Cau-cau

baka anjing dari China

Cau-cau, chow-chow, atau chow chow[a] ialah satu baka anjing jenis spits yang pada asalnya dari China Utara.[2] Cau-cau ialah anjing bertubuh tegap, berprofil segi empat sama, dengan tengkorak lebar dan telinga segi tiga kecil dan tegak dengan hujung membulat. Baka ini terkenal kerana lapis bulu ganda sangat padat yang sama ada licin atau kasar.[1]:4–5 Bulunya khususnya tebal di kawasan leher yang memberinya penampilan lingkaran bulu atau surai. Lapis bulunya mungkin merah, hitam, biru, kayu manis/perang kekuning-kuningan, atau krim.[1]:4–5[3]

Cau-cau
Seekor anak cau-cau kayu manis
Nama lainChow chow
Negara asalChina
Trait
BeratJantan40–90 lb (18–41 kg)[1]
Betina35–85 lb (16–39 kg)[1]
Tinggi17–22 in (43–56 cm)[1]:4–5
BuluTebal dan kasar
Warna
  • Merah (antara emas cerah dengan merah-perang pekat)
  • Kayu manis (antara sawo matang cerah dengan perang)
  • Hitam
  • Krim
  • Putih atau putih gading
Saiz perinduk4–7 ekor
Jangka hayat12.1 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah

Red Craze, seekor cau-cau merah jantan yang menonjol, sekitar awal tahun 1900-an
Seekor cau-cau pada tahun 1915

Cau-cau telah dikenal pasti sebagai baka basal yang mendahului kemunculan baka-baka moden pada abad ke-19.[4] Sebuah kajian penyelidikan telah berkesimpulan bahawa baka anjing cau-cau berasal daripada anjing peribumi lain di China tengah pada sekitar 8,300 tahun lalu. Baka purba ini ber-evolusi dan menjelmakan kedua-dua ciri morfologi dan fizikal, contohnya; lidah hitam/ungu, lapis bulu, dan binaan lebih kuat.[5]

Sebuah legenda Cina menyebut anjing perang besar dari Asia Tengah yang menyerupai singa berlidah hitam. Seorang pemerintah China dikatakan pernah memiliki 5,000 ekor cau-cau. Orang Cina juga menggunakan cau-cau untuk menarik kereta luncur anjing melalui rupa bumi berpaya dan ini dicatat oleh Marco Polo.[1]:11

Kini, American Kennel Club mendaftarkan hampir-hampir 10,000 ekor cau-cau setahun. Canadian Kennel Club pula mendaftarkan hampir-hampir 350.[1]:4–5

Penampilan

Tangkapan dekat bagi lidah hitam cau-cau pada seekor cau-cau betina

Cau-cau ialah anjing bertubuh tegap, berprofil segi empat sama, dengan tengkorak lebar dan telinga segi tiga kecil dan tegak dengan hujung membulat. Baka ini terkenal kerana lapis bulu ganda sangat padat yang sama ada licin atau kasar.[1]:4–5 Bulunya khususnya tebal di kawasan leher yang memberinya penampilan lingkaran bulu atau surai. Lapis bulunya mungkin merah, hitam, biru, kayu manis/perang kekuning-kuningan, atau krim.[1]:4–5[3] Bukan semua keragaman warna ini diiktiraf sebagai sah di semua negara. Individu dengan lapis bulu bercapuk-capuk atau berbilang warna dianggap terkeluar daripada piawaian baka. Mata cau-cau biasanya terletak dalam-dalam dan berbentuk badam. Baka ini unik kerana lidahnya yang ungu/biru-hitam yang tidak dimiliki oleh baka lain kecuali shar pei, dan mempunyai tungkai belakang sangat lurus, yang menghasilkan gaya jalan agak kekok.[1]:4–5 Warna kebiru-biruan melanjut ke bibir cau-cau; ini merupakan satu-satu baka anjing dengan warna kebiru-biruan distingtif pada bibirnya dan rongga mulutnya (anjing lain mempunyai kulit hitam atau bercorak piebald di dalam mulutnya).[1]:4–5 Satu lagi ciri distingtif ialah ekor melingkar.[1]:4–5 Ia mempunyai bulu tebal yang keriting di belakangnya. Hidungnya patut hitam, tetapi cau-cau berbulu biru dapat mempunyai hidung biru padu atau berwarna biru loh. Menurut piawaian baka American Kennel Club, mana-mana cahaya warna lain tidak diterima untuk pertandingan.[6] Walau bagaimanapun, negara-negara FCI mengizinkan hidung berwarna sendiri pada anjing krim.[7]

Gen lidah biru-hitam/ungu terlihat dominan, kerana kebanyakan anjing baka kacuk yang datang daripada cau-cau mengekalkan warna lidah itu. Walau bagaimanapun, lidah biru-hitam/ungu juga dapat ditemukan pada shar pei. Ini tidak bermaksud bahawa setipa anjing baka kacuk dengan tompok ungu pada lidah diturunkan daripada cau-cau kerana tompok ungu pada lidah dapat ditemukan pada anjing baka tulen lain.[8]

