Daniella Sya
Peralatan
Umum
Cetak/eksport
Dalam projek lain
Daniella Sya | |
---|---|
Kelahiran | Daniella Sya Yeng Yeng (1988-08-08) 8 Ogos 1988 (umur 35) |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara, penyampai radio |
Tahun aktif | 2004–kini |
Daniella Sya Yeng Yeng (Bahasa Cina: 埃拉谢code: zh is deprecated ; pinyin: Xiè Yángyáng; lahir 8 Ogos 1988) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2] Memulakan kerjaya hiburan di Singapura, Sya muncul dalam beberapa kredit televisyen dan filem termasuk Love You You (2011) dan Keong Saik Street (2012).[3][4] Beliau kembali ke Malaysia selepas sedekad membina nama di Kota Singa dan sejak itu telah membintangi beberapa drama TV dan filem.[5][6]
Sya memulakan kerjayanya sebagai model pada usia 16 tahun, seterusnya muncul dalam iklan dan majalah.[7] Pada usia 20 tahun, beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi telefilem Bezanya Cinta yang dibintangi oleh Hannah Tan pada tahun 2008.[8]
Beliau seterusnya menjadi penyampai radio Lite dan mengacarakan rancangan Astro hitz bertajuk SPIN, dan juga muncul dalam filem pendek interaktif Drive & Seek oleh Mercedes-Benz. Pada tahun 2013, Sya dilantik sebagai duta Yahoo! Malaysia.[9]
Beliau berhijrah ke Singapura[10] dan mendapat peranan sebagai pelakon pembantu dalam siri mini Keong Saik Street pada tahun 2012.[11] Pada tahun berikutnya beliau mendapat peranan utama sebagai pegawai polis Tan Siew Lan dalam drama jenayah Mata Mata, mengisahkan kehidupan pegawai polis wanita pada tahun 1950-an. Pada tahun 2014, beliau menjayakan watak sebagai peronda jenayah pantai Jenny dalam satu lagi siri televisyen Singapura yang dipanggil S.O.S. (3). Pada tahun yang sama beliau menyertai Lush 99.5FM sebagai penyampai untuk Lush Mornings with Daniella Sya.[12] Beliau telah bekerja sebagai penyampai radio di Red FM dan Lite FM.[13]
Pada tahun 2017, Sya muncul dalam drama Miss Kapten Cikgu Waiz lakonan Neera Azizi dan Erwin Dawson dan siri drama aksi DO(S)A,[14] serta telefilem Jongkong.[15]
Dalam tahun 2018 sahaja, Sya muncul dalam beberapa drama Melayu termasuk Isteri Bukan Untuk Disewa (Astro Ria) dan Bahagia Bukan Bidaan (TV3).
Beliau terpaksa menolak tawaran berlakon di Hollywood kerana menyifatkan dirinya belum bersedia.[16][17][18]
Sya bakal muncul dalam filem Alam: Kingdom Resurrection, sebuah filem kerjasama antara Amerika Syarikat dan Malaysia; telefilem Biar Aku Jadi Imammu dan Lafaz Terindah untuk RTM dan filem Takut Ke Tak.[19]
Pada tahun 2022, beliau berlakon bersama Diana Danielle dan Aiman Hakim Ridza dalam She Was Pretty yang disiarkan di Viu dengan memegang watak sebagai Kejora, kemudian berlakon dalam filem Talbis Iblis dan Abang Long Fadil 3.[20] Setahun kemudian Sya berlakon dalam telefilem Suzanne Wo Ai Ni.
Sya dilahirkan di Sungai Petani, Kedah,[21][22] dan dibesarkan di Kuala Lumpur.[11] Beliau fasih berbahasa Bahasa Kantonis, Melayu dan Inggeris.[23] Selain itu, beliau juga pernah mendalami ilmu persilatan.[11]
Pada Mac 2015, satu kenyataan di laman Facebook oleh Sya menjadi tular di media sosial di mana beliau mengadu menerima mesej teks daripada pemandu Uber yang beliau terima dari dua minggu sebelum itu, cuba membuat perbualan biasa dengannya. Ini merupakan kali ketujuh insiden seperti ini berlaku. Berikutan sokongan dan tanggapan daripada orang yang berkongsi kejadian serupa di dalam pos, Sya membuat aduan rasmi dengan Uber. Syarikat itu memohon maaf atas kejadian itu, menggantung pemandu, dan melancarkan siasatan ke atas kejadian itu.[24][25]
Pada tahun 2023, beliau menjalinkan hubungan bersama seorang lelaki Melayu/Islam.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2011 | Love You You | Filem pertama | |
2012 | Hantu Air | Alicia | |
2013 | Genggam | ||
2016 | Lost in the Pacific | Wartawan di udara | |
2017 | Kerja Kahwin | Susan | |
2020 | Takut Ke Tak | Hantu Cantik | |
2022 | Abang Long Fadil 3 | Sherina | |
Seratus | Kuncu King 3 | ||
Talbis Iblis | Junaidah (muda) |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Keong Saik Street | MediaCorp Saluran 8 | ||
2013 | Mata Mata | Pegawai Tan Siew Lan | MediaCorp Saluran 5 | |
2014 | S.O.S. | Jenny | Mediacorp Suria | |
2017 | Miss Kapten Cikgu Waiz | Melissa | TV3 | |
2018 | Dosa: Sacred Sin | Inspektor Michelle | Astro First Eksklusif | |
Bahagia Bukan Bidaan | Aileen | TV3 | ||
Isteri Bukan Untuk Disewa | Natasya | Astro Ria | ||
2019 | Aurora Aisyah | Siew Lee / Aisyah | TV1 | |
Jodoh-Jodoh Annisa | Daniella | Astro Prima | ||
Setelah Ku Dimiliki | Ann | TV3 | ||
2021 | Projek: Anchor SPM | Tai Ying | Astro Citra | |
Malaysian Ghost Stories | Alice | Astro Ria | Episod: “Nu Gui” | |
Kisah Cinta Kita | Maria | TV3 | ||
2023 | Bukan Hanya Sekadar Cinta | Anne | ||
Hijrah Jannah | Jannah/Janet | Astro Ria | ||
2024 | Dan Mimpi Pun Berguguran | Icha |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Bezanya Cinta | Danielle | Astro Ria |
2017 | Jongkong | Sara | Astro Citra |
2021 | Lafaz Terindah | Angie | TV1 |
2022 | Biar Aku Jadi Imammu | Sarah | TV1 |
2023 | Suzanne Wo Ai Ni | Suzanne | TV2 |
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | SPIN | Astro Hitz | |
2023 | Mega Spontan (Minggu 3) | Astro Warna | Penampilan khas bersama Puteri Sarah Liyana bagi mempromosikan drama Hijrah Jannah |
Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | KL Gangster: Underworld | Sherrina | Iflix | |
2019 | Ombak Rindu The Series | Sandra | ||
2020 | KL Gangster: Underworld 2 | Sherina | WeTV | |
2022 | Villa Kristal | Alia | ||
She Was Pretty | Kejora Yusoff (Jo) | Viu | ||
2023 | Special Force: Anarchy | Julia | Disney+ Hotstar |
Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian |
---|---|---|---|
2023 | Si Pencuri Kacak | Suri Ng | Tonton |