Daryl Janmaat

Dutch footballer

Daryl Janmaat (lahir 22 Julai 1989) merupakan pemain bola sepak Belanda yang kini bermain untuk Watford dan pasukan kebangsaan Belanda.

Daryl Janmaat
Maklumat peribadi
Nama penuhDaryl Janmaat[1]
Tarikh lahir (1989-07-22) 22 Julai 1989 (umur 34)
Tempat lahirLeidschendam, Belanda
Ketinggian1.85 m (6 ka 1 in)
Posisi permainanBek kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Watford
Nombor2
Kerjaya remaja
1995–2007Feyenoord
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2007–2008ADO Den Haag25(2)
2008–2012Heerenveen84(5)
2012–2014Feyenoord63(5)
2014–2016Newcastle United71(3)
2016–Watford76(5)
Pasukan kebangsaan
2009Belanda B204(0)
2009–2010Belanda B2111(0)
2012–Belanda34(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Mei 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 September 2018

Kerjaya kelab

ADO Den Haag

Janmaat memulakan kerjanya seniornya di kelab Den Haag pada musim 2007–08.

Heerenveen

Ketika berusia 19 tahun, beliau menandatangani SC Heerenveen. Ketika perlawanan Liga Europa menentang Hertha Berlin pada 23 Oktober 2009, Janmaat menggantikan Christian Grindheim pada minit ke-73 tetapi beliau menerima kad merah tiga minit kemudian selepas mengasari Nemanja Pejčinović tetapi Heerenveen menang walaupun bermain 10 orang dengan 1–0.[2] Janmaat menjaringkan gol pada perlawanan Liga Europa seterusnya pada 16 Disember 2009 menentang FK Ventspils, 5-0.[3]

Feyenoord

Pada musim panas 2012, selepas kontraknya tamat, beliau berpindah ke Feyenoord. Beliau pernah bermain bersama kelan itu ketika remaja.[4] Janmaat dibuang padang pada 9 Disember 2012 selepas menerima kad merah kedua ketika Feyenoord seri 2-2 menentang NAC Breda pada perlawanan liga. Pada 17 Mac 2013, beliau menjaringkan gol kemenangan untuk Feyenoord menewaskan FC Utrecht 2–1.[5]

Janmaat menjaringkan gol pertamanya pada musim 2013-14 pada 16 Februari 2014 ketika Feyenoord seri 1-1 menentang NAC Breda. Pada 13 April, beliau menjaringkan gol separuh voli pada minit ke-76 ketika Feyenoord membenam PSV 2–0 pada perlawanan liga.

Newcastle United

Pada 17 Julai 2014, Janmaat menandatangani kontrak enam tahun bersama Newcastle United dengan bayaran tertutup.[6] Beliau membuat debut untuk Newcastle pada 17 Ogos menentang Manchester City, tewas 2-0. Janmaat menjaringkan gol pertamanya ketika seri 3-3 menentang Crystal Palace pada 30 Ogos.[7]

Kerjaya antarabangsa

Janmaat membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaan Belanda pada 7 September 2012 menentang Turki pada perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014, Belanda menang 2-0. Pada 31 Mei 2014, beliau dipilih oleh pengurus Louis van Gaal untuk senarai akhir 23 pemain yang mengambil bahagian di Piala Dunia 2014 di Brazil. Beliau bermain pada 13 Jun pada perlawnan pembukaan menentang juara dunia, Sepanyol, 5-1. Pada perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Brazil, Janmaat menggantikan Daley Blind lalu membuat hantaran kepada Georginio Wijnaldum pada masa tambahan lalu skuad Belanda menang 3−0. Belanda kemudian menduduki tempat ketiga kejohanan.

Statistik

Sehingga 10 September 2014
Pasukan kebangsaan Belanda
TahunKmnclnGol
201230
2013100
2014100
Jumlah230

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 1 Januari 2015
KelabMusimLigaPialaPiala ligaBenuaLainJumlah
DivisionKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
ADO Den Haag2007–08Eerste Divisie252107[a]1333
Heerenveen2008–09Eredivisie100101[b]0120
2009–10Eredivisie280214[c]11[d]0352
2010–11Eredivisie24310253
2011–12Eredivisie22251273
Jumlah845925110998
Feyenoord2012–13Eredivisie333204[e]0393
2013–14Eredivisie302401[f]0352
Jumlah6356050745
Newcastle United2014–15Liga Perdana Inggeris2010030231
Jumlah kerjaya19213162301018122917

Penghargaan

Kelab

Heerenveen
  • Piala KNVB: 2008–09

Antarabangsa

Belanda

Rujukan