Dimasangcay Adel

Sultan Dimasangcay Adel (ejaan alternatif Dimasangkay Adil, memerintah 1578-1585) adalah sultan keempat Maguindanao di Filipina.[1] Ia merupakan keturunan langsung Sharif Kabungsuwan, sultan pertama Maguindanao.[1][2] Ia ialah anak kepada Datu Bangkaya dan isterinya, seorang wanita Maguindanao.[2][3] Dua saudara sebapa Dimasangcay, iaitu Gugu Sarikula dan Buisan, juga memerintah sebagai sultan Maguindanao berturut-turut selepasnya.[2][3]

Dimasangcay Adel
Pemerintahan1578–1585
Tempat keputeraanMaguindanao, Filipina
Mangkat1585
PendahuluBangkaya
PenggantiGugu Sarikula
AyahandaDatu Bangkaya
AgamaIslam

Dimasangcay berkahwin dengan Imbog, seorang wanita Sulu, dan mereka mempunyai anak perempuan bernama Paguian Goan.[4] Anak perempuan itu kemudiannya berkahwin dengan Adasaolan, seorang penguasa Basilan keturunan Borneo.[4]

Lihat juga

Rujukan