Cha Tae-hyun

Cha Tae-hyun (lahir 25 Mac 1976) ialah seorang pelakon, penyanyi, personaliti televisyen, DJ radio dan pengarah lelaki Korea Selatan. Beliau dikenali melalui watak peneraju di dalam filem-filem komedi box-office My Sassy Girl (2001), Scandal Makers (2008) dan Hello Ghost (2010) juga drama-drama TV Jeon Woo-chi (2012) dan The Producers (2015). Beliau membuat penampilan sulungnya sebagai pengarah bersama Yoo Ho-jin di dalam drama TV Hit the Top (2017), di mana beliau turut berlakon dalam drama yang sama.

Cha Tae-hyun
Kelahiran (1976-03-25) 25 Mac 1976 (umur 48)
PekerjaanPelakon, penyanyi, personaliti televisyen, DJ radio, pengarah
Tahun aktif1995-sekarang
EjenBlossom Entertainment
PasanganChoi Suk-eun (k. 2006)
Anak-anak3
Nama Korea
Hangul차태현
Perumian SemakanCha Tae-hyeon
McCune–ReischauerCh’a T’ae-hyŏn

Sejak 2012, Tae-hyun adalah ahli tetap rancangan hiburan 2 Days & 1 Night. Beliau juga merupakan pengasas bersama agensi pengurusan bakat Blossom Entertainment.

Karier

1995-2000: Permulaan

Tae-hyun memulakan karier beliau semasa memenangi pingat perak dalam Pertandingan Bakat KBS pada tahun 1995. Dalam tahun-tahun berikutnya, beliau telah membintangi sejumlah besar drama TV seperti Sunflower dan Happy Together, dan pada masa yang sama, membintangi beberapa iklan TV.[1] Beliau juga adalah hos program radio radio DJ untuk KBS Cool FM's FM Popular Music with Cha Tae-hyun dari 1999-2000, dan debut dalam filem kecil Hallelujah.[2]

2001-2007: My Sassy Girl dan debut muzikal

Pada 2001, Tae-hyun menjadi popular melalui filem romantik komedi My Sassy Girl di mana beliau berlakon bersama Jun Ji-hyun. Gaya lakonan Tae-hyun yang ekspresif membolehkan beliau diiktiraf di Korea serta rantau Asia pada umumnya,[3] dan meluaskan populariti beliau dengan mengeluarkan album bertajuk Accident. Filem beliau yang seterusnya Lovers' Concerto (2002), sebuah melodrama yang tragis dengan pelakon Son Ye-jin dan Lee Eun-ju, juga terbukti menjadi kejayaan popular.[2]

Dari 2003, bagaimanapun, pilihan filem yang dibuat oleh Tae-hyun adalah kurang inspirasi. Beliau muncul dalam tiga filem komedi -- Crazy First Love, Happy Ero Christmas dan Two Guys—yang dikritik secara meluas oleh penonton kerana skrip yang lemah dan kekurangan kreativiti.[2] Beliau menghasilkan album kedua The Book dalam tahun yang sama.

Filem-filem 2005—filem tentang hubungan Sad Movie dengan barisan pelakon-pelakon ternama, dan melodrama My Girl and I bersama Song Hye-kyo, adaptasi dari filem terkenal Jepun Crying Out Love in the Center of the World[2]—gagal di layar perak. 2007 Highway Star, di mana beliau memainkan watak penyanyi trot bertopeng, adalah kejayaan sederhana.[4]

Tae-hyun hosted KBS Cool FM's Mr. Radio dari 2007-2008, dan dianugerahkan Radio DJ Terbaik di KBS Entertainment Awards 2007 bersama Ahn Jae-wook.[5] Beliau kemudian memainkan peranan tukang lawak tempatan yang mempunyai kecerdasan seorang kanak-kanak berumur enam tahun dalam filem BABO (yang bermaksud "bodoh" dalam bahasa Korea), adaptasi dari komik atas talian yang popular Kang Full.[6]

