Canavalia rosea

Kacang laut, kekara laut atau kacang rangrang (nama botani: Canavalia rosea)[7][8] ialah spesies tumbuhan berbunga dalam genus Canavalia keluarga Fabaceae, ia ditemukan di kawasan pantai atau berpasir tropika dan subtropika.[6][9]

Canavalia rosea
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Canavalia
Spesies:
C. rosea
Nama binomial
Canavalia rosea
(Sw.) DC.
Sinonim[6]
Senarai
    • Canavalia maritima Thouars[2][3][4]
    • Canavalia obtusifolia DC.
    • Clitoria rotundifolia Sessé & Moc.
    • Dolichos maritimus Aubl.
    • Dolichos obtusifolius Lam.
    • Dolichos roseus Sw.[5]
    • Dolichos rotundifolius Vahl
    • Mucuna mutilans DC.
    • Rhynchosia rosea DC.

Peristilahan

Nama kacang laut digunakan di Singapura,[3] Sarawak,[8] dan Brunei.[10]

Botani

Batang-batang

Batang sulurnya menjalar dengan panjang lebih daripada 6 meter dan ketebalan kira-kira 2.5 sentimeter, pangkalnya berkayu.[9] Helai daunnya terdiri daripada tiga anak daun bujur berukuran 3–15 sm, daun-daun ini melipat apabila didedahkan kepada cahaya matahari pada waktu tengah hari.[8][2]

Bunga dan lenggai

Bunga-bunga kacang laut tumbuh pada bulir bertangkai panjang, sekuntum bunga berukuran 2–5.1 sm panjang dan berwarna merah jambu keunguan dengan jalur putih di tengah.[4] Buahnya jenis lenggai yang lurus atau sedikit melengkung dengan 6–15.2 sm panjang, setiap lenggai mempunyai 2–10 biji benih.[9][2]

Kegunaan

Biji dan lenggai muda boleh dimakan terutamanya selepas direbus. Bunganya boleh dibuat rempah.[2]

Rujukan