Dwayne Johnson

Pelakon, penerbit dan penggusti Amerika Syarikat

Dwayne Douglas Johnson (lahir 2 Mei 1972) atau juga dikenali dengan nama pentasnya The Rock[2] ialah seorang pelakon, penerbit dan penggusti lelaki Amerika Syarikat.

Dwayne Johnson
Dwayne Johnson pada bulan Mac 2013
Kelahiran (1972-05-02) 2 Mei 1972 (umur 52)
Hayward, California, USA
KerakyatanAmerika Syarikat
Kanada[1]
Pusat pendidikanUniversiti Miami
PekerjaanPelakon, penerbit, penggusti profesional
Tahun aktif1996 - 2004; 2011 - sekarang (penggusti)
1999 - sekarang (pelakon)
Parti politikBebas
Pasangan
  • Dany Garcia (k. 1997; c. 2008)
  • Lauren Hashian (k. 2019)
Anak-anak3
KeluargaAnoaʻi
Karier gusti profesional
Nama arenaDwayne Johnson
Flex Kavana
Rocky Maivia
The Rock
Berat118 kg (260 lb)[2]
Berasal dariMiami, Florida, USA[2]
Dilatih olehPat Patterson
Rocky Johnson
Tom Prichard
Penampilan sulung10 Mac 1996

Beliau pada mulanya terlibat dalam sukan bola-bola sepak Amerika dan Kanada[1] sebelum bertukar sukan memasuki gusti profesional, terutamanya dalam Persekutuan Gusti Dunia selama lapan tahun. Selepas itu beliau menceburi kerjaya lakonan.

Awal hidup

Dwayne Douglas Johnson lahir pada 2 Mei 1972[3] di Hayward negeri California.[4] Beliau darah kacukan kulit hitam dan Samoa hasil perkahwinan Ata Maivia, anak pegusti Peter Maivia dari Samoa Amerika[5][6] dan Rocky Johnson,[7][8] seorang pegusti dari Nova Scotia.[9] Dwayne dibesarkan pada usia kecilnya di New Zealand bersama keluarga sebelah ibunya[10] bersekolah dan terlibat bermain ragbi[11] sebelum berpindah ke Amerika Syarikat tidak lama kemudian.[10] Beliau belajar di Montclaire Elementary School Charlotte, Carolina Utara sebelum berpindah ke Hamden, Connecticut bersekolah di Shepherd Glen Elementary School dan Hamden Middle School.[12][13]

Beliau banyak berpindah randah sepanjang zaman sekolah tingginya baik di President William McKinley High School Honolulu, Hawaii, Glencliff High School dan McGavock High School di Nashville, Tennessee serta Freedom High School di Bethlehem, Pennsylvania.[14] Pada waktu ini jugalah beliau giat bersukan dalam peringkat sekolah termasuk bola sepak Amerika serta gusti cara lama.

Kerjaya gusti

Kerjaya lakonan

Pada 2 September 2020, selama wabak COVID-19, Johnson mengumumkan Instagram bahwa dia, isterinya, dan dua anak perempuan mereka semuanya diuji positif virus tersebut, yang terjangkit dari kawasan keluarga, tetapi mereka telah pulih sepenuhnya.[15]

Filemografi

Filem

TahunTajukSebagaiCatatan
1999Beyond the MatDiri sendiriDokumentari[16]
2001The Mummy ReturnsMathayusLakonan pertama
LongshotMugger
2002The Scorpion KingMathayus
2003The RundownBeck
2004Walking TallChris Vaughn[17]
2005Be CoolElliot Wilhelm[18]
DoomAsher "Sarge" Mahonin
2006Southland TalesBoxer Santaros[19]
Gridiron GangSean Porter[20]
2007Reno 911!: MiamiAgent Rick Smith [21]Kameo
The Game PlanJoe Kingman
2008Get SmartAgent 23
2009Race to Witch MountainJack Bruno[22]
Planet 51Captain Charles T. BakerPenyumbang suara[23]
2010Tooth FairyDerek Thompson
Why Did I Get Married Too?Daniel FranklinKameo tidak tercatat[24]
The Other GuysChristopher Danson [25]
You AgainAir MarshalKameo tidak tercatat[24]
FasterJames Cullen / Driver
2011Fast FiveLuke Hobbs[26]
2012Journey 2: The Mysterious IslandHank ParsonsJuga sebagai penerbit bersama[27]
2013SnitchJohn MatthewsJuga sebagai penerbit[28]
G.I. Joe: RetaliationMarvin F. Hinton / Roadblock
Pain & GainPaul Doyle[29]
Fast & Furious 6Luke Hobbs[30]
Empire StateDetective James RansomeDirect-to-video film[25]
2014HerculesHercules[25]
2015Furious 7Luke Hobbs[31]
San AndreasRay Gaines
2016Central IntelligenceBob Stone
MoanaMauiPenyumbang suara
2017The Fate of the FuriousLuke Hobbs
BaywatchMitch BuchannonJuga sebagai penerbit eksekutif
Jumanji: Welcome to the JungleDr. Xander "Smolder" Bravestone[32][33]
2018RampageDavis Okoye[34]
SkyscraperWill SawyerJuga sebagai penerbit[35]
2019Fighting with My FamilyDiri sendiri[36]
Shazam!N/APenerbit eksekutif
Hobbs & ShawLuke HobbsJuga sebagai penerbit[37]
Jumanji: The Next LevelDr. Xander "Smolder" Bravestone[38]
2021Jungle CruiseFrankDalam pascaproduksi; juga sebagai penerbit
TBARed NoticeTBADalam pascaproduksi; juga sebagai penerbit

Televisyen

YearSebagaiRoleNotesRef.
1999That '70s ShowRocky JohnsonEpisod "That Wrestling Show"
The NetBrodyEpisod "Last Man Standing"
2000Star Trek: VoyagerThe ChampionEpisod "Tsunkatse"
2000, 2002, 2009,
2015, 2017
Saturday Night LiveDiri sendiriPengacara, 5 episod
2007Cory in the HouseEpisod "Never the Dwayne Shall Meet"
Hannah MontanaEpisod "Don't Stop Til You Get the Phone"
2009Wizards of Waverly PlaceEpisod "Art Teacher"
2009 Kids' Choice AwardsSebagai pengacara
2010Family GuyEpisod "Big Man on Hippocampus"
Transformers: PrimeCliffjumperPenyumbang suara; episod "Darkness Rising, Part 1"[39]
2013The HeroDiri sendiriPengacara; juga sebagai penerbit eksekutif
2014–2015Wake Up CallPengacara; juga sebagai pencipta and penerbit eksekutif
2015Lip Sync BattleEpisod "Dwayne Johnson vs. Jimmy Fallon"
2015–2019BallersSpencer Strasmore47 episod; juga sebagai penerbit eksekutif
20162016 MTV Movie AwardsDiri sendiriPengacara bersama
2017LifelineEpisod "In 33 Days You’ll Die"; juga sebagai penerbit eksekutif[40]
2019–kiniThe Titan GamesPengacara; juga sebagai pencipta and penerbit eksekutif
2021Young RockDwayne usia dewasa (suara)Pencerita; juga sebagai pencipta and penerbit eksekutif[41]

Anugerah dan kehormatan

Dwayne mendapat gelaran Seiuli diberikan kepadanya oleh Malietoa Tanumafili II selama kunjungannya ke Samoa pada Julai 2004,[42] beliau ada juga terlibat dalam suatu upacara adat mencacah pada paha kirinya pada tahun 2003.[43]

Rujukan

Pautan luar