2008-2012: Pengiktirafan semula dan 2 Days & 1 Night

Tae-hyun berjaya mengembalikan status beliau sebagai artis ternama Korea Selatan apabila filem komedi beliau Scandal Makers menjadi filem nombor satu untuk tahun 2008, menarik 8.2 juta penggemar filem and tersenarai dalam Korea's biggest hits of all time. Filem tersebut mengisahkan seorang hos program bual bicara radio yang mesti berhadapan dengan kesan-kesan perbuatan beliau sebagai kaki permpuan semasa beliau menjadi bintang idola di zaman remaja apabila beliau mengetahui yang beliau mempunyai seorang anak perempuan (Park Bo-young) dan seorang cucu (Wang Seok-hyun) pada umur 30.[7] Kerana kejayaan filem tersebut, industri pengiklanan telah menamakan Tae-hyun sebagai top male celebrity endorser of 2009.[8]

Beliau kemudian bergabung semula dengan pengarah Kim Young-tak yang mengarahkan filem BABO dalam filem 2010 Hello Ghost, sebuah filem mengisahakan tentang seorang lelaki yang dirasuk oleh empat hantu berbeza selepas gagal dalam cubaan-cubaan beliau untuk membunuh diri.[9] Filem ini mencapai rekod pecah panggung dengan terjualnya 3 juta tiket, dan persembahan beliau menyebabkan beliau dipanggil "Jim Carrey Korea."[10]

Berdasarkan kisah sebenar, filem 2011 beliau Champ mengisahkan hubungan kuda lumba yang cedera bernama Woo-bak dengan jockey yang cuba untuk menjinakkan Woo-bak.[11] Tae-hyun menghabiskan masa dengan kuda tersebut sebelum dan semasa penggambaran, menggunakan kombinasi lobak dan kiub gula.[12]

Pada 2012, Tae-hyun menjadi ahli tetap dalam rancangan hiburan Korea Selatan 2 Days & 1 Night musim kedua, dan kekal hingga ke hari ini. Rancangan tersebut, yang memberi tumpuan kepada memperkenalkan pelbagai tempat menarik di Korea Selatan kepada penonton sementara ahli-ahli tetap melaksanakan pelbagai misi, secara konsisten menunjukkan tontonan yang tinggi di kalangan penonton.[13][14]

2013-sekarang: The Producers dan kejayaan berterusan

Tae-hyun memainkan peranan sejarah pertamanya dalam filem The Grand Heist, sebagai ketua Joseon era sekumpulan perompak yang berkumpul untuk mecuri ais.[15][16] Filem aksi-komedi ini diterbitkan oleh abang beliau, Cha Ji-hyun. Beliau kemudian menerima satu lagi peranan saeguk dalam drama TV Jeon Woo-chi, seorang ahli sihir Taoist yang nakal yang akhirnya menjadi hero.[17]

Pada 2014, Tae-hyun memainkan peranan sebagai seorang yang introverted dengan visual acuity yang dinamik yang bekerja di pusat kawalan CCTV dalam filem komedi Slow Video, kolaborasi ketiga beliau dengan pengarah Kim Young-tak.[18][19] Diikuti dengan drama TV The Producers pada 2015, di mana Tae-hyun memainkan peranan sebagai seorang television producer yang gopoh tetapi baik hati.[20][21]

Pada 2016, Tae-hyun memainkan semula peranan beliau dalam filem My New Sassy Girl, sekuel kepada 2001 hit film. Namun, filem tersebut gagal menyaingi filem sebelumnya dan gagal dalam misi pecah panggung.[22] Pada tahun yang sama, beliau disatukan semula dengan pelakon My Sassy Girl Jun Ji-hyun sebagai cameo appearance dalam SBS drama The Legend of the Blue Sea.[23]

Pada 2017, Tae-hyun membintangi filem romantik komedi Because I Love You, memainkan watak komposer berbakat yang mampu menghubungkan insan yang sedang bercinta; filem tersebut sekali lagi diterbitkan oleh abang beliau Cha Ji-hyun.[24] Beliau juga membintangi filem fantasi yang bakal ditayangkan pada 2018 Along With the Gods: The Two Worlds, berdasarkan kartun atas talian dengan nama yang sama karya Joo Ho-min.[25] Beliau membuat penampilan sulung sebagai pengarah bersama dalam drama hiburan siaran KBS2 Hit the Top pada 2017.[26]

Kehidupan Peribadi

Bapa Tae-hyun adalah Cha Jae-wan, yang bekerja sebagai pembantu pengarah untuk kesan-kesan khas di KBS, dan ibu beliau adalah Choi Su-min, sekarang bersara, merupakan artis voice-over.[27] Abang beliau adalah penerbit filem, Cha Ji-hyeon.

