Elle Fanning

Mary Elle Fanning (lahir April 9, 1998) ialah seorang pelakon Amerika Syarikat. Beliau merupakan adik kepada pelakon, Dakota Fanning dan dikenali dengan peranannya dalam Phoebe in Wonderland, Somewhere, We Bought a Zoo dan sebagai Aurora dalam Maleficent. Pada tahun 2011, Fanning membintangi sebagai Alice Dainard dalam Super 8.

Elle Fanning
Fanning pada tahun 2014
Kelahiran
Mary Elle Fanning

(1998-04-09) 9 April 1998 (umur 26)
Conyers, Georgia, A.S.
PendidikanSekolah Campbell Hall
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2001–sekarang
SaudaraDakota Fanning (kakak)

Kehidupan awal

Fanning dilahirkan di Conyers, Georgia pada April 9, 1998, anak perempuan Heather Joy (née Arrington), yang bermain tenis secara profesional dan Steven J. Fanning yang bermain besbol dan sekarang bekerja sebagai penjual barang elektronik di Los Angeles.[1] Fanning merupakan adik kepada Dakota Fanning, juga seorang pelakon.[2] Fanning berketurunan Ireland, Jerman, Inggeris dan Perancis. Fanning dan keluarganya adalah ahli Southern Baptist Convention.[3] Fanning menghadiri Sekolah Campbell Hall School di Hollywood Utara, Los Angeles.[4]

Karier

2001-2008

Fanning mula berlakon sebelum berumur tiga tahun.[5] Beliau memulakan karier lakonannya dalam Taken dan I Am Sam.[6] Pada tahun 2002, ketika berumur empat tahun, Fanning mendapat peranan dalam Daddy Day Care. Beliau dipilih untuk watak Ruth dalam The Door in the Floor (2004) bersama-sama Jeff Bridges dan Kim Basinger. Pada tahun 2003, Fanning muncul dalam Because of Winn-Dixie sebagai Sweetie Pie Thomas. Pada tahun 2004, beliau menyuarakan versi Bahasa Inggeris dalam filem animasi My Neighbor Totoro, sebagai Mei. Pada tahun yang sama, beliau menjalani pengambaran filem I Want Someone to Eat Cheese With. Pada awal tahun 2005, Fanning menjalani pengambaran untuk Charlotte's Web.[7] Pada pertengahan tahun 2005, beliau melakonkan watak Debbie dalam Babel. Pada awal tahun 2006, Fanning menjalani pengambaran filem The Nines dan Déjà Vu. Pada pertengahan tahun 2006, beliau menjalani pengambaran The Lost Room. Juga pada tahun 2006, beliau muncul dalam episod "Need to Know" siri House: MD.

Beliau berlakon sebagai Emma Learner dalam Reservation Road.[8] Pada tahun 2007, Fanning mempunyai peranan kecil dalam The Curious Case of Benjamin Button. Pada pertengahan tahun 2007, Fanning menjalani pengambaran sebagai Phoebe dalam Phoebe in Wonderland. Phoebe in Wonderland juga dibintangi Felicity Huffman ditayangkan pada bulan Mac 2009. Bermula bulan Julai sehingga Oktober 2007, Fanning muncul dalam The Nutcracker in 3D sebagai Mary. Filem ini menjalani pengambaran di Budapest, Hungary dan ditayangkan pada lewat tahun 2010.

2009-sekarang

Fanning membintangi filem 2010, Somewhere.[9] Pada lewat tahun 2010, Fanning mula bekerja untuk filem 2011 Twixt.[10] Pada tahun 2011, Fanning membintangi Super 8 sebagai Alice Dainard. Pada bulan Disember 2011, Fanning muncul dalam We Bought a Zoo.[11] Pada bulan September 2012, Fanning membintangi sebagai Ginger dalam Ginger & Rosa . Filem ini diarahkan oleh Sally Potter dan ditayangkan pada Oktober 19, 2012.[12]

Fanning juga membintangi bersama Angelina Jolie dalam filem 2014, Maleficent, diarahkan oleh Robert Stromberg. Jolie melakonkan watak Maleficent manakala Fanning melakonkan watak Puteri Aurora.[13]

Filmografi

Filem

TahunTajukPerananNota
2001I Am SamYounger Lucy
2003Daddy Day CareJamie
2004The Door in the FloorRuth Cole
2005My Neighbor TotoroMei KusakabeSuara (dub Bahasa Inggeris)
2005P.N.O.K.[14]Rebecca BullardFilem pendek
2005Because of Winn-DixieSweetie Pie Thomas
2006Déjà VuAbbey
2006BabelDebbie Jones
2006I Want Someone to Eat Cheese WithPenelope
2007The NinesNoelle
2007Reservation RoadEmma Learner
2007Day 73 with Sarah[15]SarahFilem pendek
2008The Curious Case of Benjamin ButtonDaisy, Age 6
2008Phoebe in WonderlandPhoebe Lichten
2009Astro BoyGraceSuara
2010The Nutcracker in 3DMary
2010SomewhereCleo
2011Super 8Alice Dainard
2011The Curve of Forgotten Things[16]GirlFilem pendek
2011TwixtV
2011We Bought a ZooLily Miska
2012Ginger & Rosa[12]Ginger
2012Leaning Toward Solace[17]SaraFilem pendek
2014Low DownAmy-Jo Albany
2014Young OnesMary Holms
2014Maleficent[13]Puteri Aurora
2014The BoxtrollsWinnieSuara
2015TrumboNikola Trumbo
2015About Ray[18]Ray
2016The Neon DemonJesse
201620th Century WomenJulie
2017Live by Night[19]Loretta Figgis
TBAAll the Bright Places[20]TBA

Televisyen

TahunTajukPerananNota
2002TakenAllie Keys – Age 3"Charlie and Lisa"
2003Judging AmyRochelle Cobbs"Maxine Interrupted"
2003CSI: MiamiMolly Walker"Death Grip"
2004CSI: NYJenny Como"Officer Blue"
2006House M.D.Stella Dalton"Need to Know"
2006Law & Order: Special Victims UnitEden"Cage"
2006The Lost RoomAnna Miller3 episod
2006, 2007Criminal MindsTracy Belle2 episod
2007Dirty Sexy MoneyKiki George"Pilot"

Rujukan

Pautan luar