Perangai

Pemilikan cau-cau dapat menaikkan kos insurans empunya kediaman kerana sesetengah syarikat menganggapnya sebagai anjing berisiko tinggi.[9] Dalam sebuah kajian dalam Journal of the American Veterinary Medical Association ("Jurnal Persatuan Perubatan Veterinar Amerika"), cau-cau menyumbang kepada 8 daripada 238 kematian yang berkaitan dengan gigitan anjing dari tahun 1979 ke tahun 1998.[10]

Warna

Cau-cau terdapat dengan beragam-ragam warna lapis bulu. American Kennel Club (AKC) telah mengelaskan warna-warna cau-cau sama ada sebagai piawai atau tidak piawai (warna jarang). Warna piawai untuk cau-cau merupakan hitam, biru, merah, krim, dan kayu manis. Walau bagaimanapun, warna seperti perang kekuning-kuningan, putih, dan merle tidak dianggap piawai untuk baka ini.[11][12]

Kelab anjing berlainan di seluruh dunia mungkin mengakui warna lapis bulu berlainan atau malah menggunakan nama alternatif untuk warna-warna tersebut di atas.[12]

Kesihatan

Sebuah kajian United Kingdom mendapati bahawa jangka hayat cau-cau ialah 12.1 tahun, yang lebih tinggi sedikit daripada purata 12 tahun untuk baka silang dan lebih rendah daripada purata 12.7 tahun untuk baka tulen.[13]

Keadaan rangka

Sebuah kajian Amerika Utara yang meneliti lebih daripada sejuta rekod anjing mendapati bahawa 6.44% daripada jumlah cau-cau menghidap displasia pinggul berbanding dengan keseluruhan 3.52%. Kajian ini juga mendapati bahawa 4.3% daripada jumlah cau-cau menghidap kekurangan ligamen krusiat kranium berbanding dengan keseluruhan 2.52%.[14]

Sebuah lagi kajian Amerika Utara yang meneliti lebih daripada 250,000 imbasan siku mendapati bahawa cau-cau mempunyai prevalens paling tinggi bagi displasia siku, dengan 48.6% daripada jumlah anjing yang berusia lebih daripada 2 tahun yang menghidap displasia siku.[15]

Keadaan oftalmologi

Sebuah kajian Amerika Utara yang meniliti glaukoma pada baka anjing mendapati bahawa cau-cau mempunyai prevalens ketiga tertinggi dengan 4.7% daripada jumlah cau-cau yang menghidap glaukoma berbanding dengan keseluruhan 0.89%.[16]

Keadaan dermatologi

Sebuah kajian yang meneliti rekod daripada sebuah klinik haiwan kecil di Universiti Montreal mendapati bahawa cau-cau cenderung terhadap alopesia X.[17]

Semakan terhadap kajian di Australia mendapati bahawa cau-cau cenderung terhadap dermatitis atopi dengan nisbah kemungkinan 7.1.[18]

Sebuah kajian kes Amerika Syarikat mendapati predisposisi terhadap pemfigus foliaseus dengan nisbah kemungkinan sebanyak 12.3.[19]

Keadaan gastrousus

Sebuah kajian yang meneliti kekurangan pankreas eksokrin pada baka mendapati bahawa cau-cau cenderung terhadap keadaan ini.[20]

Keadaan neoplasia

Siri kes Austria mendapati nisbah kemungkinan sebanyak 23.53 untuk menghidap kanser perut.[21]

Sebuah kajian Amerika Syarikat yang meneliti kes melanoma mulut mendapati bahawa baka ini terlebih diwakili dengan nisbah kemungkinan sebanyak 7.89.[22]

Keadaan pembiakan

Dalam sebuah kajian Belgium, cau-cau betina merangkumi 6.4% daripada jumlah kes piometra sungguhpun baka ini merangkumi 1.6% daripada jumlah populasi. Piometra didapati lebih ekstrem pada baka ini dengan anemia dan endotoksemia yang dilaporkan.[21]

Keadaan lain

Cau-cau dapat menderitai diabetes melitus[23] dan kanser perut.[24] Cau-cau ialah baka berisiko tinggi untuk penyakit autoimun.[25]

Anjing terkenal

Seekor cau-cau betina yang bertanding dalam ketangkasan anjing

Sigmund Freud memiliki seekor cau-cau bernama Jo-Fi Ling yang menghadiri kesemua sesi terapi beliau kerana beliau berasa bahawa anjing memiliki deria istimewa yang membolehkannya menilai perwatakan seseorang dengan tepat dan mengaku bahawa beliau bergantung pada Jo-Fi untuk pentaksiran keadaan mental pesakit.[26]

Laksmana Tentera Laut Amerika Syarikat George Dewey memperoleh seekor Chow Chow di Hong Kong pada tahun 1898 dan menamainya Bob. Bob jarang meninggalkan sisi laksamana dan ikut serta di atas penjajap USS Olympia. Bob mati pada tahun 1899 kerana termakan coklat yang diberikan kepada Dewey oleh pengirim ucap selamat semasa ketibaan Olympia di Bandar Raya New York.[perlu rujukan]

Walt Disney dan isteri beliau, Lillian Disney, memiliki seekor cau-cau bernama Sunnee. Ia merupakan anjing pertama pasangan itu. Walt didakwa menghadiahi Lilly cau-cau itu di dalam kotak topi yang mengilhamkan adegan dalam Lady and the Tramp yang melibatkan penghadiahan Lady dengan cara sama.[27]Templat:Bettersourceneeded

Lihat juga

Catatan

Rujukan

Pautan luar