Chaebol

Chaebol ([cé-bol]; Korea: 재벌, [tɕɛ̝.bʌl]  ( dengar)) adalah konglomerat industri besar yang diuruskan dan dikawal oleh individu atau sesebuah keluarga di Korea Selatan. Chaebol sering terdiri dari sejumlah besar sekutu yang dikawal oleh seseorang pengerusi yang berpengaruh melebihi kuasa undang-undang.[1] Terdapat beberapa dozen kelompok korporat besar yang jatuh di bawah definisi ini.

Pentadbiran

Chaebol sering dibandingkan dalam lingkungan yang sama dengan keiretsu(kesinambungan kepada zaibatsu pada zaman perang) di Jepun, namun dengan beberapa ciri ketara:

  • Chaebol banyaknya masih dikawal keluarga pengasas (jauh lebih ditumpukan kepada ahli keluarga berbanding di Jepun) manakala keiretsu ditadbir kelompok pengurus profesional.
  • Pemilikan chaebol lebih berpusat daripada keiretsu.
  • Chaebol lebih membentuk anak-anak syarikat dalam penghasilan komponen untuk dieksport manakala syarikat-syarikat Jepun lebih mengalihdayakan tugas tersebut kepada kontraktor-kontraktor luar.
  • Tidak semua chaebol punya institusi kewangan yang tersendiri - kebanyakan bergantung kepada pinjaman dan jaminan kewangan pemerintah Korea Selatan pada tahun-tahun awal, maka lebih bersekutu atau berhubungan rapat dengan pemerintah. Bahkan, chaebol diharamkan memiliki bank swasta agar ditambahkan risiko serta sokongan pemerintah ke atas bank-bank sedia ada dalam bidang pengurusan kewangan tertentu. Keiretsu pula mempunyai bank yang bekerjasama rapat memberikan akses kepada kredit tanpa had, namun banyak syarikat-syarikat ini telah mempelbagaikan amalan hutang mereka termasuklah penjualan bon saham awam.

Model chaebol sangat bergantung kepada suatu sistem pemilikan interlocking yang sangat rumit. Pemilik sebuah syarikat chaebol dengan bantuan ahli keluarganya sendiri, badan amal serta pengurus kanan anak syarikat perlu mentadbir sebanyak tiga hingga empat syarikat awam sahaja, di mana syarikat-syarikat ini sendiri saling mengawal anak syarikat masing-masing.[2]

Budaya kerja

Budaya pengurusan dalam syarikat-syarikat sebegini bercirikan "kebapaan" atau paternalistik akibat pengaruh kuat unsur neo-Konfucius dalam budaya orang Korea. Pengerusi dianggap sebagai "bapa angkat" kepada para pekerja bawahannya. Pangkat dan merit dalam berkhidmat kepada sesebuah syarikat diberikan berdasarkan tempoh berkhidmat kepada sesebuah konglomerat itu.

Pekerja sanggup menghabiskan masa yang lama sehingga ke ke hujung minggu dan cuti sekalipun demi memuaskan hati para pentadbir mereka.[3] Malah, kesetiaan kepada syarikat sangat tinggi diterapkan dalam kalangan kakitangan syarikat sehingga penglibatan dalam acara-acara kemasyarakatan dan kemasukan digiatkan secara kuat.

Senarai chaebol mengikut monopoli

Chaebol by each GroupsNilai dalam wonNilai dalam euroJumlah asetIndustri
Samsung Group221 trilion180 billion317.5Elektronik, insurans, kad, pembinaan bangunan & perkapalan
LG Corporation115 trilion94 bilion69.5Elektronik, teknologi paparan, kimia, telekomunikasi & perdagangan
Hyundai Kia Automotive Group107 trilion87.5 bilion128.7Permotoran, penghasilan besi & Penyimpanan
SK Group105 trilion85.85 bilion85.9Janaan tenaga, telekomunikasi, perdagangan, pembinaan & semikonduktor
GS Group49.8 trilion40.7 bilion39.0Janaan tenaga, komersil & pembinaan
Lotte Corporation41.4 trilion33.85 bilion54.9Pembinaan, makanan, janaan tenaga, komersil
Hyundai Heavy Industries Gp31.3 trilion25.6 bilion42.8Industri berat (including Hyundai Mipo Dockyard)
Hanwha27.24 trilion22.27 billion75.7Bahan letupan, panel suria, aeroangkasa, kimia, insurans
Hanjin26.1 trilion21.34 bilion29.1Korean Air, Jin Air, perkapalan, industri berat
Kumho Asiana Group23.4 trilion19.13 billion43.9Asiana Air, Air Busan, construction, petrokimia, penghasilan tayar
Doosan21.4 trilion17.5 bilion32.7Industri berat, tenaga atom[4]

Lihat juga

Rujukan

my web

🔥 Top keywords: Hari Raya AidiladhaLaman UtamaDua Darjat (drama)The Hardest Singing ShowKhilaf Yang TertulisKhas:CariJamrahAbang AdikIbadah korbanCinta Untuk Sekali LagiTempoh haram puasaHari TasyrikKhas:Perubahan terkiniDharma Harun Al RashidAniq DurarZim Zim Ala KazimNabi Ismail a.s.Bunga SaljuUEFA Euro 2024Aku Bukan UstazahMuhammad Yassin MohammadSolat sunat hari rayaNabi Ibrahim a.s.Erysha EmyraWukufWanita Milik Tuan Putra6 JahanamProjek: Anchor SPMAgak LaenOzlynn WatyAnak Perjanjian Syaitan 2Senarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSolatNafarAzahari HusinRiena DianaHaji