Pada 1 Jun 2006, Tae-hyun mengahwini cinta pertama beliau Choi Suk-eun.[28] Mereka menjalin hubungan cinta selama 13 tahun; Suk-eun merupakan satu-satunya teman wanita Tae-hyun.[29] Hasil perkahwinan mereka adalah seorang anak lelaki, Cha Soo-chan dan dua anak perempuanm, Cha Tae-eun dan Cha Su-jin.

Pada 2011, Tae-hyun mendedahkan dalam rancangan bual bicara SBS Healing Camp, Aren't You Happy yang beliau menderita panic disorder.[30]

Filmografi

Filem

TahunTajukPerananNota
1997HallelujahBad youngster in churchBit part
2001My Sassy GirlGyun-woo
2002Lovers' ConcertoLee Ji-hwan
2003Crazy First LoveSon Tae-il
Happy Ero ChristmasSung Byung-ki
2004Who's Got the Tape?Jap-beomCameo
WindstruckMan at train stationCameo
Two GuysKim Hoon
2005Sad MovieJung Ha-suk
My Girl and IKim Su-ho
2007Highway StarBong Dal-ho / Bong Pil
2008Horton Hears a Who!Horton the Elephantvoice, Korean dubbed
BABOSeung-ryong
My Mighty PrincessPigeon manCameo
Scandal MakersNam Hyun-soo
2009Maybe (Rabbit and Lizard)Yeong-namCameo
TriangleCameo
2010Hello GhostKang Sang-man
2011SunnyPoster model of insurance companyCameo
ChampSeung-ho
2012Never Ending StorySong-kyung's friendCameo
The Grand HeistLee Deok-mu
2013Steal My HeartHo-tae's neighborCameo
2014Tazza: The Hidden CardRadio DJCameo
The Con ArtistsNew TechnicianCameo
Slow VideoYeo Jang-boo
2016My New Sassy GirlGyun-woo
2017Because I Love YouLee Hyeong
Along With the Gods: The Two WorldsJa Hong

Drama TV

TahunTajukPerananStesen TVNota
1995Our Sunny Days of Youth(uncredited)KBS2
1996PapaJang Jung-moon
Looking Into Each Other's Eyes
and Loving Each Other
Daughter-in-law's Three Kingdoms
1997First LoveChan-woo's friend
Ready Go!Park Chan-kiMBC
1998Shy LoversHwang In-soo
SunflowerDr. Heo Jae-bong
1999Happy TogetherHa Shin-yeopSBS
I'm Still Loving YouPark Young-jaeMBC
Into the SunlightKang In-ha
2000Juliet's ManJang Gi-poongSBS
2004First Love of a Royal PrinceChoi Gun-heeMBC
2007Flowers for My LifeYoon Ho-sangKBS2
2008General Hospital 2Choi Jin-sangMBC
2011Lights and ShadowsDrunkardCameo, episode 2[31]
2012My Husband Got a FamilyTae-bongKBS2Cameo, episode 26[32]
Jeon Woo-chiJeon Woo-chi
2014Drama Festival "4teen"Adult Young-hoonMBC(Cameo
2015The ProducersRa Joon-moKBS2
2016Love in the MoonlightFarm servantCameo, episode 1
The Legend of the Blue SeaHan River con-manSBSCameo, episode 4
2017Hit the TopLee Gwang-jaeKBS2Also director

Rancangan Hiburan

TahunTajukStesen TVNota
1998Family CampMBCMC
Happy SaturdaySBSMC
2000Mnet KM Music FestivalMnetMC; co-host Kim Hyun-joo
2001MC; co-host Song Hye-kyo
2002Campus Song FestivalMBCMC; co-host: Yoon Do-hyun
2003MC; co-host: Lee Hyori
Mnet KM Music FestivalMnetMC; co-host: Sung Yu-ri
2007Campus Song FestivalMBCMC; co-host: Lee Hyori
2012–present2 Days & 1 NightKBS2Cast member
2013Star Awards 2013Channel 8Presenter
2016Gura Chacha Time Slip - New BoyKBS
Hello FriendsKBS2
2017 Mom's Diary - My Ugly DucklingSBSSpecial Host, episodes 24-26
Dragon Club – Childish BromanceKBS2

