluran TV
2014Puasa Oh PuasaErissaAstro Ceria
2015Puasa Oh Puasa (Musim 2)
Super Game Boy The SeriesNina
Geng UPSRDinaAstro Tutor TV
2016Geng UPSR (Musim 2)
2018Lafazkan Kalimah CintamuTengku Natasha (Kecil)Astro Ria
2019SMKAlya ZaraAstro Ceria
2020SMK (Musim 2)
2021SMK (Musim 3)
2022SMK (Musim 4)

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2014Masya AlisyaAdik AlisyaAstro Ceria
2016Super Game Boy: Geng FixieNina
2017Kasut Bola PinkAstro First Eksklusif
2019Super Game Boy - The Game ReturnsAstro Ceria
2020SMK: Raya Dekat JauhAlya

Televisyen

TahunTajukWatakSaluran TV
2014Ceria Popstar 2Dirinya sendiri/PesertaAstro Ceria
2017Club Mickey MouseMousekeeterDisney Channel
2018Ceria MegastarDirinya sendiri/PesertaAstro Ceria
2021Club Mickey Mouse (Season 2)MousekeeterDisney+ Hotstar
Ceria XtraDirinya sendiriAstro Ceria

Rujukan

Pautan luar