Elseya branderhorsti

Elseya branderhorsti juga dinkenali sebagai Kura-kura Sentap Branderhorst ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae. Spesies ini ditemui di Papua Barat Indonesia dan Provinsi Barat, Papua New Guinea. Sehingga kini spesies ini masih lagi sulit dikategorikan kerana kesukaran mengenalpasti holotipnya dengan spesies-spesies serupa yang lain.[3] E. branderhorsti kini disenaraikan sebagai spesies terjejas oleh IUCN RedList disebabkan perdagangan haiwan eksotik di Asia.[4]

Elseya branderhorsti
Elseya branderhorsti, 8 tahun, jantan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Subgenus:
Spesies:
E. branderhorsti
Nama binomial
Elseya branderhorsti
(Ouwens, 1914)[1]
Sinonim[2][3]
  • Emydura branderhorsti
    Ouwens, 1914
  • Elseya branderhorsti
    — Bour, Buskirk & Pritchard, 1994
    in David, 1994
  • Elseya branderhorstii [sic]
    van Dijk, 2000
    (ex errore)
  • Elseya branderhosti [sic]
    Iskandar & Mumpuni, 2002
    (ex errore)

Etimologi

Nama spesies, branderhorsti, diambil sempena nama pakar perubatan Belanda, Bastiaan Branderhorst (lahir 1880).[5]

Ciri-ciri

Elseya branderhorsti ialah kura-kura sungai besar yang berbeza berbanding Elseya rhodini, kerana tidak memiliki skut servik; dan mempunyai batas alveolar.[3] Kura-kura dewasa mempunyai cangkerang yang besar, bujur, dan saiz melebihi 400 mm (16 inci), karapasnya berwarna coklat gelap dan plastronnya pula berwarna krim.[3] Iris matanya unik dan berbeza berbanding kura-kura lain dari genus yang sama.

Rujukan


🔥 Top keywords: Hari Raya AidiladhaLaman UtamaDua Darjat (drama)The Hardest Singing ShowKhilaf Yang TertulisKhas:CariJamrahAbang AdikIbadah korbanCinta Untuk Sekali LagiTempoh haram puasaHari TasyrikKhas:Perubahan terkiniDharma Harun Al RashidAniq DurarZim Zim Ala KazimNabi Ismail a.s.Bunga SaljuUEFA Euro 2024Aku Bukan UstazahMuhammad Yassin MohammadSolat sunat hari rayaNabi Ibrahim a.s.Erysha EmyraWukufWanita Milik Tuan Putra6 JahanamProjek: Anchor SPMAgak LaenOzlynn WatyAnak Perjanjian Syaitan 2Senarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSolatNafarAzahari HusinRiena DianaHaji