Cypripedioideae

Cypripedioideae ialah subkeluarga anggerik yang sering disebut anggerik selipar, orkid selipar, bunga kasut dan "anggrek sandal" (di Indonesia).[1][2] Genus bagi Cypripedioideae termasuklah Cypripedium, Mexipedium, Paphiopedilum, Phragmipedium dan Selenipedium.[3] Ia digolongkan mengikut kantung bunga bak kasutnya (iaitu lidah yang terubah suai). Kantung tersebut memerangkap serangga untuk dipaksa-paksa memanjat melepasi staminodus di belakangnya, yang mana ia akan mengumpul atau menyimpan polinium, sekali gus mendebungakan bunga. Terdapat kira-kira 165 spesies dalam subkeluarga ini.

Bunga kasut
Bunga kasut dari genus Paphiopedilum.
Pengelasan saintifik s
Domain:Eukaryota
Alam:Plantae
Klad:Trakeofit
Klad:Angiosperma
Klad:Monokot
Order:Asparagales
Keluarga:Orchidaceae
Subkeluarga:Cypripedioideae
Kostel.
Genus

Lihat teks

Julat genus Cypripedioideae.
Selipar wanita dadu di Nova Scotia, Kanada

Taburan

Spesiesnya dalam Cypripedioideae ditemukan di utara Amerika Selatan dan Amerika Tengah (Mexipedium, Phragmipedium, Selenipedium), sekeliling keutaraan Amerika Utara, Eropah, Afrika (Algeria[4]) dan di selatan Asia (Cypripedium) semacam di tropika dan subtropika Asia Tenggara (Paphiopedilum). Mereka tidak ditemukan di Australia dan Afrika. Penyebarannya boleh jadi membibit dari pusat asal di Amerika Tengah.

Taksonomi

Fail:Cypripediumcalceolus-levels.jpg
Anggerik selipar wanita (Cypripedium calceolus)

Subkeluarga Cypripedioideae monofilik dan terdiri dari lima genus:

  • Cypripedium, ditemukan merentasi kebanyakan Amerika Utara, semacam di sebahagian Eropah (satu spesies), Afrika (telah ditemukan pada 2019 hanya di Algeria[5]) dan Asia. Bunga negeri Minnesota ialah selipar wanita cantik (Cypripedium reginae); selipar wanita dadu (Cypripedium acaule) pula bunga rasmi wilayah Kanada di Pulau Prince Edward.
  • Mexipedium, genus monotipnya, terdiri dari spesies tunggal yang dijumpai di petempatan tunggal di Oaxaca, Mexico.
  • Paphiopedilum, dijumpai di hutan tropika Asia Tenggara mencapai sejauh utara selatan China. Paphiopedilum agak mudah ditanam sehingga terkenal dalam kalangan penggemar anggerik. Sesungguhnya, pengumpulan berlebihan genus ini sangat meluas yang mana banyak spesies kini kurang berdaya hidup di pediaman liar.
  • Phragmipedium, dijumpai merentasi utara Amerika Selatan dan Tengah, turut mudah ditanam lantaran ia memerlukan suhu lebih rendah berbanding Paphiopedilum lantas mengetepikan keperluan rumah hijau di banyak kawasan.
  • Selenipedium, dijumpai di Amerika Selatan dan Tengah.

Kacukan intergenus

Kacukan antara genus dalam subkeluarga ini diletakkan dalam notogenus berikut:[6]

  • Cyphiopedilum (Cphd.) = Cypripedium × Paphiopedilum
  • Cyphragmipedium (Cgd.) = Cypripedium × Phragmipedium
  • Phragmipaphium (Phrphm.) = Paphiopedilum × Phragmipedium

Kacukan antara genus luar subkeluarga tidak dikenalkan pada 2017.

Rujukan

Lihat juga