Dylan O'Brien

Dylan O'Brien (lahir 26 Ogos 1991) ialah seorang pelakon lelaki Amerika Syarikat. Beliau terkenal menerusi watak utamanya sebagai Thomas dalam trilogi filem pengembaraan cereka sains The Maze Runner (2014), The Maze Runner: Scorch Trials (2015), Maze Runner: The Death Cure (2018) dan untuk peranannya sebagai Stiles Stilinski dalam siri televisyen MTV, Teen Wolf. Beliau juga membintangi filem sebagai pemeran utama seperti The First Time dan American Assassin, dan peranan pembantu dalam filem The Internship dan Deepwater Horizon.

Dylan O'Brien
Kelahiran (1991-08-26) 26 Ogos 1991 (umur 32)
Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat
PendidikanSMA Mira Costa
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2011-kini
Kampung asalSpringfield Township, New Jersey, A.S.

Kehidupan awal

O'Brien dilahirkan di Bandar Raya New York, anak lelaki Lisa (née Rhodes), bekas pelakon yang juga mengendalikan kelas lakonan, dan Patrick O'Brien, operator kamera.[2][3] Beliau dibesarkan di Springfield Township, New Jersey, sehingga usia dua belas tahun, ketika beliau dan keluarganya berpindah ke Hermosa Beach, California.[4][5][6] Bapanya berketurunan Ireland, dan ibunya berketurunan Itali, Inggeris dan Sepanyol.[7] Selepas tamat belajar di Sekolah Tinggi Mira Costa pada tahun 2009, beliau bekerja untuk New York Mets.[8] Pada usia 14 tahun, O'Brien mulai memuatnaik video ke saluran YouTube beliau. Penerbit dan pengarah mendekati beliau untuk melakukan pekerjaan untuk siri web semasa tahun seniornya di sekolah menengah.[3] Sewaktu terlibat dalam siri web, O'Brien bertemu dengan seorang pelakon yang menemukannya dengan seorang pengurus. Beliau berhasrat untuk melanjutkan pendidikan di Universiti Syracuse[9] di dalam bidang sukan, tetapi memutuskan untuk aktif dalam kerjaya lakonan.[10]

Kehidupan peribadi

O'Brien menjalin hubungan dengan pelakon Britt Robertson, yang dikenalinya pada tahun 2011 semasa penggambaran The First Time.[11][12][13][14][15]

Filemografi

Filem

TahunTajukPerananCatatan
2011Charlie Brown: Blockhead's RevengeCharlie BrownFilem pendek[16]
2011High RoadJimmy
2012The First TimeDave Hodgman
2013The InternshipStuart Twombly
2014The Maze RunnerThomas
2015The Maze Runner: Scorch Trials
2016Deepwater HorizonCaleb Holloway
2017American AssassinMitch Rapp
2018Maze Runner: The Death CureThomas

Televisyen

TahunTajukPerananCatatan
2011–2017Teen Wolf"Stiles" StilinskiPelakon utama: 83 episod
Pelakon undangan: 2 episod
2013First Dates with Toby HarrisPeterSiri web pendek
Episod: "Roommates"[17]
2013New GirlThe GuyEpisod: "Virgins"

Rujukan

Pautan luar