Cristopher Toselli

Chilean footballer

Cristopher Benjamín Toselli Ríos (lahir 15 Jun 1988) merupakan pemain bola sepak Chile yang kini bermain untuk Universidad Católica. Beliau bermain di posisi penjaga gol.

Cristopher Toselli
Maklumat peribadi
Nama penuhCristopher Benjamín Toselli Ríos
Tarikh lahir (1988-06-15) 15 Jun 1988 (umur 36)
Tempat lahirAntofagasta, Chile
Ketinggian1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainanPenjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Universidad Católica
Nombor1
Kerjaya remaja
2001–2005Universidad Católica
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2006–Universidad Católica148(0)
Pasukan kebangsaan
2007Chile U2019(0)
2008–2009Chile B2110(0)
2010–Chile4(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11 Februari 2013, (UTC) 10:32
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 1 Februari 2010, (UTC) 16:00

Kerjaya kelab

Universidad Católica

Toselli sertai kelab remaja Universidad Católica pada 2001 dan memasuki pasukan senior ketika di bawah jurulatih Jorge Pellicer pada 2006 untuk Torneo Apertura. Beliau menjadi pilihan kedua penjaga gol di belakang Rainer Wirth. Pada tahun berikutnya, selepas beraksi dengan baik di Piala Dunia B-20 FIFA, beliau membuat debut untuk kelab pada 25 November ketika menang 3-0 ke atas Coquimbo Unido. Pada musim berikutnya, beliau berebut bersama José María Buljubasich untuk menjadi pilihan pertama penjaga gol.

Ketika beliau bermain pada perlawanan akhir Kejohanan Toulon 2009 menentang Perancis bawah-21, pasukannya menang 1-0 dan Toselli mengalami kecederaan dan terpaksa berehat selama enam bulan.

Kerjaya antarabangsa

Toselli dipanggil oleh jurulatih Bielsa untuk bermain bersama pasukan kebangsaan Chile pada perlawanan persahabatan menentang Panama. Ketika kempen kelayakan Piala Dunia 2010, beliau dipilih oleh Bielsa sebagai penjaga gol ketiga. Beliau termasuk pada senarai akhir 23 pemain yang mengambil bahagian di Piala Dunia 2014.

Penghargaan

Kelab

Universidad Católica
  • Primera División (1): 2010
  • Copa Chile: 2011

Antarabangsa

Individu

  • Penjaga gol terbaik kejohanan Toulon: 2009