Cinta Kura Kura

Cinta Kura Kura merupakan sebuah filem komedi fantasi Malaysia 2012 terbitan KRU Studios arahan Nizam Zakaria. Dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel dan Zizan Razak. Filem ini mengisahkan tentang Nani, gadis ceria berusia 21 tahun yang tinggal bersama haiwan peliharaannya, seekor kura-kura bernama Nico. Ia ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 1 Mac 2012.[1][2][3][4][5][6][7]

Cinta Kura Kura
Poster keluaran tayangan
PengarahNizam Zakaria
PenulisNizam Zakaria
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 1 Mac 2012 (2012-03-01) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 1.17 juta

Plot

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.[8]

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walau bagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.[9]

Pelakon

Watak utama

Tiz Zaqyah memegang watak sebagai Nani di dalam filem ini.

Watak pembantu

Pelakon tambahan

  • Patrick Lim Moey Cheng sebagai Bos Besar
  • Sabrina Mohamed Ali sebagai Teman Wanita Bos Besar
  • Mohamad Sharifman Omar sebagai Pengawal Peribadi 1
  • Muhammad Harminder Singh sebagai Pengawal Peribadi 2
  • Tan Ai Nee sebagai Pelayan 1
  • Jainis Mangkoi (Jeany) sebagai Pelayan 2
  • Masshila Abd Talib sebagai Pelayan 3
  • Thomas Lee Teck Hock sebagai Tukang Masak 1
  • Mohd Jasbir Khan Mohd Johari sebagai Tukang Masak 2
  • Kanapathy a/l Karunakaran sebagai Tukang Masak 3
  • Eddie Afro & The Geng sebagai Busker

Runut bunyi

No.TajukArtisMasa
1."Pencinta Terbaik"Sofazr3:32
Jumlah masa: 3:32


Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKerja PencalonanKeputusan
2012
Festival Filem Malaysia ke-25
Pengarah Harapan[10][11]Nizam ZakariaTercalon
Lagu Tema TerbaikSofazr (Pencinta Terbaik)Tercalon
Poster TerbaikCinta Kura-KuraTercalon
2013
Anugerah Blokbuster
Anugerah Filem TerhebatTercalon
Anugerah Filem Kelakar TerhebatTercalon
Anugerah Hero TerhebatAeril ZafrelTercalon
Anugerah Heroin TerhebatTiz ZaqyahTercalon
Anugerah Tuan Direktor TerhebatNizam ZakariaTercalon
Anugerah Direktor Baru TerhebatTercalon
Anugerah Watak Penjahat TerhebatFizz FairuzTercalon
Anugerah Lagu Tema TerhebatSofazr (Pencinta Terbaik)Tercalon

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar