Charlie Plummer

Charlie Faulkner Plummer[1] (lahir 24 Mei 1999) adalah seorang pelakon Amerika Syarikat. Plummer memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem pendek sebelum muncul dalam drama televisyen Boardwalk Empire dan Granite Flats.[2][3] Beliau membuat penampilan sulung filemnya dalam drama arahan David Chase, Not Fade Away (2012) sebelum memegang peranan utama dalam debut arahan Felix Thompson, King Jack (2015).

Charlie Plummer
Plummer pada April 2018
Kelahiran
Charlie Faulkner Plummer

(1999-05-24) 24 Mei 1999 (umur 25)
Poughkeepsie, New York, Amerika Syarikat
WarganegaraAmerika Syarikat
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010–kini

Pada tahun 2017, Plummer mendapat pengiktirafan yang lebih luas untuk peranan tambahan dalam filem ngeri jenayah Ridley Scott, All the Money in the World,[4] dan peranan utamanya dalam drama Andrew Haigh, Lean on Pete.[5] Penampilannya dalam Lean on Pete mendapat pujian kritikal dan beliau memperoleh Anugerah Marcello Mastroianni untuk pelakon baru muncul di Festival Filem Venice ke-74.[6]

Kehidupan awal

Plummer dilahirkan di Poughkeepsie, New York, kepada pelakon teater Maia Guest dan penulis-penerbit John Christian Plummer, dan dibesarkan di Cold Spring.[7][8] Beliau mempunyai seorang adik lelaki, James. Keluarganya sering berpindah kerana pekerjaan ibu bapanya, menyebabkan beliau bersekolah di tujuh sekolah yang berbeza iaitu tiga di Los Angeles, dua di utara New York dan dua di Bandaraya New York.[9]

Walaupun bersifat sangat pemalu semasa kecil, Plummer terdedah kepada bidang lakonan pada usia dini oleh ibu bapanya yang pernah bekerja di teater.[10] Beliau memperoleh pengalaman berlakon dalam penerbitan pementasan drama dan muzikal tempatan, mengiktiraf pengalaman tersebut mencetuskan perasaan cinta beliau dalam bidang lakonan.[11] Beliau berjumpa dengan pengurusnya yang sekarang pada usia sepuluh tahun ketika kali pertama mencari peranan lakonan profesional.[10]

Plummer akhirnya berpindah ke Sekolah Kanak-kanak Profesional di Manhattan kerana tuntutan jadual penggambarannya di rancangan televisyen.[12]

Filemografi

Filem

Petunjuk
Menandakan filem yang belum ditayangkan
TahunJudul filemPerananCatatan
2010FrankFrank semasa mudaFilem pendek
2011Three ThingsGlenn PilmontFilem pendek
We Are the HartmansJordan semasa muda
2012Alan SmitheeT.J.Filem pendek
Not Fade AwayAdik lelaki Grace
2015King JackJack
2017All the Money in the WorldJohn Paul Getty III
The DinnerMichael Lohman
Lean on PeteCharley ThompsonAnugerah Marcello Mastroianni
2018The Clovehitch KillerTyler
Dark Was the NightMarcus Lang
2019GullyNicky
My Mother is a FishCharlieFilem pendek
ShareDylan
2020Words on Bathroom WallsAdam Petrazelli
SpontaneousDylan Hovemeyer
TBAMoonfall Sonny HarperDalam penggambaran

Televisyen

TahunJudul rancanganPerananCatatan
2011Onion SportsDomePembuli1 episod
2011–2013Boardwalk EmpireMichael Thompson8 episod
2012Person of InterestKidMusim 1, episod 21
2013Wendell & VinnieJann1 episod
2013–2015Granite FlatsTimmy SandersPeranan utama
2019Looking for Alaska[13]Miles HalterPeranan utama; siri mini

Rujukan

Pautan luar