Chernobyl (siri TV)

Chernobyl ialah suatu drama sejarah televisyen 2019 dihasilkan bersama HBO dan Sky UK ciptaan Craig Mazin, arahan Johan Renck serta dilakonkan Jared Harris, Stellan Skarsgård dan Emily Watson. Siri ini menceritakan semula malapetaka nuklear yang melanda Chernobyl, Ukraine pada April 1986 serta kegiatan pembersihan yang menyusul dari kejadian ini.

Chernobyl
GenreDrama sejarah
Tragedi[1]
PenciptaCraig Mazin
Ditulis olehCraig Mazin
PengarahJohan Renck
Dibintangi oleh
  • Jared Harris
  • Stellan Skarsgård
  • Paul Ritter
  • Jessie Buckley
  • Adam Nagaitis
  • Con O'Neill
  • Adrian Rawlins
  • Sam Troughton
  • Robert Emms
  • Emily Watson
  • David Dencik
  • Mark Lewis Jones
  • Alan Williams
  • Alex Ferns
  • Ralph Ineson
  • Barry Keoghan
  • Fares Fares
  • Michael McElhatton
PenggubahHildur Guðnadóttir
Negara asal
  • Amerika Syarikat
  • United Kingdom
Bahasabahasa Inggeris
Bilangan episod5 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutif
PenerbitSanne Wohlenberg
Penyunting
  • Jinx Godfrey
  • Simon Smith
Lokasi
  • Lithuania
  • Ukraine
SinematografiJakob Ihre
Pemasangan kamera
Single-camera
Tempoh siaran60–72 minit
Syarikat penerbitan
  • HBO
  • Sky UK
  • Sister Pictures
  • The Mighty Mint
  • Word Games
Penyiaran
Saluran asal
  • HBO (AS)
  • Sky Atlantic (UK)
Format gambarUHDTV 2160p
Siaran asal6 Mei 2019 (2019-05-06) – 3 Jun 2019 (2019-06-03)
Laman sesawang

Premis

Chernobyl mendramatisasi "kisah nyata salah satu bencana buatan manusia terburuk sepanjang sejarah dan menceritakan perjuangan orang-orang yang mengorbankan diri demi menyelamatkan Eropah dari musibah yang sukar dibayangkan. Minisiri ini menyoroti berbagai sisi bencana menimpa penjana nuklear di Ukraine Soviet pada April 1986, mengungkapkan rentetan peristiwa dan penyebabnya, dan menceritakan kisah para pahlawan yang berjuang dan gugur."[2]

Barisan pelakon

  • Jared Harris sebagai Valery Legasov, naib pengarah Institut Kurchatov
  • Stellan Skarsgård sebagai Boris Shcherbina, naib pengerusi Majlis Menteri Soviet Kesatuan Soviet
  • Emily Watson sebagai Ulana Khomyuk, seorang ahli fizik nuklear dari Minsk - watak ini watak cereka gabungan.[3]
  • Paul Ritter sebagai Anatoly Dyatlov, naib ketua jurutera Loji Kuasa Nuklear Chernobyl.
  • Jessie Buckley sebagai Lyudmilla Ignatenko, isteri Vasily.
  • Adam Nagaitis sebagai Vasily Ignatenko, ahli bomba Pripyat.
  • Con O'Neill sebagai Viktor Bryukhanov, pengurus loji Chernobyl.
  • Adrian Rawlins sebagai Nikolai Fomin [uk], ketua jurutera Chernobyl.
  • Sam Troughton sebagai Aleksandr Akimov, ketua syif malam Chernobyl.
  • Robert Emms sebagai Leonid Toptunov, jurutera kanan Chernobyl.
  • David Dencik sebagai Mikhail Gorbachev, Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet
  • Mark Lewis Jones sebagai Vladimir Pikalov, komander pasukan kimia Soviet
  • Alan Williams sebagai Charkov, naib pengerusi kanan KGB.[4]
  • Alex Ferns sebagai Andrei Glukhov, ketua pasukan pelobong
  • Ralph Ineson sebagai Nikolai Tarakanov, ketua pengerusi operasi pembersihan
  • Barry Keoghan sebagai Pavel Gremov, askar pemusnah.[5]
  • Fares Fares sebagai Bacho, askar Georgia dan veteran Perang Afghanistan yang melatih Pavel.
  • Michael McElhatton sebagai Andrei Stepashin, pendakwa perbicaraan

