Edika Yusof

Pelakon lelaki Malaysia

Mohd Yusof bin Abd Majid (lahir 22 April 1967) yang lebih dikenali sebagai Edika Yusof merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mencipta nama sebagai pelakon dan model iklan yang popular di era 90an. Meskipun kerap membawa watak anak orang kaya, bongkak tetapi sebenarnya beliau berasal dari keluarga biasa.[1]

Edika Yusof
Kelahiran
Mohd Yusof bin Abd Majid

(1967-04-22) 22 April 1967 (umur 57)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1983—1997
2017—kini
PasanganNorhidayah Yusri
Anak-anak3

Kehidupan awal

Edika Yusof dilahirkan pada 22 April 1967 dan berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Anak sulung daripada 6 beradik, beliau berketurunan Pakistan.[2] Edika ialah bekas pelajar Sekolah Menengah St. John, Bukit Nanas, Kuala Lumpur dan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[3]

Kerjaya

Edika menceburi bidang seni secara tidak sengaja ketika berusia 16 tahun, apabila ditawarkan menjalani ujibakat untuk iklan TV. Ujibakat pertamanya berjaya mendapat watak utama untuk iklan Wrangler Jeans. Pada ketika menunggu keputusan peperiksaan SPM, dia mendapat tawaran untuk Iklan keduanya iaitu Pepsi.[4]

Ketika usianya menjangkau 18 tahun, dia terpaksa menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam kerana perlu mencari pekerjaan. Ketika itu, dia berhijrah ke Cherating, Pahang dan bekerja sebagai pelayan restoran di daerah itu.[4]

Iklan pertama yang dijayakan oleh Edika ialah iklan Wrangler Jeans bersama Kavita Sidhu. Di antara iklan yang paling popular Dibintanginya ialah Iklan Rokok Kingsway dan diikuti dengan puluhan lagi Iklan TV jenama-jenama terkemuka.[4][5][6]

Popularitinya sebagai model iklan komersial juga turut membawa Edika mengembangkan bakatnya dalam cabang seni lakonan apabila ditawarkan untuk berlakon filem Pelumba Malam pada tahun 1989. Bertuah memiliki wajah kacukan, Edika mengorak langkah dalam bidang seni hiburan dengan berlakon sebagai watak utama dalam filem-filem popular era lewat 80an dan 90 an. Selain filem, pada tahun 90an Edika juga pernah memegang watak utama dalam sebuah Cerekarama TV3 bersama aktres ternama Uji Rashid berjudul Abang Muda. Edika menerima pengiktirafan meluas dengan melakonkan wataķ sebagai Karim dalam filem cereka sains XX Ray arahan Aziz M. Osman.[4]

Mengimbas kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika meniti zaman popularitinya lebih 20 tahun lalu, Edika menganggap dirinya bertuah kerana mempunyai ramai peminat yang menyokong kerjaya seninya.[4] Meskipun digilai ramai peminat wanita yang tertarik dengan ketampanan wajah dan personaliti yang yang dimilikinya, pelakon yang terkenal dengan sikap rendah dirinya ini tidak pernah mengambil kesempatan atas situasi itu.

Berikutan Krisis ekonomi 1997, Edika turut terkena tempias, lantas dia mengambil langkah memulakan kerjaya dalam bidang penerbangan dengan bertugas sebagai Pramugara seterusnya melibatkan diri dalam bidang seni reka grafik. Sejak itu dia lebih banyak menumpukan pada tugas barunya itu.[4]

Edika mengundur diri dari bidang seni selepas isteri tercintanya lumpuh tiga perempat badan iaitu dari bahagian dada ke bawah selepas melahirkan anak kedua mereka. Atas rasa kasih dan tanggungjawab Edika lebih banyak menghabiskan masa menjaga isteri disamping mengusahakan perniagaan seni reka grafiknya.[4]

Selepas 20 tahun mendiamkan diri, Edika kembali berlakon dengan membintangi drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati dengan melakonkan watak sebagai Datuk Syakir.

Kehidupan peribadi

Edika mempunyai dua orang anak hasil pernikahannya dengan isteri dan seorang anak tiri iaitu Fardeen Nasrulhaq, Fereena Nurulhaq dan Nazirul Afiq.[4][7] Isterinya mengalami lumpuh dari bahagian dada hingga ke bawah selepas melahirkan anak kedua mereka.[4][8][9]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
1989Pelumba MalamFilem pertama
1990Driving SchoolAbang
1992XX RayKarim Datuk Yahya
1995AwasRoy
1996Maria MarianaJeffri

Drama

TahunTajukWatakSaluran TV
1996Abang MudaAbang Muda / Doktor RazmanTV3
2017Hikayat Cinta Si Pematah HatiDatuk SyakirAstro Ria
2018Pengantin 100 HariRusdiTV3
Inai Yang HilangWan Jamilntv7
Isteri Dalam SangkarTengku YusufHypp Sensasi
2019Cinta Non GrataDatuk MarzukiTV3
Puteri Yang DitukarTuan MalikAstro Prima
2020Pengantin Satu MalamDato' HarisTV3
2021Mencari Kiblat CintaTengku AmarTV Okey
Ahli Bapak Bapak ClubEedika YusofAstro Ria
Saat Kau Takluk Cinta IniDato ZharTV3
2022ShakiraTuan Rizal
Suamiku Lelaki PendosaDato Seri Afnan
Bisik Bisik GeloraTuan Akalil
Kerana Cinta Itu AdaDato Tengku Ikmal
2023Projek: High CouncilHarun JasniAstro Ria
2024Bara Yang Ku Genggam 2JeffTV3

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
1993LayarTV3
2017Permata HatiGhulam RasoolAstro First Eksklusif
2018Sofea AffendiDatuk Imranntv7
2022Semua Tentang KitaHairiTV3
LuruhFaizalTV2

Rujukan

Pautan luar