Edrie Hashim

Edrie Hashim (lahir 26 Ogos 1973) merupakan seorang komposer, jurutera bunyi, penerbit rakaman, pengarah dan konduktor muzik untuk artis rakaman, televisyen dan filem yang prolifik di Malaysia.[1][2]

Edrie Hashim
Kelahiran (1973-08-26) 26 Ogos 1973 (umur 50)
Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia
GenreRock, pop rock, balada, pop
PekerjaanKomposer, jurutera bunyi, penerbit rakaman, konduktor muzik
InstrumenGitar, gitar elektrik, gitar slaid, keyboard
Tahun aktif1988–kini
Syarikat rakaman
Neo Gendang Records
Pengkarya berkait
Chapters, Projek Pistol, Dato' Awie, Wings, Dato' Hattan, Amy Search, Search, Giegiel, DefGabC, Cromok, Ella, Sarah Raisuddin, Kat Hassan

Sebagai komposer, beliau telah menerbitkan album dan lagu untuk artis-artis terkenal seperti Dato' Awie, Dato' Hattan, Search, Amy Search, DefGabC, Giegiel, Ella, Sarah Raisuddin dan Kat Hassan. Selain itu, beliau juga terkenal sebagai gitaris kumpulan Chapters (ditubuhkan pada 1988) dan Projek Pistol (ditubuhkan pada 2009).[3]

Pengasas Neogendang Records dan Studio Rakaman Neogendang ini pernah memenangi beberapa kategori dalam Anugerah Industri Muzik (AIM), antaranya kategori Lagu Rock Terbaik (Dibawah Gerbang Skaea - Amy Search), Album Rock Terbaik (Gothik Malam Edan - Search) dan Album Pop Rock Terbaik (Santai - Awie).

Edrie telah dijemput untuk menganggotai kumpulan rock lagenda, Wings sejak tahun 2015 dan masih kekal bersama kumpulan tersebut sehingga kini.

Latar belakang

Beliau dilahirkan pada 26 Ogos 1973 di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Edrie bersekolah di Sekolah Menengah Taman Keramat.[4] Dari 2000 hingga 2004, Edrie pernah memegang jawatan sebagai Pengurus A&R di BMG Music.[2] Pada tahun 2005, beliau menubuhkan syarikat rakamannya, Neo Gendang Records dan beberapa anak syarikat lain.[2]

Kehidupan peribadi

Edrie berkahwin dengan vokalis kumpulan Candy, Nurul Nadhira Patricia Robert pada 2002 dan dikurniakan dua cahayamata, Darren Haikal dan Dylan Haidar yang kedua-duanya menghidap autisme.[5]

Diskografi

  • Transfigurasi Vol. 1 (2007)

Rujukan

Pautan luar