Charlie Adam

Charles Graham "Charlie" Adam (lahir 10 Disember 1985) ialah pemain bola sepak profesional Scotland yang bermain sebagai pemain tengah untuk Stoke City dan pasukan kebangsaan Scotland.

Charlie Adam
Adam beraksi untuk Stoke pada tahun 2015
Maklumat peribadi
Nama penuhCharles Graham Adam
Tarikh lahir (1985-12-10) 10 Disember 1985 (umur 38)
Tempat lahirFintry, Dundee, Scotland
Ketinggian1.85 m (6 ka 1 in)[1]
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Stoke City
Nombor16
Kerjaya remaja
1999–2003Dundee
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2003–2009Rangers61(13)
2004–2005→ Ross County (pinjam)11(2)
2005–2006→ St. Mirren (pinjam)29(5)
2009Blackpool (pinjam)13(2)
2009–2011Blackpool78(28)
2011–2012Liverpool28(2)
2012–Stoke City89(17)
Pasukan kebangsaan
2006Scotland B21[2]5(1)
2006–2007Scotland B3(0)
2007–Scotland26(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:21, 15 August 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 April 2014 (UTC)

Karier kelab

Rangers

Adam menyertai Rangers ketika dia berumur 17 tahun. Dia membuat penampilan sulungnya pada 14 April 2004 ketika menentang Livingston.[3]

Dia membuat satu penampilan ketika permulaan musim 2004–05,[4] dan kemudiannya menyertai kelab Divisyen Pertama, Ross County secara pinjaman untuk baki musim.[4] Semasa di Dingwall, Adam membuat lima belas penampilan, menjaringkan dua gol ketika menentang Raith Rovers dan St. Mirren.[5] Dia juga bermain dalam perlawanan akhir Piala Cabaran Scotland 2004 menentang Falkirk.

Adam kemudiannya menyertai pasukan Divisyen Pertama, St. Mirren secara pinjaman untuk musim 2005–06.[4] Semasa tempohnya di Paisley, dia sekali lagi beraksi dalam perlawanan akhir Piala Cabaran Scotland, kali ini menang 2-1 ke atas Hamilton Academical.[6] Dia juga merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi kejuaraan Divisyen Pertama pada bulan Mei 2006.[4] Secara keseluruhan, dia membuat 37 penampilan dan menjaringkan sembilan gol untuk the "Buddies".

Selepas bermain untuk Rangers semasa jelajah pra-musim pada bulan Julai 2006 ke Afrika Selatan, termasuk menjaringkan gol hatrik ke atas Jomo Select side,[7] Adam memulakan musim 2006–07 bersama kelab itu dan dia beraksi dalam perlawanan liga pertama mereka menentang Motherwell.[8] Dia terus menjadi pemain tetap Rangers pada musim itu dan menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu ketika kemenangan 3-2 dalam Piala UEFA ke atas Livorno pada 19 Oktober.[9] Ini merupakan salah satu daripada empat belas gol yang dijaringkan Adam musim itu termasuk gol ketika menentang kelab-kelab Israel, Hapoel Tel Aviv[10] dan Maccabi Haifa,[11] serta gol ketika perlawanan Old Firm menerusi sepakan percuma.[12]

Pada 28 Jun 2007, ia telah diumumkan bahawa Adam telah menandatangani kontrak lima tahun bersama Rangers.[13] Adam menjaringkan gol Liga Juara-Juara UEFA pertamanya pada 19 September ketika menentang VfB Stuttgart.[14]

Blackpool

Charlie Adam bermain untuk Blackpool dalam perlawanan akhir play-off Football League Championship 2010

Pada 2 Februari 2009, Adam menyertai kelab Championship, Blackpool secara pinjaman sehingga akhir musim 2008–09.[4] Lima hari kemudian, dia dibuang padang dalam perlawanan pertamanya untuk the Seasiders dimana mereka kalah 3–2 kepada Doncaster Rovers di Bloomfield Road.[15]

