Elseya albagula

Elseya albagula, juga dikenali sebagai Kura-kura Sentap Leher Putih, ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae yang boleh membesar sehingga 45 cm (18 in) panjang.[1]

Elseya albagula
Kepala kura-kura Elseya albagula
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Subgenus:
Spesies:
E. albagula
Nama binomial
Elseya albagula
Thomson, Georges & Limpus, 2006[1]
Sinonim[2][3][4]
  • Elseya albagula
    Thomson, Georges & Limpus, 2006
  • Elseya dentata albagula
    — Artner, 2008
  • Elseya albagula
    — Georges & Thomson, 2010

Spesies ini berasal dari tenggara Queensland, Australia, iaitu Sungai Burnett, Sungai Mary, dan Sungai Fitzroy. Mereka ialah kura-kura akuatik, dan bersifat maun, dengan menjadikan buah-buahan, algae dan tumbuhan akuatik sebagai makanan.[1]

Penamaan spesies ini telah dusulkan oleh John Goode pada tahun 1960an lagi,[5] dan akhirnya ia direkod dan disahkan pada tahun 2006.[1] Spesies ini dinamakan dari perkataan Latin, alba = putih dan gula = tekak (bawah leher), yang merujuk kepada tompokan putih pada leher kura-kura betina yang nampak menonjol.[1]

Tip tempatan bagi spesies ini ditemukan di Sungai Burnett yang terletak di tenggara Queensland, namun mereka juga boleh ditemui di Sungai Mary dan Lembangan Sungai Fitzroy di utara Burnett.[1] Sesetengah sarjana pernah menyatakan spesies dari dua wilayah sungai itu adalah spesies yang berlainan, namun analisis DNA, morfologi, dan morfometrik tidak menyokong kenyataan tersebut.[1][6]

Etimologi

Nama spesies, albagula diambil dari perkataan Latin, alba bermaksud putih dan perkataan gula membawa maksud tekak (bawah leher), merujuk kepada "Leher Putih" yang dapat dilihat pada kura-kura betina.

Ciri-ciri

Karapas (cangkerang) spesies ini berbentuk bujur. Kura-kura yang lebih muda, mempunyai jungkir di sepanjang karapasnya. Warna karapas bervariasi, dari coklat gelap hinggalah hitam. Licin tanpa gerigi.[1] Manakala plastronnya pula gelap pada kura-kura dewasa dan lebih kecil berbanding karapas.

Mereka memiliki kepala yang besar.[1] Biasanya berwarna coklat kehitaman dan kelabu. Kura-kura betina memiliki warna putih pada bahagian bawah leher.

Biologi

Haiwan ini boleh menyerap oksigen melalui kloaka, ketika berada di dalam air.[7]

Pemuliharaan

Tiga faktor ancaman kepupusan haiwan ini. Pertama, pemburuan telur yang disebabkan oleh musang dan haiwan ternakan masyarakat tempatan.[8] Kedua, pembinaan empangan di kawasan sungai tempat habitat mereka yang menganggu ekologi seperti suhu air di sungai tersebut[8][9] serta hakisan tanah, yang memusnahkan sarang telur mereka menyebabkan populasinya semakin menurun.[8][9] Faktor terakhir ialah struktur empangan yang menyebabkan mereka tidak mampu bertahan hidup.[8]

Pelbagai usaha telah dilakukan. Contohnya program inkubasi dan penetasan kura-kura telah dibuat oleh kerajaan tempatan Queensland.[9] Perlindungan kawasan sarang penetasan telur juga telah diwartakan.[9] Malah, laluan yang dikenali sebagai "Turtleways" telah dibina pada bahagian struktur empangan bagi mengelakkan sebarang kecelakaan terhadap haiwan ini.[9]

Rujukan

Pautan luar