Episod

No.TajukDiarahkan olehDitulis olehTarikh keluaran asalTarikh siaran UKPenonton A.S.
(juta)
Britania
(juta) [6]
1"1:23:45"Johan RenckCraig Mazin6 Mei 2019 (2019-05-06)7 Mei 2019 (2019-05-07)0.756[7]TBA
26 April 1986, RSS Ukraine. Pekerja reaktor nuklear dan pemadam kebakaran mempertaruhkan nyawa untuk memadamkan kebakaran di sebuah penjana elektrik tenaga nuklear Soviet.
2"Please Remain Calm"Johan RenckCraig Mazin13 Mei 2019 (2019-05-13)14 Mei 2019 (2019-05-14)1.004[8]TBA
Jutaan orang diancam oleh ledakan yang berlaku di Chernobyl mendorong Ulana Khomyuk, ahli fizik nuklear berusaha menghubungi rakan sebidang ternama Soviet Valery Legasov memberitahukan ancaman ledakan kedua yang berpotensi meluluhlantakkan Eropah.
3"Open Wide, O Earth"Johan RenckCraig Mazin20 Mei 2019 (2019-05-20)21 Mei 2019 (2019-05-21)1.063[9]TBA
Lyudmilla Ignatenko, warga Pripyat, mengabaikan amaran doktor tentang kontaminasi radioaktif yang dialami suaminya, seorang pemadam kebakaran; Valery Legasov menyusun rencana penyahcemaran dengan potensi korban jiwa.
4"The Happiness of All Mankind" [10]Johan RenckCraig Mazin27 Mei 2019 (2019-05-27)28 Mei 2019 (2019-05-28)TBATBA
Valery Legasov dan Naib Perdana Menteri Kesatuan Soviet Boris Shcherbina berencana mengerahkan wahana pendarat bulan untuk membersihkan debu radioaktif; Ulana Khomyuk dihambat birokrasi saat berusaha mengungkap penyebab ledakan.
5"Vichnaya Pamyat" [11]Johan RenckCraig Mazin3 Jun 2019 (2019-06-03)4 Jun 2019 (2019-06-04)TBATBA
Valery Legasov, Boris Shcherbina, dan Ulana Khomyuk mempertaruhkan nyawa dan reputasi mereka demi mengungkap kebenaran di balik bencana Chernobyl.

Produksi

Pengembangan

Pada 26 Julai 2017, HBO menyetujui pembuatan siri Chernobyl melalui kerja sama dengan Sky Television. Miniseri lima episode ini ditulis oleh Craig Mazin dan disutradarai oleh Johan Renck. Mazin juga menjabat sebagai produser eksekutif bersama Carolyn Strauss dan Jane Featherstone.[2][12] Mazin tertarik membuat siri ini kerana ia ingin menulis tentang "bagaimana masyarakat menyesuaikan diri dengan perang melawan kebenaran yang saat ini terjadi di seluruh dunia".[13] Pada tanggal 11 Maret 2019, produser mengumumkan bahawa miniseri ini akan tayang perdana tanggal 6 Mei 2019.[14]

Pencarian pelakon

Ketika siri ini diumumkan, produser memastikan bahawa Jared Harris akan membintangi siri ini.[12] Pada 19 Maret 2018, produser mengumumkan bahawa Stellan Skarsgård dan Emily Watson akan bergabung sebagai pemeran utama.[15] Pada Mei 2018, produser mengumumkan bahawa Paul Ritter, Jessie Buckley, Adrian Rawlins, dan Con O'Neill ikut bergabung dalam siri ini.[16]

Pembikinan

Penggambaran utama dimulai pada April 2018 di Lithuania.[12] Syuting dilakukan pada tanggal 13 Mei 2019 di Fabijoniškės, kawasan permukiman di Vilnius, Lithuania, sebagai pengganti kota Pripyat kerana daerah itu memiliki ciri khas Soviet. Kawasan rumah susun padat penduduk menjadi latar adegan evakuasi penduduk. Sutradara Johan Renck mengkritik banyaknya jendela modern yang mencolok di sana; semua jendela tersebut dihapus secara digital dalam penyuntingan filem. Pada akhir Mac, kru filem pindah ke Ignalina, Lithuania, untuk merakam bagian luar dan dalam bangunan penjana yang sering dijuluki "adik Chernobyl" kerana rancangan reaktor nuklirnya mirip dengan Chernobyl dan Ignalina (reaktor RBMK). Pada awal Juni 2018, kru pindah ke Ukraina untuk mengambil gambar adegan terakhir.[17] Proses produksi Chernobyl memakan waktu 16 minggu.[18]

Sambutan

Penerimaan kritis

Chernobyl dipuji oleh banyak pengulas. Laman Rotten Tomatoes memungut keputusan siri ini mendapat 95% nilai positif dengan skor rata-rata 8.87 dari 10 berdasarkan 41 ulasan. Menurut konsensus pengulas, "Chernobyl dipenuhi kegelisahan yang semakin menjadi-jadi, mendramatisasi tragedi nasional dengan sangat piawai sambil menyoroti kebobrokan birokrasi saat itu."[19] Di Metacritic, siri ini mendapat "pujian universal" dengan skor rata-rata 83 dari 100 berdasarkan 25 ulasan.[20]

Sejumlah pengulas mengatakan bahawa siri ini berhasil membuat penonton membanding-bandingkan bencana Chernobyl dengan kondisi masyarakat saat ini dengan menyoroti pentingnya informasi dan menegaskan bahawa pemimpin yang tidak jujur bisa menyebabkan kerusakan yang tidak dapat dibayangkan. Seorang pengulas memuji siri ini kerana menunjukkan "apa yang terjadi apabila kebohongan dimaklumi dan kewenangan disalahgunakan".[21][22][23]

Rating AS

Rujukan

Pautan luar