Pada 25 Februari, selepas menjalani penggantungan tiga perlawanan, Adam menjaringkan dua gol untuk pasukan simpanan kelab itu ketika mereka mengalahkan Accrington Stanley 4–2.[16][17] Adam menjaringkan gol pertamanya dalam Football League ketika kemenangan 2–0 ke atas Norwich City di Bloomfield Road pada 7 Mac.[18] Gol keduanya untuk Blackpool datang pada 11 April ketika mereka menang 1–0 ke atas Preston North End di Deepdale. Pada akhir musim itu, selepas menjaringkan dua gol dalam 13 penampilan, dia kembali ke Rangers.

Pada 6 Julai 2009, Rangers mengesahkan bahawa mereka telah menerima bidaan £500,000 dari Blackpool.[19] Empat minggu kemudian pada 2 Ogos, dengan Adam masih lagi pemain Rangers dan pergi ke jelajah pra-musim di Jerman, Smith mengesahkan bahawa pemain itu sedang berbincang dengan Blackpool.[20] Pada hari berikutnya, Daily Mail melaporkan bahawa Adam telah menyertai Blackpool dengan kontrak selama tiga tahun dan pilihan untuk 12 bulan lagi.[21]

Adam bermain untuk Blackpool pada musim 2010–11.

Pada bulan Ogos 2009, Adam menandatangani kontrak dua tahun bersama Blackpool dan pilihan untuk setahun lagi, dengan yuran perpindahan £500,000.[22] Penampilan kompetitif pertamanya sebagai pemain tetap Blackpool adalah ketika seri 1–1 dengan Queens Park Rangers di Loftus Road.[23] Gol pertamanya datang pada 26 Ogos ketika kemenangan 4–1 ke atas Wigan Athletic dalam Piala Liga.[24]

Blackpool layak ke play-off musim itu. Adam menjaringkan gol penalti kemenangan ke atas Nottingham Forest dalam perlawanan separuh akhir pertama,[25] dan Blackpool memenangi menerusi agregat. Dalam perlawanan akhir play-off, Adam menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dimana mereka menewaskan Cardiff City 3–2 di Stadium Wembley untuk meraih promosi ke Liga Perdana Inggeris.[26]

Liverpool

Adam berlatih bersama Liverpool pada tahun 2011

Pada bulan Julai 2011, Liverpool menandatangani Adam dari Blackpool dengan yuran £6.75 juta.[27][28] Dia bermain ketika perlawanan persahabatan menentang Guangdong Sunray Cave dimana mereka menang 4–3 pada 13 Julai.[29] Pada 13 Ogos 2011, Adam membuat penampilan penuh pertamanya untuk Liverpool dalam perlawanan pertama musim 2011–12 dimana mereka seri 1–1 dengan Sunderland di Anfield.[30] Dia membuat bantuan gol untuk gol pembukaan Luis Suárez.

Pada 27 Ogos 2011, Adam menjaringkan gol Liga Perdana pertamanya untuk Liverpool dalam perlawanan menentang Bolton Wanderers dimana mereka menang 3–1.[31] Pada 18 September 2011, Adam dibuang padang ketika kekalahan 4-0 kepada Tottenham Hotspurs.[32] Adam membantu Liverpool untuk menewaskan Everton 2–0 pada 1 Oktober 2011.[33] Dia kemudiannya menjaringkan gol penalti ketika kemenangan 2–0 ke atas West Bromwich Albion.[34] Liverpool layak ke perlawanan akhir Piala Liga 2012 dimana mereka mengalahkan Cardiff City.[35][36] Mereka juga layak ke perlawanan akhir Piala FA 2012 dimana mereka tewas 2–1 kepada Chelsea.[37]

