CooRie

CooRie ialah sebuah unit muzik Jepun yang dihasilkan oleh penyanyi=penulis lagu rino yang telah mempersembah lagu-lagu untuk anime dan permainan-permainan video. CooRie pernah menjadi unit sepasangan pada tahun 2003; rino yang menghasilkan lirik-lirik dan nyanyiannya dan Naoyuki Osada (長田直之, Osada Naoyuki) melakukan komposisi muzik dan susunan. Selepas Osada meninggalkan uni tersebut pada akhir tahun 2003, rino mengekalkan nama CooRie dan menghasilkan lagu-lagu sendirian, meskipun dia kadang-kala bernyanyi di bawah nama sendiri, lebih-lebih lagi jika lagu tersebut digunakan untuk permainan video dewasa.

Rekod-rekod CooRie dikeluarkan di bawah Lantis dan Mellow Head (On the Run).

Discografi

Perseorangan

  • 2003-01-22: Taisetsu na Negai (大切な願い) — tema penutup untuk anime Nanaka 6/17
  • 2003-04-23: Nagareboshi (流れ星☆) — tema pembuka untuk anime The World of Narue
  • 2003-07-24: Mirai e no Melody (未来へのMelody) — tema penutup pertama untuk Anime TV D.C. ~Da Capo~
(lagunya di bahagian B untuk single Sakura Saku Mirai Koi Yume oleh yozuca)
  • 2004-03-24: Anata to Iu Jikan (あなたと言う時間) — tema penutup untuk anime Daphne in the Brilliant Blue
  • 2004-04-21: Sentimental (センチメンタル, senchimentaru) — tema pembuka untuk anime Midori Days
  • 2005-06-08: Hikari no Silhouette (光のシルエット, hikari no shiruetto) — tema pembuka untuk anime Absolute Boy
  • 2005-08-24: Akatsuki ni Saku Uta (暁に咲く詩) — tema penutup untuk anime D.C.S.S. ~Da Capo Second Season~
  • 2005-12-21: Kaze ~startline~ (風~スタートライン~, kaze ~sutaatorain~) — tema untuk permainan komputer Jōkyō Kaishi!
  • 2006-02-08: Iroha (いろは) — tema pembuka untuk anime Binchō-tan
  • 2007-01-24: Cross*Heart (クロス*ハート) — tema pembuka untuk anime Kyoshiro to Towa no Sora

Album

  • 29-09-2004: Aki Yasumi (秋やすみ)
  • 24-03-2005: Komorebi Calendar (木漏れ日カレンダー, komorebi karendaa) — self-cover album
  • 21-06-2006: Tremolo (トレモロ, toremoro)

Pautan luar