David Palmer (pemain skuasy)

David Palmer (lahir 28 Jun, 1976 di Lithgow, New South Wales) ialah seorang pemain skuasy profesional dari Australia. Dia adalah diantara pemain skuasy yang paling berjaya dengan memenangi Terbuka Dunia pada tahun 2002 dan 2006. Dia juga menjadi juara Terbuka British pada tahun 2001, 2003 dan 2004. Disamping itu beliau juga johan Siri Super PSA pada tahun 2002. Dia menduduki ranking No. 1 dunia buat pertama kali pada bulan September 2001. Dia juga kembali menjadi pemain No. 1 dunia selama sebulan pada bulan Februari 2006.

Palmer juga diketahui ramai sebagai seorang yang panas baran sewaktu berlangsungnya perlawanan. Semasa Kejohanan Skuasy Beregu Dunia 2004 di Chennai, India, Palmer ditegah daripada bermain disebarang kejohanan Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) selama 13 bulan selepas sebuah lembaga disiplin mendapati dia bersalah menentang pengadil dan merosakkan peralatn.

Pada Sukan Komanwel 2006, Palmer mengutip pingat perak dalam perseorangan lelaki selepas tumpas kepada Peter Nicol dari England.

Permainan di peringkat akhir Terbuka Dunia

Menang (2)
TahunLawanMata
2002John White13-15, 12-15, 15-6, 15-14, 15-11
2006Gregory Gaultier9-11, 9-11, 11-9, 11-10 (6-4), 11-2
Naib Juara (1)
TahunLawanMata
2005Amr Shabana11-6, 11-7, 11-8

Permainan di peringkat akhir Terbuka British

Menang (3)
TahunLawanMata
2001Chris Walker12-15, 13-15, 15-2, 15-9, 15-5
2003Peter Nicol15-13, 15-13, 15-8
2004Amr Shabana10-11 (4-6), 11-7, 11-10 (3-1), 11-7

Permainan di peringkat akhir Sukan Komanwel

Naib Juara (1)
TahunLawanMata
2006Peter Nicol9-5, 10-8, 4-9, 9-2

Pautan luar