Stoke City

Pada 31 Ogos 2012, Adam menandatangani kontrak empat tahun bersama Stoke City.[38][39] Dia membuat penampilan pertamanya untuk Stoke ketika seri 2–2 dengan Wigan Athletic.[40] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Stoke ketika kemenangan 1–0 ke atas Queens Park Rangers pada 10 November 2012.[41] Adam menjaringkan gol pertama Stoke untuk musim 2013–14 dimana mereka mengalahkan Crystal Palace 2–1 pada 24 Ogos 2013.[42] Pada 1 Februari 2014, Adam menjaringkan dua gol ketika kemenangan 2–1 ke atas Manchester United untuk membantu Stoke mencatat kemenangan liga pertama ke atas Red Devils sejak tahun 1984.[43] Gol pertamanya kemudiannya dinamakan sebagai gol sendiri oleh Michael Carrick.[44]

Adam menjaringkan gol-gol pertamanya pada musim 2014–15 ketika menentang Sunderland dan Swansea City.[45][46] Pada 4 April 2015, Adam menjaringkan gol dari jarak 65 ela ketika menentang Chelsea dimana mereka tewas 2–1 .[47] Adam kemudiannya menjaringkan empat lagi gol pada bulan April dan Mei termasuk ketika kemenangan 6–1 ke atas Liverpool.[48] Adam menandatangani kontrak baru bersama Stoke pada 20 Jun 2015.[49]

Karier antarabangsa

Adam dipanggil oleh Alex McLeish ke skuad Scotland buat pertama kali pada 11 Mei 2007 untuk perlawanan persahabatan menentangn Austria dan perlawanan kumpulan B kelayakan Euro 2008 menentang Kepulauan Faroe.[50] Dia membuat penampilan sulungnya di Stadium Gerhard Hanappi, Vienna pada 30 Mei dimana mereka menang 1–0.[51] Dia kemudiannya membuat penampilan kompetitif pertama ketika menang 2–0 ke atas Kepulauan Faroe di Stadium Svangaskarð, Toftir pada 6 Jun.[52]

Statistik karier

Kelab

Sehingga 15 Ogos 2015[53]
KelabMusimLigaPialaPiala LigaEropahLain-lainJumlah
DivisyenKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Rangers2003–04[54]Liga Perdana Scotland2000000020
2004–05[55]Liga Perdana Scotland1000000010
2005–06[56]Liga Perdana Scotland1000000010
2006–07[57]Liga Perdana Scotland32111020734214
2007–08[58]Liga Perdana Scotland1623020112324
2008–09[59]Liga Perdana Scotland9000000090
Jumlah61134040185008718
Ross County (pinjam)2004–05[55]Scottish First Division112000040152
Jumlah11200000040152
St. Mirren (pinjam)2005–06[56]Scottish First Division295431031379
Jumlah29543100031379
Blackpool2008–09[59]Championship1320000132
2009–10[60]Championship43161021324919
2010–11[61]Liga Perdana Inggeris351200113613
Jumlah9130103200329834
Liverpool2011–12[62]Liga Perdana Inggeris2822050352
2012–13[63]Liga Perdana Inggeris0000002020
Jumlah28220502000372
Stoke City2012–13[63]Liga Perdana Inggeris2731000283
2013–14[64]Liga Perdana Inggeris3172120358
2014–15[65]Liga Perdana Inggeris2973030357
2015–16[66]Liga Perdana Inggeris20000020
Jumlah89176160000010118
Jumlah karier3096917419220510337583

Antarabangsa

Sehingga 5 Jun 2015[67][68]
Statistik antarabangsa
PasukanTahunKmnclnGol
Scotland
200720
200800
200910
201040
201180
201250
201340
201410
201510
Jumlah260

Kejayaan

Kelab

Ross County
  • Piala Cabaran Scotland naib-juara: 2004
St. Mirren
  • Scottish First Division : 2005–06
  • Piala Cabaran Scotland : 2005–06
Blackpool
  • Play-off Championship : 2009–10
Liverpool
  • Piala Liga Inggeris : 2011–12

Rujukan

Pautan luar

Templat:Skuad Stoke City F.C.