Crookshanks

Crookshanks adalah kucing peliharaan Hermione Granger dalam novel cereka Harry Potter. Hermione membeli Crookshanks dalam buku ketiga, Harry Potter dengan Banduan Azkaban. Crookshanks digambarkan memiliki bulu berwarna perang jingga, ekor seperti botol, dan berkaki pendek gemuk. Mukanya juga kelihatan seperti dipenyek, yang diiilhamkan dari seekor kucing yang dilihat oleh J. K. Rowling yang memiliki muka sepertinya iaitu seolah-olah seleper dinding (kemungkinan kucing parsi).

Watak Harry Potter
Crookshanks
Crookshanks
JantinaJantan
SpesisKucing/Kneazle
PemilikHermione Granger
Kuasa istimewaDapat mengetahui Animagus
Kemunculan pertamaHarry Potter and the Prisoner of Azkaban

Hermione membeli Crookshanks di kedai binatang peliharaan di Diagon Alley kerana kasihan tiada seorang pun yang mahu membelinya disebabkan mukanya yang seperti itu. Namun, tanpa memandang alasannya itu, Hermione kemudian menjadi sangat rapat dengan kucingnya dan sebaliknya hinggakan kehadiran Crookshanks di sesuatu tempat membolehkan Harry tahu akan kehadiran Hermione di situ.

Crookshanks juga memiliki keturunan haiwan ajaib Kneazle yang mempunyai kepintaran sehingga ia mampu mengenalpasti perbezaan antara Animagus seperti Scabbers belaan Ron. Sirius Black yang juga Animagus dapat meyakinkan Crookshanks untuk membantunya kerana sifat kucing itu. Ketika Ron mendapat burung hantu, dia turut meminta Crookshanks mengenalpasti untuknya.

Crookshanks juga memiliki kebencian terhadap penipuan dan pembohongan. Binatang ini akan merenung seolah-olah tidak setuju ketika Harry dan Ron ingin mengabaikan kerja rumah mereka, dan mengingatkan mereka akan Hermione.

Nama "Crookshanks" bermaksud "tulang kering yang bengkok". Kucing ini digambarkan memiliki kaki yang bengkok dalam pemunculan pertama kalinya dalam siri ini.

Pautan luar

🔥 Top keywords: Hari Raya AidiladhaLaman UtamaDua Darjat (drama)The Hardest Singing ShowKhilaf Yang TertulisKhas:CariJamrahAbang AdikIbadah korbanCinta Untuk Sekali LagiTempoh haram puasaHari TasyrikKhas:Perubahan terkiniDharma Harun Al RashidAniq DurarZim Zim Ala KazimNabi Ismail a.s.Bunga SaljuUEFA Euro 2024Aku Bukan UstazahMuhammad Yassin MohammadSolat sunat hari rayaNabi Ibrahim a.s.Erysha EmyraWukufWanita Milik Tuan Putra6 JahanamProjek: Anchor SPMAgak LaenOzlynn WatyAnak Perjanjian Syaitan 2Senarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSolatNafarAzahari HusinRiena DianaHaji