Canopus

Bintang dalam buruj Carina

Canopus ialah bintang paling terang dalam buruj Lunas dan bintang kedua paling terang di langit malam hemisfera selatan. Ia juga diberikan nama α Carinae, yang dirumikan (dialih huruf) kepada Alpha Carinae. Dengan magnitud ketara visual −0.74, hanya bintang Sirius sahaja yang lebih cerah daripadanya.

Canopus

Imej bintang Canopus oleh Expedition 6
Data cerapan
Epok J2000      Ekuinoks J2000
BurujLunas
Jarak hamal06j 23m 57.10988s[1]
Keserongan−52° 41′ 44.3810″[1]
Magnitud ketara (V)−0.74[2]
Ciri-ciri
Jenis spektrumA9 II[3][4]
U−B indeks warna+0.10[2]
B−V indeks warna+0.15[2]
Astrometri
Halaju jejarian (Rv)20.3±0.5[5] km/s
Gerakan wajar (μ) RA: 19.93[1] mas/thn
Dec.: 23.24[1] mas/thn
Paralaks (π)10.55 ± 0.56 mas[1]
Jarak310 ± 20 tc
(95 ± 5 pc)
Magnitud mutlak (MV)–5.71[6]
Perincian
Jisim8.0±0.3[7] (2013)
10.1±0.1[8] (2011)
9.81±1.83[9] (2021) M
Jejari71±4[7] (2013)
73.3±5.2[9] (2021) R
Kekilauan10,700[7] L
Graviti permukaan (log g)1.70±0.05[9] cgs
Suhu7,400[10] K
Kelogaman [Fe/H]–0.07[6] dex
Putaran≥298 h[11]
Halaju putaran (v sin i)9[10] km/s
Umur25.1±2.5[8] Myr
Penamaan lain
Suhayl, Suhel, Suhail, α Carinae, CPD−52°1941, FK5 245, GC 8302, HD 45348, HIP 30438, HR 2326, SAO 234480[12]
Rujukan pangkalan data
SIMBADdata

Terletak sekitar 310 tahun cahaya dari matahari, Canopus merupakan sebuah bintang gergasi dalam spektrum A9, jadi ia nampak putih apabila dilihat dengan mata kasar. Ia 10,000 kali ganda lebih berkilau daripada matahari, lapan kali lebih besar, dan telah mengembang 71 kali jejari Matahari. Fotosferanya mempunyai suhu berkesan sekitar 7400 K. Teras Canopus sedang membakar helium dan berada dalam fasa "gelung biru", setelah menghabiskan semua hidrogen di dalam terasnya semasa peringkat gergasi merah. Canopus ialah sumber sinar-X, yang mungkin dipancar dari lapisan luarnya yang dipanggil korona.

Canopus amat menonjol, menjadikannya subjek pelbagai mitos orang purba. Namanya dipercayai daripada mitologi Yunani tentang Canopus, seorang pelayar untuk Menelaus, raja Sparta. Kemunculan bintang ini menandakan masa perayaan istimewa di Mesir pada zaman Ptolemy. Di India purba, ia dinamakan Agastya sempena nama seorang pendeta Veda yang terpuji. Bagi ahli astronomi Cina, ia dipanggil "Orang Tua Kutub Selatan".

Lihat juga

Rujukan

Bibliografi