Diafra Sakho

Diafra Sakho (lahir 24 Disember 1989) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Senegal yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United.

Diafra Sakho
Sakho bersama West Ham pada bulan Julai 2015
Maklumat peribadi
Nama penuhDiafra Sakho
Tarikh lahir (1989-12-24) 24 Disember 1989 (umur 34)[1]
Tempat lahirGuédiawaye, Senegal[1]
Ketinggian1.84 m (6 ka ​ 38 in)[1]
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
West Ham United
Nombor15
Kerjaya remaja
2006–2007Génération Foot
2007–2009Metz
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2009–2014Metz114(44)
2012–2013→ Boulogne (pinjam)7(0)
2014–West Ham United23(10)
Pasukan kebangsaan
2014–Senegal3(1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 07:21, 12 April 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 November 2014 (UTC)

Dia memulakan kariernya dalam divisyen bawahan bola sepak Perancis bersama Metz dan secara pinjaman di Boulogne sebelum menyertai West Ham pada bulan Ogos 2014.

Karier

Metz

Sakho memulakan kariernya di Dakar bersama Generation Foot, sebuah akademi bola sepak dan kelab feeder untuk FC Metz, ketika berumur 16 tahun.[2] Selepas enam bulan bersama kelab itu, dia berpindah ke Perancis pada tahun 2007 untuk berlatih bersama Metz. Selepas 17 gol dalam 22 perlawanan untuk pasukan simpanan FC Metz pada musim 2009–10, dia dinaikkan ke pasukan utama. Dia membuat penampilan sulungnya ketika seri tanpa jaringan dengan Brest pada 19 Januari 2010. Gol pertamanya datang pada 10 September, ketika seri 1–1 dengan Nantes. Dia kebanyakkannya digunakan sebagai pemain gantian dalm tiga musim pertamanya dan dipinjamkan ke Boulogne pada bulan Januari 2012. Pada bulan Mei 2012, bersama Metz dalam Championnat National, peringkat ketiga bola sepak Perancis, pengurus baru, Albert Cartier memberi Sakho tempat dalam kesebelasan utama pasukan itu. Pada musim berikutnya, Sakho menjaringkan 19 gol dalam 33 perlawanan liga dan Metz menduduki tempat kedua sekaligus mendapat promosi ke Ligue 2. Pada musim 2013–14, dia menjaringkan 20 gol dam 36 perlawanan dan Metz menjuarai Ligue 2.[3] Sakho diundi sebagai Pemain Tahunan Ligue 2 dalam musim 2013–14.[3][4]

West Ham United

Pada 14 Ogos 2014, Sakho menandatangani kontrak empat tahun bersama West Ham United.[3]

Musim 2014–15

Sakho bersama West Ham United pada bulan Ogos 2014

Sakho membuat penampilan sulungnya untuk West Ham pada 23 Ogos ketika kemenangan 3–1 ke atas Crystal Palace masuk pada minit ke-63 menggantikan Carlton Cole.[5] Pada 26 Ogos, dia menjaringkan gol kompetitif pertamanya untuk kelab itu ketika menentang Sheffield United dalam pusingan kedua Piala Liga.[6] Sakho menjaringkan gol pertamanya dalam liga pada 15 September ketika seri 2–2 dengan Hull City. Dia membuat penampilan sulungnya di tempat sendiri ketika menentang Liverpool pada 20 September dan menjaringkan gol keduanya untuk membantu the Hammers menang 3–1.[7] Sakho mengakhiri musim 2014-15 sebagai penjaring terbanyak West Ham.[8] Dia menjaringkan 12 gol, 10 di dalam liga dan satu di dalam Piala FA dan Piala Liga.[9]

Musim 2015–16

Sakho membuka musim 2015-16 dengan menjaringkan dua gol dalam pusingan kelayakan pertama Liga Europa UEFA pada 2 Julai ketika West Ham menang 3–0 ke atas Lusitanos.[10]

Karier antarabangsa

Sakho membuat penampilan antarabangsa pertama untuk Senegal dalam perlawanan persahabatan menentang Burkina Faso pada 21 Mei 2014.[3] Gol pertamanya datang empat hari kemudian ketika kemenangan 3-1 ke atas Kosovo.[3]

Statistik karier

Sehingga 9 Julai 2015[11][12]
KelabMusimLigaPialaPiala LigaLain-lainJumlah
DivisyenKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Metz2009–10[11]Ligue 25010000060
2010–11[11]Ligue 2305201000335
2011–12[11]Ligue 290120000102
2012–13[11]Championnat National33191031003720
2013–14[11]Ligue 237200010003820
Jumlah11144452500012446
Boulogne (pinjam)2011–12[11]Ligue 27000000070
Jumlah7000000070
West Ham United2014–15[13]Liga Perdana Inggeris23102111002612
2015–16[11]Liga Perdana Inggeris0000002[a]222
Jumlah23102111222714
Jumlah Karier1445473622215960

Kejayaan

Kelab

Metz

Individu

  • Pemain Tahunan Ligue 2 : 2013–14 [3]
  • Pemain Bulanan Liga Perdana Inggeris: Oktober 2014

Rujukan

Pautan luar