Selakant
Selakant (Inggeris: coelacanth; /ˈsiːləkænθ/) (order Coelacanthiformes) ialah kumpulan ikan bersirip cuping kuno (Sarcopterygii) dalam kelas Actinistia.[2][3] Sebagai sarkopterigia, ianya berkait rapat dengan ikan peparu dan tetrapoda (yang termasuk amfibia, reptilia, burung dan mamalia) berbanding ikan bersirip ruji.
Selakant | |
---|---|
Selakant hidup dilihat dari Pumula di Pesisir Selatan KwaZulu-Natal, Afrika Selatan, 2019 | |
Spesimen Axelrodichthys araripensis dari Batu Kapur Awal Brazil (Mawsoniidae) | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Klad: | Sarcopterygii |
Kelas: | Actinistia Cope, 1871 |
Order: | Coelacanthiformes Huxley, 1861 |
Spesies jenis | |
†Coelacanthus granulatus Agassiz, 1839 | |
Keluarga dan genus | |
Lain-lain, lihat teks |
Spesies Latimeria seperti gombessa (Latimeria chalumnae) yang ditemui di sekitar Kepulauan Comoro di pantai timur Afrika dan ikan raja laut (Latimeria menadoensis )[4] di utara Sulawesi dan Papua di Asia Tenggara adalah termasuk di dalam order ini.
Nama order haiwan ini berasal dari genus zaman Permia Coelacanthus, yang merupakan haiwan yang pertama dikenalpasti dalam order ini.[5]
Ikan-ikan dalam order ini pernah dianggap pupus pada zaman Batu Kapur Akhir sekitar 66 juta tahun yang lalu, tetapi ditemui semula pada tahun 1938 di pantai Afrika Selatan.[6][7]