Main cast with Jang Hyuk, Kim Jong-kook, Hong Kyung-min, Hong Kyung-in

Radio Star (TV series)MBCSpecial Host, episode 544

Program Radio

TahunTajukStesenNota
1999-2000FM Popular Music with Cha Tae-hyunKBS Cool FMDJ
2007-2008Mr. Radio
2015Sunny FM DateMBC FM4UGuest
2016Kim Shin Young's Noon Song of Hope
2 O’clock Escape Cultwo ShowSBS Power FM

Diskografi

Album Studio

Maklumat AlbumSenarai Lagu
Accident
  • 1st Album
  • Released: February 12, 2001
  • Label: SidusHQ, Yejeon Media
Track listing
  1. 諦念(체념)
  2. I Love You
  3. 생일선물
  4. 아름다운사람
  5. 그래..
  6. 마지막 하루
  7. 몰라도 돼
  8. 너의 그림자 뒤에
  9. 부탁
  10. 친구와 연인
  11. 미망
  12. 이 계절이 지나도
  13. 피크닉
  14. I Love You (re-mix)
  15. The Last Day (instrumental)
더북 (The Book)
  • 2nd Album
  • Released: May 2, 2003
  • Label: SidusHQ, Yejeon Media
Track listing
  1. 별을 사랑한 어린왕자의 꿈
  2. Again To Me
  3. Love Story
  4. 용서 (容恕)
  5. 슬픈 이별 뒤로
  6. I Can Wating For You
  7. 고마워 그리고 행복해
  8. 사랑 느낌
  9. 바보야
  10. 사진
  11. 언제나 지금처럼
  12. Summer Story
  13. 용서 (Interlude)
  14. 슬픈 이별 뒤로 (RE-MIX)
  15. (Bonus Data)

Single

TahunTajukNota
2000"어디로 갈까"Juliet's Man OST
2002"I Don't Know"Lovers' Concerto OST
"Photograph"
2005"Forget Me"Sad Movie OST
"Don't Let Go of My Hand"
2007"Ichaseon Bridge"Highway Star OST
"Wind Wind Wind"
2008"Because I Love You"Scandal Makers OST
2010"With You"Hello Ghost OST
2011"Happiness"Champ OST
2016"Cheer Up Song"Duet with Hong Kyung-min

Anugerah dan Pencalonan

TahunAnugerahKategoriKarya yang dicalonkanKeputusan
1995KBS Super Talent ContestSilver MedalMenang
199935th Baeksang Arts AwardsBest New Actor (TV)SunflowerMenang
SBS Drama AwardsBest New ActorHappy TogetherMenang
MBC Drama AwardsMenang
2000SBS Drama AwardsExcellence Award, ActorJuliet's ManTercalon
Big Star AwardMenang
Popularity AwardMenang
SBSi AwardMenang
200122nd Blue Dragon Film AwardsBest New ActorMy Sassy GirlMenang
200238th Baeksang Arts AwardsBest New Actor (Film)Tercalon
39th Grand Bell AwardsBest ActorTercalon
Popularity AwardMenang
25th Golden Cinematography AwardsBest New ActorMenang
23rd Blue Dragon Film AwardsPopular Star AwardLovers' ConcertoMenang
200324th Blue Dragon Film AwardsCrazy First LoveMenang
2004MBC Drama AwardsTop Excellence Award, ActorFirst Love of a Royal PrinceTercalon
2005Savings DayPresidential CitationMenang
2007KBS Entertainment AwardsBest Radio DJMr. RadioMenang
KBS Drama AwardsTop Excellence Award, ActorFlowers for My LifeTercalon
200845th Grand Bell AwardsOverseas Popularity AwardBABOMenang
MBC Drama AwardsExcellence Award, ActorGeneral Hospital 2Tercalon
20096th Max Movie AwardsBest ActorScandal MakersMenang
201147th Baeksang Arts AwardsBest Actor (Film)Hello GhostTercalon
48th Grand Bell AwardsBest ActorTercalon
2012KBS Entertainment AwardsTop Entertainer Award2 Days & 1 NightMenang
KBS Drama AwardsExcellence Award, Actor in a Mid-length DramaJeon Woo-chiTercalon
2013KBS Entertainment AwardsTop Excellence Award2 Days & 1 NightMenang
2014Daesang (Grand Prize)Tercalon
2015Tercalon
KBS Drama AwardsExcellence Award, Actor in a Mid-length DramaThe ProducersMenang
Best Couple Award with Kim Soo-hyun and Gong Hyo-jinMenang

Rujukan

Pautan luar