Daniel Fong | |
---|---|
冯玮佺 | |
Kelahiran | Daniel Fong Weng Chuan (1995-12-08) 8 Disember 1995 (umur 28) |
Pendidikan | Ijazah Ekonomi |
Pusat pendidikan | Universiti Monash, Australia |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, peragawan |
Tahun aktif | 2017–kini |
Daniel Fong Weng Chuan (Cina: 冯玮佺; lahir 8 Disember 1995) ialah seorang pelakon, penyanyi dan peragawan lelaki Malaysia.[1][2][3] Beliau telah berlakon dalam beberapa drama TV termasuk Do You Love Me, Captain?, IMperfect dan Legenda Puteri Qaseh, tetapi lebih dikenali menerusi drama Bintang lakonan bersama Ruhainies.[4][5][6]
Selepas tamat belajar di Universiti Monash, Australia selama dua tahun,[7][8] Daniel Fong pulang ke Malaysia dan bekerja sebagai ejen insurans dalam tempoh singkat. Tetapi, beliau meninggalkan kerjayanya itu untuk menceburi bidang lakonan selepas bakatnya menunjukkan perkembangan positif, sekaligus menjadikan kerjaya lakonan sebagai kerjaya sepenuh masa.[1][9]
Di awal penglibatannya dalam industri seni, Fong banyak terlibat dalam pelbagai iklan TV, kemudian membintangi drama Cina dengan lebih 10 drama Cina telah dibintanginya.[9] Selepas itu, beliau mencuba nasib dengan menghadiri sesi uji bakat drama web May I Love You dan terpilih untuk menjayakan watak utama kedua.[1]
Beliau pernah terbabit dalam pertandingan Super Idol 4 mewakili Malaysia yang berlangsung di China pada September 2018.[3] Kemudian, beliau turut berkecimpung dalam bidang muzik dengan merakamkan single solo pertamanya, "Sing Me Home" pada November 2018. Muzik videonya menampilkan Ruhainies sebagai model.[1][10]
Fong dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak tunggal dalam keluarganya serta berdarah kacukan Cina dan Mongolia.[9] Beliau ialah pemegang ijazah jurusan Ekonomi di Universiti Monash.[1][3]
Beliau juga memiliki hobi meluncur salji.[3]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2018 | Nafas | Mr. Chan | ntv7 |
2021 | Madam E-Wallet | Kim | TV3 |
2022 | Derhaka Cinta Jebat | Amar/Eric | TV1 |
Do You Love Me, Captain? | Adam | TV3 | |
IMperfect | Saga | Astro Ria | |
2023 | Legenda Puteri Qaseh | Laksamana Andika | Astro Ceria |
Bintang | Thirak/Taufiq | TV3 | |
Hijrah Jannah | Danial | Astro Ria | |
Beautiful Love Revenge | Noah Faeq | ||
The Queen's Ploy | Alan | Astro AEC | |
2024 | Legenda Puteri Qaseh 2 | Andika | Astro Ceria |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2018 | Wish List Raya | Richard | ntv7 |
2021 | Bella: Bila Cinta Bersatu | Alex | TV9 |
2023 | Mualaf Ekspres | Sean | TV2 |
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Sing Me Home" | 2018 |
"Tiada" | 2022 |